0

Traveloka MY

27 Dec 2018 - 3 min read

3 spot terbaik pemandangan Kuala Lumpur untuk Instagram anda

Ini dia senarai 3 spot terbaik pemandangan Kuala Lumpur yang anda boleh nikmati. Jangan risau, kami dah semak senarai ini 2, 3 kali tau! Mencabar juga untuk cari spot terbaik yang boleh memberikan anda pemandangan indah kota raya, tetapi spot cadangan kami ini memang diyakini cantik!

Dah bersedia untuk misi Instagram? Pastikan bateri kamera atau telefon pintar anda dicaj penuh! Sediakan juga powerbank.

Menara Kuala Lumpur

Urban landscape of Kuala Lumpur seen from KL Tower Skydeck.

Berdiri di atas gelas kaca Sky Deck di Menara KL pada ketinggian 421 meter dan nikmati pemandangan Kuala Lumpur yang tak akan anda dapati di tempat lain. Kalau ketinggian bukan kelebihan anda (bukan takut, tak suka), anda boleh melihat Kuala Lumpur dari Observation Deck pada harga yang lebih rendah.

Observation Deck juga tak kurang seronoknya. Anda boleh zum dekat untuk melihat bangunan pencakar langit Kuala Lumpur menggunakan binokular yang ada di sekitar dek itu. Jangan lupa untuk singgah di gerai-gerai yang menjual cenderahati untuk kenang-kenangan.

Masih belum puas menerokai Menara KL? Singgah dan makan di Atmosphere 360, sebuah restoran berputar yang berada di tingkat atas menara itu. Dengan siling yang menyerupai langit malam dan pemandangan Kuala Lumpur yang indah, Instagram anda tentu dicemburui ramai.

Demi Instagram (dan mestilah memori), tempah tiket kunjungan anda ke Menara Kuala Lumpur hanya di Traveloka.

Menara Berkembar Petronas

Office at Petronas Twin Towers. Kind from within, from the bridge connecting towers at Kuala Lumpur, Malaysia.

Lawati menara berkembar tertinggi di dunia dengan laluan ekspres kami. Tak perlu susah-susah untuk beratur!

Mulakan pengembaraan anda dari pameran multimedia di tingkat Concourse untuk mengetahui tentang menara itu dari konsepnya sehinggalah pembinaan dan penyiapannya. Kemudian, lif berkelajuan tinggi akan membawa anda 170 meter di udara ke dek pemerhatian di tingkat 41. Nikmati pemandangan Kuala Lumpur yang sungguh mempesonakan di sini.

Luangkan sedikit masa mengagumi seni bina yang menakjubkan di sebalik struktur ikonik ini. Lihat saja pencahayaan semula jadi yang seakan-akan menggalakkan anda ber-selfie di sini.

Tiba masanya untuk anda pula menerokai Menara Berkembar Petronas, tetapi sebelum anda ke sana, tempah dulu tiket dengan Traveloka.

KL Hop-On Hop-Off

Kredit: mofaez

Lihat kota raya Kuala Lumpur - dari bas dua tingkat Kuala Lumpur Hop-On Hop-Off.

Sambil makan angin, bas ini akan menyiarkan audio pra-rakaman yang akan menceritakan sejarah Kuala Lumpur dan mercu tanda ikonik di bandar ini. Pilih antara ruangan di tingkat bawah yang berhawa dingin dan ruangan tingkat atas yang berhawa dingin serta terbuka. Bas ini juga turut menyediakan akses WiFi secara percuma sepanjang perjalanan anda.

Kredit: withGod

Bagaimana jika anda berminat untuk melawati kawasan-kawasan tertentu sepanjang lawatan bas? Mudah saja. Berhenti di mana-mana hentian - ada 21 kesemuanya - dan naiki bas seterusnya apabila anda sudah puas bersiar-siar. Sebab itulah bas ini dinamakan Hop-On Hop-Off!

Tip: Saranan kami, sertai lawatan melalui bas Hop-On Hop-Off sebelum tengah hari dan pilih ruangan terbuka. Di situlah anda dapat menikmati pemandangan terbaik!

Lawati Traveloka dan dapatkan tiket anda di laman web kami.

_________________________________________________________________________

Dah bersedia untuk pusing satu Kuala Lumpur? Rancang pengembaraan anda dengan Traveloka. Jangan lupa untuk berkongsi gambar-gambar anda dengan tag Traveloka di Instagram, kami tak sabar untuk melihatnya!

Diterjemahkan oleh: Raja Nadhirah Raja Hasnan

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka