The KL Journal Hotel: Eksentrik dan bergaya

The KL Journal Hotel: Eksentrik dan bergaya

Lokasi itu penting!

KL Journal Hotel

Apa yang membuat Kuala Lumpur (KL) terkenal dalam kalangan pelancong? Bagi kami, peluang untuk mencari pengalaman unik yang digemari ramai semasa bercuti ialah apa yang paling menonjol. Ini melingkupi lokasi makanan, membeli-belah, kehidupan malam, aktivitibudaya tempatan, dan yang paling penting, untuk rehat dan relaks!

Jika itu yang anda cari, maka The Kuala Lumpur Journal harus berada di atas senarai penginapan KL anda.

Terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah dan kawasan hiburan utama di Bukit Bintang, hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari Changkat Bukit Bintang untuk pengalamankehidupan malam yang meriah dan juga kawasan popular makanan malam, Jalan Alor. Walaupun kedua-duanya lokasi popular untuk hiburan dan makanan, kami juga ingin kongsi beberapa pemandangan dan istirahat lain yang kami alami baru-baru ini. Pertama, bilik!

Reka bentuk terperinci

KL Journal HotelBanyak usaha telah diambil untuk membuat kami rasa betul-betul dimanjakan. Penghawa dingin bilik kami dihidupkan sebelum daftar masuk dan peta panduan bergambar khas dengan info dan panduan lokal bandar KL disediakan untuk rujukan kami. Terdapat pelbagai cadangan  untuk berjalan-jalan seperti ‘Conquering Lunch Lines‘ yang menampilkan tempat-tempat makan yang popular serta tips lain untuk mengisi masa lapang anda.

KL Journal HotelSelain itu, mereka juga menyediakan buku catatan kecil nostalgik ‘555’ di atas meja di sebelah katil. Kenapa buku nota kecil ini sangat ikonik di kalangan rakyat Malaysia? Pada suatu masa dahulu, tiada telefon pintar untuk menulis segala catatan harian dan buku ‘555’ merupakan pad nota yang pasti boleh didapati di setiap kedai runcit. Ia seperti lejar peribadi anda sendiri atau kad kredit fizikal. Dalam versi hotel ini, anda akan disyorkan mengambil nota untuk pengalaman anda di sini di Kuala Lumpur.

KL Journal HotelTetapi sesuatu unik dan menggembirakan yang kami percaya tidak ditawarkan oleh mana-mana hotel Kuala Lumpur yang lain – Netflix!

Kemudahan lain dalam bilik termasuk HDTV skrin rata 40-inci, bar mini, pancuran hujan tekanan tinggi, mesin Nespresso, dan speaker bluetooth tanpa wayar JBL dengan penggera & radio terbina dalam. Sesiapa saja pasti tidak keberatan untuk bersantai di dalam bilik sepanjang hari!

Berenang sepuas-puasnya di The Swimming Club

KL Journal HotelTapi, takkanlah kami hanya tinggal di dalam bilik apabila sesuatu yang lebih menarik memanggil di luar? Tarikan utama hotel ini ialah terdapatnya bar di atas bumbung yang lengkap dengan kolam infiniti air masin. Setelah kami penat menuju ke tingkat ke-11 hotel ini selepas membeli-belah di kotaKuala Lumpur yang panas, kami berasa lega apabila kedatangan disambut oleh oasis yang dihiasi penuh dengan elemen-elemen tropika yang sungguh mengagumkan.

KL Journal HotelBerendam dan berehat dengan suasana seperti di Palm Springs, California sambil menghirup minuman air kelapa segar dan bermalas-malasan di kerusi rotan yang nyaman dan retro.

Dinamakan The Swimming Club, ia merupakan tempat yang sesuai untuk sesi koktail buah-buahan sambil berjemur di bawah matahari dengan rakan-rakan anda, atau berkongsi momen-momen romantik dengan yang tersayang ketika saat matahari terbenam. Kami benar-benar menegas anda untuk melawatkolam renang ini pada waktu malam kerana pengalamannya unik sekali. Bayangkan anda bersantai ala-ala zaman retro berpesta di bawah lampu neon di tepi kolam renang.

Berbilang fungsi dan bergaya

Perlu melarikan diri daripada rutin pejabat biasa? Atau memerlukan ruangan kerja pelbagai guna untuk acara anda? Tuju saja ke tingkat pertama hotel. Menggabungkan ciri-ciri perindustrian dengan rekaan dinding yang unik dan bergaya, Worker’s Union adalah ruang berbilang fungsi yang boleh memenuhi semua acara yang serius dan tidak begitu serius. Ruang ini mempunyai tiga studio yang direka untuk pertemuan intim atau ruang untuk acara korporat, pihak swasta dan perhimpunan sosial. Anda juga boleh minum mocktail dan dapatkan stik dan kentang goreng semasa anda berehat selepas waktu kerja yang panjang di Worker’s Union Bar and Grill, sebuah restoran di teres yang menghadap ke pemandangan hijau di KL.

KL Journal HotelSarapan disajikan di Kedai Kopi Journal di tingkat bawah, di belakang pintu masuk lobi. Ia mengingatkan kami tentang kopitiam lama di KL dan mempunyai santapan sarapan harian yang merangkumi roti dan pastri yang segar setiap hari oleh studio pastrinya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menikmati bufet atau pesanan dari menu sarapan klasik.

Untuk penginapan yang hebat dan bergaya, semak The Kuala Lumpur Journal Hotel!

See and Do

Kuala Lumpur River of Life

River of LifeSalah satu momen kami yang paling membanggakan? Apabila Kuala Lumpur tersenarai dalam ‘10 Best Waterfront Districts’ di dunia! Dikenali sebagai ‘River of Life’, permata bandar yang berwarna-warni ini terletak di tebing Sungai Klang, dan mempunyai kafe-kafe yang berkilauan, air pancut berteknologi tinggi, laluan basikal dan pertunjukan cahaya malam yang menjadikan air menjadi biru kobalt yang menakjubkan.

Lucky Tora

KL Journal Hotel

Makan tengahari di Lucky Tora, restoran Jepun dan bar kontemporari yang menawarkan dekorasi dalaman yang cukup ‘Instagrammable’ dan pilihan makanan yang mesra suapan. Cubalah gyoza udang dengan sos Szechuan dan sashimi ceviche yang segar, dan lihat socmed anda meletup dengan ‘Likes

25, Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Isetan Japan Store at Lot 10 Shopping Centre

Isetan KL

Tidak perlu ke negara matahari terbit! Di seberang jalan dari KL Journal, terdapat sebuah pusat membeli-belah yang pertama kali menawarkan lebihj 200 jenama eksklusif dari Jepun yang merangkumi enam lantai, memang syurga membeli-belah. Tip-tip untuk makanan, cuba cheesecake 6th Avenue di Restoran Tokyo, tingkat 4 – bagi kami, ia bertaraf kelas dunia.

Lot 10 Shopping Centre, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang

 

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Imara Natchiar

65 Shares
Share65
Tweet
+1
Pin
Share