Tarikan Popular

7 tempat di Malaysia dengan nama yang akan buat anda geli hati

Pernah ternampak papan tanda jalan dan terfikir sejenak, “Sekejap, apa yang aku baru nampak tadi?”

Di Malaysia sendiri banyak tempat dengan nama yang lucu dan pelik, jadi di sini kami kumpulkan tujuh nama tempat paling mencuit hati.

1. Desa Temu Jodoh

Sumber

Ha, bagi yang masih solo, kalau anda masih mencari cinta hati anda, anda mungkin berpeluang bertemu dengannya di Johor.

Terletak di daerah Segamat, kampung ini diberi nama Desa Temu Jodoh kerana pada tahun 1972, sekumpulan peneroka (kebanyakan mereka masih belum berkahwin) telah dihantar ke kawasan itu untuk membuka ladang kelapa sawit. Tapi, peserta program ini tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh lima tahun pertama. Selepas tempoh itu tamat, sehingga 24 pasangan mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa yang sama dengan melakukan majlis besar-besaran.

2. Kampung New Zealand

Sumber

Tak, anda masih di Malaysia, bukan di dunia Lord of the Rings, Flight of the Conchords atau Taika Waititi. Kampung New Zealand ialah kawasan FELDA di Maran, Pahang. Tapi kenapa namanya New Zealand? Kata penduduk asal kampung ini, sewaktu dijadikan tanah rancangan FELDA, ia mendapat bantuan daripada kerajaan New Zealand yang disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Apa-apa pun, nama kampung ini memang unik!

 

Sumber

3. Kampung Imam Lapar

Sumber

Kampung ini terletak di Terengganu, tempat yang menjadi rumah kepada hidangan terbaik di Malaysia (siapa nak Nasi Dagang atau Nasi Kerabu?). Jadi dengan banyak hidangan tersedia takkan lah Imam masih lapar?

Sebenarnya, mengikut cerita penduduk tempatan, dua pedagang terjumpa surau di kawasan itu dan berhenti untuk mencari makanan kerana mereka lapar. Dalam surau itu, ada seorang Imam yang sedang kusyuk membaca Al-Quran sehingga tidak sedar permintaan dua orang pedagang yang ingin meminta makanan. Jadi mereka pun pergi dalam tergesa-gesa. Mungkin kampung ini patut dinamakan sebagai Kampung Saya Lapar?

Sebagai negara yang penuh dengan orang yang sentiasa lapar, kami faham perasaan itu. Kalau terlalu lapar, mood pun ‘kacau’, kan?

 

4. Kampung Nasi Dingin

Sumber

Mungkin pedagang yang lapar itu lebih bernasib baik kalau ke kampung ini. Terletak sembilan kilometer dari Kampung Imam Lapar ialah Kampung Nasi Dingin. Kebetulan? Kami rasa tidak. Pedangan itu mungkin terdesak mencari makanan sampaikan mereka sanggup makan apa saja yang diberi, walaupun nasi dingin.

Dibahagian utara di Kelantan, hidangan popular yang dikenali sebagai Nasi Dingin, diberi nama sempena kampung ini ketika ia mula dicipta. Tapi apa kaitannya? Kami sendiri tidak pasti.

 

5. Pulau Kentut Besar/Pulau Kentut Kecil

Kredit: royterachi / Instagram

Tak perlu diterangkan lagi. Nama pulau ini cukup jelas. Dan lucu! Pulau-pulau ini terletak tidak jauh dari hujung selatan Langkawi dan jika anda biasa mendengar cerita tempatan, mereka mendapat nama mereka dari perkahwinan legenda antara anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya.

Semasa makan beradap, pengantin lelaki tiba-tiba terkentut. Memandangkan makanan yang dimakan pada hari itu disediakan oleh pengantin perempuan, mereka berkecil hati, lalu terjadi pergaduhan antara dua keluarga hingga mengakibatkan huru-hara di pulau tersebut.

Okay, lupakan pasal ‘kentut’, sebut pasal pulau, pulau ini sebenarnya sangat dikenali oleh orang tempatan dengan pemandangannya yang indah, pantai pasir putih dan air biru yang jernih. Dan untuk sampai ke pulau ini juga mudah dengan menyewa bot dan ada banyak aktiviti pakej island-hoping termasuk juga pulau kentut besar dan pulau kentut kecil – tentulah.

 

6. Sungai Bangang

Kredit: fakhrull_sh / Instagram

Perkataan ini memang selalu didengar tatkala anda sedang marah, tapi kalau nama sungai – terutama sekali sungai secantik sungai ini, tentu pelik kan. Tapi kami rasa sungai ini mendapat namanya memandangkan agak sukar untuk para pengembara untuk melalui hutan untuk ke sungai itu.

Gif

Dan untuk sampai ke sungai jernih berwarna hijau kekuningan itu, anda perlu mendaki laluan Chemerong, Berembun, dan Langsir di Terengganu selama dua hari melalui hutan tebal dan jalan curam. Tapi kebanyak orang masih melakukan cabaran ini hanya untuk berenang dan menikmati airnya yang jernih.

 

7. Kampung Mangkuk

Sumber

Okay, perkataan ini memang ‘dekat’ dengan rakyat Malaysia. Sekali lagi, kalau anda sedang memarahi seseorang perkataan seperti ‘mangkuk’ mungkin digunakan. Sebabnya, mungkin mangkuk, kosong, jadi orang yang dimarahi digambarkan sebagai otak kosong? Apa pun, ‘mangkuk’ bukanlah kata-kata pujian.

Kredit: @realabamapam / Twitter

Berada di pantai Terengganu yang indah, dengan pohon kelapa, menurut legenda, nama kampung itu berasal dari mangkuk yang mempunyai kuasa-kuasa misteri yang boleh membimbing penumpang jauh dari bahaya, air yang dipenuhi buaya dan kemudian membantu mereka menghilangkan kehausan mereka. Bagus kan cerita ni?

_________________________________________________________________________

Kalau nak tau lebih lagi, anda kena lah lawat tempat ini sendiri. Jadi tempat penerbangan dan hotel anda di Traveloka! Kalau anda tahu tempat lain yang ada nama yang lebih lucu, beritahu kami dalam bahagian komen ya.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

103 Shares
Share103
Tweet
+1
Pin
Share