Tarikan Popular

10 aktiviti menarik yang anda tidak tahu di Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur, berdiri megah disamping bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur dan merupakan pemandangan paling ikonik selepas Menara Berkembar Petronas.

Selain fakta sebagai bangunan kedua tertinggi di Malaysia, tak ramai orang yang duduk di Kuala Lumpur sedar tentang aktiviti ‘cool’ yang mereka boleh buat di sini. (Saya hanya tahu selepas beberapa kawan daripada luar negara ceritakan kepada saya.)

Ini aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjangh hari di sini:

 

Dek Pemerhatian

Kredit: www.menarakl.com.my

Dek pemerhatian dalaman menawarkan panorama indah di Kuala Lumpur yang tiada tandingan. Dibuka dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari sepanjang tahun, anda boleh melihat Kuala Lumpur secara lebih dekat melalui binokular yang terletak di sekitar dek.

 

Dek Sky

Kredit: Spectral-Design / Shutterstock.com

Mahu lihat dari pandangan atas? Lihat Dek Langit yang terbuka dan juga merupakan sudut pandangan tertinggi di Menara Kuala Lumpur.

 

Sky Box

Kredit: Valadimir Zhoga / Shutterstock.com

Jika sesuatu yang mengujakan yang anda cari, cuba duduk di dalam Sky Box. Ia bukan sahaja mendebarkan malah berbaloi untuk gambar Instagram anda. Diinspirasikan daripada Eureka Skydeck 88 di Melbourne, Sky Box ini dikelilingi sepenuhnya oleh panel kaca yang dilanjutkan dari Sky Deck.

Sky Box boleh menampung sehingga enam orang pada satu-satu masa. Kami harap anda sukakan ketinggian, kalau tak, boleh pening-pening lalat dibuatnya!

 

Zoo Mini

Kredit: www.menarakl.com.my

Kalau anda pencinta haiwan, zoo mini ini patut anda kunjungi. Zoo ini menempatkan pelbagai haiwan kecil dari seluruh dunia, seperti meerkat, rakun, dan rubah telinga kelawar, yang pasti buat anda tersenyum kerana kecomelan haiwan-haiwan di sini.

 

Akuarium Blue Coral

Kredit: www.menarakl.com.my

Terokai keajaiban Akuarium Blue Aqual. Akuarium ini mempunyai pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna-warni dan menarik seperti ikan kardinal, ikan badut api, jerung terumbu, anemoni, ikan laut, ikan puffer dan spesies lain.

 

Rumah Terbalik

Kredit: www.menarakl.com.my

Tidak perlu pergi ke Hawkins, Indiana untuk melawat Upside Down – pergi saja ke Rumah Terbalik di pintu masuk ke Menara KL. (Walaupun ia adalah versi yang kurang menakutkan.)

Anda akan merasa seperti Alice in Wonderland kerana anda mengembara melalui pondok Inggeris dua tingkat yang menawan, yang telah dibina terbalik dengan sepenuhnya. Dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari, pelawat tentu seronok bergambar dan mengambil gambar dalam pelbagai adegan aneh.

 

Taman KL Forest Eco

Kredit: Zuhairi Ahmad / Shutterstock.com

Jika anda perlu menghirup udara segar tapi tidak mahu memandu terlalu jauh keluar dari Kuala Lumpur, malah masih boleh melihat Menara Kuala Lumpur, apa kata anda lawati hutan simpan yang betul-betul di tapak Menara KL.

Hutan Simpan Bukit Nanas ini adalah hutan simpan yang paling lama di negara ini, dan merupakan rumah kepada Pokok Jelutong yang telah hidup beberapa abad yang lalu.

Seluas 9.3 ekar, hutan hujan tropika ini seolah-olah apa yang penduduk bandar perlukan, perasaan ketenangan yang mengalu-ngalukan. Saya memang mengesyorkan Canopy Walk, yang berketinggian 200 meter dan merentasi sepanjang taman itu.

 

Teater XD

Kredit: www.menarakl.com.my

Pilih pengembaraan anda di Teater XD, yang memberikan anda pilihan beberapa simulasi 6D. Pastikan anda berpegang kuat pada kerusi anda semasa pengalaman interaktif yang menarik, lengkap dengan pencahayaan dan kesan angin.

 

Zon Simulasi F1

Kredit: www.menarakl.com.my

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam, anda boleh berangan menjadi Lewis Hamilton di Zon Simulasi F1. Lengkap dengan audio dan visual yang menambah debaran kepada anda, pengalaman ini akan membuatkan anda berasa berada dalam kereta F1.

 

Restoran Atmosphere 360

Kredit: Atmosphere360 / Facebook

Berehat sebentar di Atmosphere 360, sambil mengamati pemandangan matahari terbenam yang terbaik di Kuala Lumpur dan menikmati makanan di sini. Anda akan dihiburkan dengan lampu siling gentian optik berputar yang memberikan ilusi menikmati hidangan al fresco di bawah langit malam berbintang.

Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan bufet untuk makan tengah hari dan makan malam. Anda boleh menikmati hidangan mewah yang direka dan dimasak oleh chef yang menggunakan bahan-bahan segar. Menu à la carte dan koktel juga disediakan.

_____

Ketahui lebih banyak permata tersembunyi di Malaysia melalui Traveloka hari ini – kami menawarkan banyak tawaran untuk hotel dan penerbangan!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

35 Shares
Share35
Tweet
+1
Pin
Share