Tarikan Popular

Warnai dunia anda: 18 destinasi paling berwarna-warni untuk anda kunjungi

Burano, Itali

Sumber: Shutterstock.com

Menurut cerita rakyat tempatan, nelayan di kampung Venetian Burano mewarnakan rumah mereka dengan warna-warna permata supaya warna-warna terang itu dapat menjadi panduan untuk mereka mudah mencari jalan pulang dari laut. Kini, bangunan berwarna-warni ini menjadi tarikan pelancong.

Bo-Kaap, Cape Town, Afrika Selatan

Sumber: Shutterstock.com

Terletak di lereng Signal Hill, Bo-Kaap ialah wilayah Islam Cape Town dan terkenal dengan rumah-rumah yang berwarna terang dan jalan-jalan berbatu bundar. Sebelum ini dikenali sebagai Malay Quarter (dinamakan untuk hamba yang diambil dari Nusantara Malaysia), ia adalah salah satu daripada kawasan perumahan tertua di bandar ini.

Melaka, Malaysia

Sumber: Shutterstock.com

Disenaraikan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO, Melaka ialah pusat sejarah dan pelbagai budaya sejak berkurun lamanya. Sebagai sebahagian projek membaik pulih Sungai Melaka, bandar ini telah memberi nafas baru kepada bangunan-bangunan yang menghadap sungai ini dengan lukisan mural pada dindingnya.

Barcelona, Sepanyol

Sumber: Shutterstock.com

Park Güell ialah tarikan yang mesti dikunjungi apabila anda ke Barcelona. Taman ini direka oleh arkitek terkenal Catalan, Antoni Gaudi, dengan mozek unik dan ukiran hiasan yang memberikan perasaan seolah-olah anda melangkah ke dalam karya agung barok.

Jaipur, India

Sumber: Shutterstock.com

Terletak di Utara India, ibu negeri Rajasthan juga dikenali sebagai Bandar Merah Jambu.

Pada tahun 1876, sebelum ketibaan Putera Wales dan Ratu Victoria ke Jaipur untuk lawatan rasmi, Maharaja Ram Singh telah mengarahkan bandar itu supaya dicat kepada warna merah jambu untuk mengalu-alukan mereka, kerana warna ini dianggap sebagai warna hospitaliti. Sejak itu, bangunan-bangunan di sini telah mengekalkan warna tersebut. Dan bangunan yang paling cantik ialah Hawa Mahal, atau Istana Angin.

La Boca, Buenos Aires, Argentina

Sumber: Shutterstock.com

Caminito (“jalan kecil” atau “laluan kecil” dalam bahasa Sepanyol) ialah muzium jalanan dan lorong tradisional yang terletak di kawasan kejiranan La BocaBuenos Aires. Jalan ini memainkan peranan penting dalam kebudayaan, kerana ia ialah inspirasi di sebalik lagu tango yang terkenal, “Caminito”.

Hoi An, Vietnam

Sumber: Shutterstock.com

Hoi An, atau “tempat pertemuan yang aman” dalam bahasa Vietnam, ialah bandar sejarah yang penuh dengan ketenangan.

Bandar Lama yang dihiasi dengan warna kuning yang ceria ini ialah contoh pelabuhan perdagangan Asia Tenggara kurun ke-15 hingga ke-19 yang masih terpelihara sehingga kini.

Gamla Stan, Stockholm, Sweden

Sumber: Shutterstock.com

Gamla Stan ialah kawasan lama di Stockholm, dan salah satu pusat bandar zaman pertengahan yang terbesar di Eropah yang masih terpelihara dengan baik. Dipenuhi dengan bangunan yang dicat dengan warna menarik mata memandang, anda pasti mahu mengambil masa untuk meneroka lorong-lorong yang sempit dan berbatu di kawasan ini.

Jinhae, Changwon, Korea Selatan

Sumber: Shutterstock.com

Tempat penganjuran pesta bunga sakura paling meriah di Korea Selatan, bandar di selatan Korea ini mengalu-ngalukan berjuta-juta pelawat yang datang dari jauh mahupun dekat pada awal April, apabila bunga korea mekar pada musim bunga.

Dua tempat terbaik untuk melihat bunga sakura mekar adalah di Sungai Yeojwacheon (gambar di atas) dan Stesen Kereta Api Gyeonghwa.

