Percutian Pilihan

Pantai di Malaysia yang memiliki hamparan bercahaya biru (*dan di negara-negara lain juga)

Alam ini sangat hebat dan penuh misteri – tahu tak yang di sesetengah tempat, anda boleh melihat haiwan dan tumbuhan yang bersinar dalam gelap?

Sama ada alga atau hidupan kecil, pengalaman melihat fenomena alam ini pasti akan jadi sesuatu yang unik yang anda saksikan seumur hidup anda. Dan ini adalah tempat-tempat terbaik untuk melihat fenomena indah dan jarang-jarang dilihat ini.

Tip: Bioluminescence paling sesuai dilihat ketika tiada sinaran bulan atau ketika langit mendung.

 

1.  Pantai Tusan, Malaysia

Kredit: Albert Song / The Borneo Post

Berita baik: anda tak perlu mengembara jauh untuk melihat keindahan ini kerana anda boleh ke Miri, Sarawak! Hanya setengah jam dari bandar, Pantai Tusan yang indah ini dikenali sebagai “air mata biru” oleh orang tempatan kerana warna alga (dipanggil dinoflagellate) yang mempamerkan warna biru.

Walaupun fenomena ini sudah lama muncul di tempat lain, ia baru saja diketahui di Pantai Tusan dan meningkatkan popularitinya dikalangan pengunjung. “Air mata biru” hanya muncul pada akhir tahun, sekitar bulan September hingga Disember.

 

2.  Teluk Toyama, Jepun

Terletak di sebelah utara pantai Honshu, Teluk Toyama, teluk yang tenang ini adalah rumah bagi haiwan laut iaitu Watasenia scintillan, atau Sotong Kelip-kelip. Walaupun saiznya kecil (3 inci), sesungut sotong ini mempunyai organ istimewa yang dipanggil photophore, yang menyerupai kelip-kelip. Dan keistimewaan inilah yang menjadikan teluk ini begitu indah ketika musim bunga.

Ketika musim bunga (Mac hingga Jun), sotong ini akan muncul di permukaan teluk Toyama untuk mengawan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sotong Kelip-kelip, anda boleh ke bandar pelabuhan Namerikawa untuk melawat muzium yang didedikasikan khas untuk haiwan ini. Satu-satunya dalam dunia!

 

3.  Pulau Vandhoo, Maldives

Banyak pulau di Maldives yang menampilkan pantai-pantai dengan air yang bersinar dengan warna biru elektrik. Sinaran daripada haiwan bioluminescent ini dipangil ostracod crustacean, yang juga mengeluarkan cahaya lebih lama daripada plankton. Pulau “Lautan Bintang” ini juga antara yang paling popular dan yang paling dirakam oleh lensa kamera.

 

4.  Krabi, Thailand

Ketika waktu siang, anda boleh menikmati cahaya matahari, pantai dan meluncur… Tapi ketika malam berlabuh, bersedia untuk melihat permukaan air berkilauan. Banyak operator lawatan di Krabi menawarkan lawatan bot yang membawa anda ke pantai untuk menyaksikan fenomena ini.

 

5.  Tasmania, Australia

Kredit: @james.garlick / Instagram

Cahaya berwarna biru terang yang muncul di pantai-pantai Tasmania dihasilkan oleh berbilion alga yang dipanggil Noctiluca scintillan atau “kilauan laut”. Teluk Preservation di utara Tasmania atau South Arm di selatan adalah tempat terbaik untuk melihat kilauan menakjubkan ini. Memandangkan kurangnya cahaya di kawasan ini, anda akan dapat melihat kilauan ini dengan lebih jelas bertemankan cahaya bintang-bintang di angkasa.

 

6.  Pantai Sam Mun Tsai, Hong Kong

Kredit: @nature_3d / Instagram

Di luar bandar Hong Kong yang sibuk adalah kampung nelayan Sam Mun Tsai yang segalanya bergerak pelahan. Di pantai kampung ini, plankton bioluminescent tidak muncul sepanjang tahun, jadi anda perlu melihat ketika alga ini sedang mekar, juga dikenali sebagai “air pasang merah”.

Tetapi, sesetengah air pasang tertentu boleh memudaratkan organisma lain, jadi pastikan untuk memeriksa dulu sama ada selamat atau tidak untuk berjalan di pantai tersebut.

 

7.  Koh Rong, Kemboja

Kredit: materialevolutionlab / Instagram

Koh Rong adalah salah satu destinasi pulau premium di Kemboja. Destinasi ini juga dikenali dengan hutannya yang tebal, pantai yang putih dan terbaik adalah, fenomena permukaan air biru yang bercahaya pada waktu malam.

Untuk melihat kilauan biru ini, anda boleh menempah lawatan dengan bot yang akan membawa anda ke lautan atau ke Pantai Long Set, Pantai Lonely atau Pantai Coconut. Kami sarankan anda menempah pilihan pertama – tiada yang lebih baik daripada terapung di lautan dengan dikelilingi hanya cahaya biru yang terang dan memukau.

 

8.  Teluk Mosquito, Puerto Rico

Kredit: @rachelfrangul / Instagram

Teluk Mosquito di Pulau Vieques dikenali sebagai teluk bioluminescent paling berkilauan terang di dunia. Cara terbaik untuk menikmati pengalaman di sini ialah dengan menggunakan kayak untuk mendayung sekitar teluk tersebut. Seperti namanya, bilangan nyamuk di sini agak banyak, jadi pastikan anda bawa semburan penghalau serangga.

_____________________________________________________________________

Foto tidak boleh menggambarkan pengalaman sebenar berenang ditemani ribuan bintang atau hamparan kilauan biru yang cukup indah, jadi tempah penerbangan dan penginapan anda di destinasi-destinasi ini di Traveloka sekarang!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

33 Shares
Share33
Tweet
+1
Pin
Share