Inspirasi,  Tarikan Popular

5 tangga paling ‘Instagramable’ di seluruh dunia

Saya tahu ramai yang tak suka mendaki tangga, tapi percayalah kalau saya kata anak tangga di sini akan buat anda lupa kepenatan mendaki.

 

Batu Caves | Malaysia

Kredit: Sallehuddin Ahmad / Shutterstock

Anak tangga berjumlah 272 yang menghala ke Gua Kuil ini telah melalui transformasi yang drastik baru-baru ini (menampilkan pelbagai warna ceria yang wajib untuk para Instagrammer lawati).

Batu Caves, terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur ini juga menempatkan patung Dewa Murugan yang tertinggi di dunia dan dianggap suci bagi penganut agama Hindu.

 

Panna Meena ka Kund | India

Panna Meena ka Kund yang terletak di Jaipur adalah anak-anak tangga purba yang mempunyai telaga di bahagian tengah binaan ini. Ia telah dibina sejak kurun ke-16 dan berfungsi sebagai kolam tadahan air hujan. Tangga simetri juga berfungsi sebagai kawasan perjumpaan komuniti.

Ia mungkin tidak begitu terkenal seperti Chand Baori di kampung Abhaneri, (dipercayai sebagai tangga dengan kolam terbesar di dunia), tetapi Panna Meena ka Kund tidak kurang hebatnya, tetap cantik untuk gambar anda dan kurang orang melawat ke sini!

 

Escadaria Selarón | Brazil

Anak tangga yang nampak klasik dan kelihatan dekat dengan budaya negara Brazil ini terletak di Rio de Janeiro, ibu negara Brazil dan dihasilkan oleh artis kelahiran Chile yang mendedikasikan hasil seninya ini kepada penduduk Brazil. Beliau mula memulihara tangga yang berada di hadapan rumahnya pada tahun 1990 dan terus melakukan perkara itu hingga kematiannya pada tahun 2013.

Escadaria Selarón mempunyai 215 anak tangga dan keseluruhannya dihiasi dengan lebih daripada 2,000 jubin berwarna-warni, dari jalan Joaquim Silva dan jalan Pinto Martins, secara rasmi dikenali sebagai jalan Manuel Carneiro, menyusuri kawasan kejiranan Lapa dan Santa Teresa.

 

Kampung Budaya Gamcheon | Korea Selatan

Kredit: Matt Leung / Shutterstock

Kampung Budaya Gamcheon Busan telah memberi nafas baru kepada kampung tersebut dengan hasil seni artis tempatan dan antarabangsa.

Dikenali kerana mural yang ceria dan pemasangan hasil seninya, kampung ini penuh dengan tangga cantik yang tersembunyi di lorong-lorong sempit. Salah satu mural kegemaran ulat buku kerana ia dicat seperti buku-buku yang disusun.

 

16th Avenue Tiled Steps  | Amerika

16 Avenue Tiled Steps terletak di bandar San Francisco antara 15 dan 16 Avenue. Hasil seni yang mengagumkan ini sebenarnya merupakan projek komuniti yang melibatkan ahli-ahli kejiranan itu dan mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan.

Mozek-mozek ini bertemakan semula jadi dan menggunakan jubin khas yang menggambarkan haiwan, ikan, cengkerang, matahari dan bulan. Anak tangga berjumlah 163 ini bukan sahaja mengagumkan pada siang hari malah memberikan kejutan yang indah kepada para pengunjung pada malah hari ketika jubin-jubin ini bertindak sebagai cermin yang memantulkan cahaya bulan. 🌙

_____________________________________________________________________

Jangan tunggu lagi, cepat-cepat tempah penerbangan dan hotel anda di Traveloka hari ini!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

32 Shares
Share32
Tweet
+1
Pin
Share