Chefchaouen, Maghribi

Sumber: Shutterstock.com

Terletak di antara puncak Gunung Rif Maghribi, Chefchaouen adalah bangunan yang dilimpahi dengan rona biru yang terang seperti langit yang indah. Terdapat banyak teori tentang mengapa bandar ini dicat dengan warna biru, tetapi warna yang dikatakan melambangkan langit dan syurga ini dilihat sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan yang mulia.

Havana, Cuba

Sumber: Shutterstock.com

Dipenuhi dengan kereta klasik Amerika dan bangunan lama berwarna pastel, Habana Vieja seolah-olah Havana yang muncul dari era 1950-an. Ibu negara yang berkarisma ini dihiasi dengan warisan dan seni dan penduduk yang melakukan segalanya dengan sepenuh hati termasuklah makanan dan muzik mereka.

Pattaya, Thailand

Sumber: Shutterstock.com

Pattaya, bandar yang ceria dan meriah ini ialah destinasi popular bagi mereka yang mencari keseronokan, bar dan kelab yang memainkan muzik yang menggamatkan suasana. Namun, bandar ini juga menawarkan aktiviti yang berunsurkan keluarga, seperti pusat membeli-belah dan tarikan kebudayaan.

Wroclaw, Poland

Sumber: Shutterstock.com

Mungkin agak susah untuk menyebut nama bandar ini (sebenarnya “vrots-wahf”), tapi tidak susah untuk jatuh cinta pada Wroclaw. Apa yang ada di sini melangkaui keindahan bangunannya. Wroclaw juga dikenali sebagai hab budaya, penganjuran beberapa perayaan utama dan aktiviti malam yang meriah.

Brighton Beach, Melbourne, Australia

Shutterstock.com

Brighton Beach boleh dikatakan sebagai pantai yang paling ikonik di Melbourne. Dilengkapi dengan pondok-pondok mandian berwarna-warni yang sama seperti di pantai di England.

Ketika era Victoria, pondok-pondok ini digunakan oleh para wanita untuk menukar pakaian, tapi kini ia lebih terkenal sebagai lokasi untuk mengambil gambar.

Little India, Singapura

Sumber: Shutterstock.com

The House of Tan Teng Niah ialah tumpuan utama bagi pengunjung untuk singgah ke kawasan etnik itu, hanya kerana warna paletnya yang memukau.

Vila ini dikatakan dibina oleh ahli perniagaan terkemuka Cina iaitu Tan Teng Niah, untuk isterinya ketika tahun 1900-an. Kini ia adalah salah satu vila Cina yang masih bertahan di Little India.

Nyhavn waterfront, Copenhagen, Denmark

Sumber: Shutterstock.com

Apabila orang menggambarkan Copenhagen, mereka selalunya terfikirkan bangunan dermaga yang dicat dengan warna lembut dan kapal lama Nyhavn yang berlayar. Di sini jugalah tempat penulis Denmark terkenal Hans Christian Andersen mengilhamkan beberapa kisah dongengnya, selama bertahun-tahun semasa hayatnya.

Akihabara, Tokyo, Jepun

Sumber: Shutterstock.com

Akihabara, juga dikenali sebagai Bandar Elektrik Tokyo, merupakan syurga bagi peminat anime dan peralatan elektronik. Papan-papan tanda neon yang terang-benderang berfungsi untuk menarik perhatian otaku (peminat tegar) dari serata dunia.

Pelourinho, Salvador, Brazil

Sumber: Shutterstock.com

Pelourinho merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dipenuhi dengan bangunan kolonial yang berwarna-warni dan gereja yang tersergam megah. Tetapi bandar lama Salvador ini bukan sahaja untuk pelancong, kerana ia merupakan pusat komuniti yang masih meriah dan berfungsi, terutama sekali bagi sekolah capoeira, tarian dan muzik.

___

Tapi mengapa hanya melihat pemandangan indah ini melalui gambar? Cara terbaik untuk merasai sendiri pengalaman ini adalah berkunjung sendiri ke sana!

Untuk berkunjung ke destinasi-destinasi ini semudah ABC – tempah dalam talian melalui Traveloka hari ini atau muat turun Traveloka App untuk diskaun yang lebih banyak. 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

19 Shares
Share19
Tweet
+1
Pin
Share