Tarikan Popular

Skytropolis Indoor Theme Park: Taman tema terbaru di Genting Highlands

Ditulis oleh: Farah Fazanna Zulzaha

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

Pernah tak anda risau akan cuaca yang kurang baik setiap kali ingin bergembira di taman tema? Sekarang anda tak perlu risau lagi kerana Skytropolis Indoor Theme Park yang baru dibuka tahun lepas di Genting Highlands. Dengan keluasan lebih 400,000 kaki persegi, taman tema seperti Tron ini mempunyai lebih daripada 20 permainan termasuklah yang mencabar dan yang mesra keluarga, sesuai untuk kanak-kanak. Dan semuanya berada dalam bangunan! Ini antara 10 permainan yang paling menarik di sini!

 

Spin Crazy

Jom mula dengan permainan paling sengit di Skytropolis Indoor Theme Park. Spin Crazy adalah  gergasi yang berpusing dan memerlukan keberanian kerana ia berpusing 360 darjah di udara. Lebih mendebarkan, permainan ini juga berhenti beberapa saat sebelum membuat ayunan ke bawah. Bersedia untuk menjerit sekuat hati!

 

Power Surge

Seperti juga Spin Crazy, Power Surge juga berpusing-pusing tetapi lebih kepada pusingan seperti putaran jam. Tip daripada kami: Jangan makan berat sebelum mencuba permainan di Skytropolis!

 

Disco!

Disko! Adalah salah satu permainan yang anda akan nampak kali pertama anda menjejakkan kaki ke sini. Ia seolah-olah cakera berpusing ke hadapan dan ke belakang. Nampak biasa saja tapi belum cuba belum tahu. Kalau anda seorang yang ketagihkan adrenalin, jangan lupa untuk cuba!

 

Music Express

Phew! Berhenti sekejap daripada adrenalin dengan Music Express. Walaupun permainan ini tidaklah ekstrem seperti permainan yang lain, pergerakan yang pantas pasti buat anda teruja dengan kelajuan yang bakal anda alami!

 

Sky Towers

Cuba permainan klasik Sky Towers kalau anda berani. Bersedia untuk dijatuhkan dari atas dengan kelajuan yang pantas!

 

Ballon Race

Okay, semua permainan ekstrem anda dah cuba! Fuh, lega. Jom cuba permainan mesra keluarga pula. Permainan Ballon Race mengingatkan kami kembali kepada permainan Spinning Tea Cup. Yang berbezanya, permainan ini berada tinggi di udara. Hati-hati untuk tidak terlalu memusing gondola. Pening nanti!

 

Space Cadets

Nak cuba terbang? Naiki permainan Space Cadets ini dengan anak anda dan rasai pengalaman seperti berada dalam kapal angkasa yang boleh dikawal pergerakannya. (Kapal angkasa anda boleh terbang ke atas dan ke bawah).

 

Royal Carousel

Tidak boleh disangkal lagi, permainan paling cantik di Skytropolis, Royal Carousel mempunyai karusel dua tingkat yang dihiasi dengan kuda-kuda dan kereta-kereta yang indah. Permainan yang pastinya menjadi kegemaran di kalangan anak-anak! Walaupun permainan ini mesra kanak-kanak, ia masih memerlukan penyeliaan orang dewasa pada setiap masa.

 

Bumper Boss

Tidak lengkaplah sebuah taman tema itu tanpa bumper car.  Pandu seperti seorang juara dan cuba langgar pemandu lain. Lagi kuat, lagi seronok!

 

Copper Express

Permainan yang selamat dan seronok untuk kanak-kanak kecil. Kereta api ini akan membawa ibu bapa serta anak-anak mereka dalam perjalanan sekitar safari ini, jadi anda boleh rehat dan relaks sambil menikmati permainan ini.

Tip pro: Jika mahu mengisi perut, terdapat gerai menjual wafel, popcorn dan hot dog. Anda juga boleh ke banyak restoran lain terletak di First World Plaza untuk menikmati makanan yang lebih mengenyangkan.

Skytropolis Funland adalah tempat yang sempurna untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Terdapat lebih banyak permainan yang akan dibuka tidak lama lagi seperti roller coaster Super Glider, Spinning Tea Cups dan Soaring Ships.

Tidak mahu beratur panjang untuk mendapatkan tiket di Skytropolis Indoor Theme Park? Tempah tiket anda Traveloka sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share