Percutian Pilihan

Langkawi lagi? 5 aktiviti lebih hebat untuk dicuba di pulau tersohor ini

Destinasi pulau popular, Pulau Langkawi adalah salah satu pulau terindah di Asia Tenggara kerana sebab yang penting – hutan hujan luas yang tidak disentuh, dan pesisiran pantai berpasir putih yang panjang menghadap perairan biru Laut Andaman.

Pelabuhan yang tenang sehingga tahun 1980-an, Langkawi telah berubah menjadi hab pelancongan terkenal di dunia dan memperoleh status World Geopark oleh UNESCO pada tahun 2007. Walaupun kini pulau ini menawarkan pelbagai tarikan mesra keluarga, pusat membeli-belah bebas cukai dan pusat peranginan bertaraf dunia, ternyata nilai keindahan semula jadinya tidak pernah pudar. Kebanyakan pulau ini masih diliputi hutan hujan yang tidak disentuh oleh pembangunan, dan masih menjadi habitat hidupan liar seperti White-bellied sea Eagle dan Flying Lemur. Pelancong-pelancong yang ke pulau Langkawi, sama ada buat pertama kali atau tidak, akan sentiasa menemui sesuatu yang baru untuk diterokai.

Sekiranya anda sudah terbiasa dengan pulau ini tetapi masih ingin tahu, kami telah menyenaraikan beberapa pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Langkawi. Jika anda baru di Pulau Langkawi, panduan ini akan cukup membantu.

Underwater World Langkawi

Kredit: Yang Zhen Shiang/Shutterstock.com

Pertama: Penguin comel! Di Underwater World Langkawi, terdapat lebih daripada 4,000 spesis hidupan laut, dan kami rasa Penguinarium patut ada dalam senarai mesti lihat anda! Pastikan anda hadir untuk sesi memberi makan kepada haiwan comel ini. Kemudian, jangan terlepas pengalaman unik untuk berasa seperti di bawah laut apabila anda berjalan dalam terowong berukuran 15 meter panjang sambil melihat ikan pari dan ikan yu di keliling anda.

Langkawi Wildlife Park

Kredit: Rizaudin/Shutterstock

Jika anda sukakan haiwan yang berbulu dan eksotik, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Langkawi Wildlife Park. Merupakan destinasi paling popular dikalangan penduduk tempatan, keunikan zoo ini adalah kerana program yang memberi peluang kepada anak-anak muda dan kanak-kanak mengenali dengan lebih dekat haiwan liar. Kenali dengan lebih dekat ular sawa Burma albino, berswafoto dengan burung flamingo merah jambu, beraksi dengan rakun. Jangan lupa ambil kesempatan bergambar dengan maskot Langkawi, seekor helang, apabila ia bertenggek pada lengan anda!

Jangan terlepas peluang untuk bertemu haiwan baru di zoo ini iaitu dengan musang Fennec, tambahan terbaru keluarga zoo ini. Terdapat juga haiwan unik lain untuk anda teroka di empat bahagian zoo yang berlainan. Dapatkan tiket di sini!

Crocodile Adventureland

Kredit: Mohamed Shamaa/Shutterstock.com

Nak rasa pengalaman yang bakal membuat anda tergamam? Jadi antara yang pertama mengunjungi buaya gergasi di Malaysia! Buaya ini bakal didaftar dalam Malaysia Book of Records sebagai yang terbesar dalam kurungan, dan berukur sepanjang 4.68 meter. Ia digelar ‘Buaya Tembaga’ dan bersaiz lebih besar daripada spesis Crocodylus Porosus, sejenis buaya air tawar. Buaya ini bukanlah hanya satu sebab untuk anda ke Crocodile Adventureland. Jika seekor buaya tak cukup untuk anda lihat, taman ini juga memiliki lebih 4,000 jenis buaya daripada bermacam spesis. Kenali reptilia-reptilia unik ini daripada pengendali-pengendali buaya yang berpengalaman dalam pertunjukan Crocodylus Interpretation & Education. Anda juga boleh menonton buaya-buaya ini pada waktu makan mereka (bukan untuk yang lemah semangat, ya)! Nak lagi? Dapatkan info buaya disini!

Langkawi Adventure & Xtreme Park

Kredit: Langkawi Adventure & Xtreme Park Facebook

Bosan dengan perkara-perkara yang sama di Langkawi? Kegiatan rekreasi yang seterusnya ini mungkin boleh merangsang adrenalin anda! Kalau anda jenis yang suka main lasak, anda harus mengunjungi Langkawi Adventure & Xtreme Park! Cuba aktiviti rekreasi seperti menunggang sebuah all-terrain vehicle (ATV) dalam hutan, flying fox, go-kart, paintball, memanah, dan banyak lagi! Anda juga boleh menunggang kuda dan cuba menonton 5D Motion Cinema. Terbaru di sini adalah aktiviti Langkawi Skybike, di mana anda boleh menunggang basikal di atas tali regang yang tergantung lebih 40 kaki di udara! Tip penting: Brek di basikal ini telah dikeluarkan. Jadi cara terbaik untuk mengimbangi badan adalah dengan mengayuh tanpa berhenti. Jangan cakap kami tak beritahu…nak lagi cabaran? Ketahui lebih lanjut tentang taman ini di sini!

Hidden Restaurant dan Bar

Selepas letih mencabar diri anda dengan bermacam-macam kegiatan seronok dan berjemur panas, kini tiba masanya untuk rehat! Tiada yang lebih memuaskan daripada berehat di bawah pokok kelapa sambil menghirup air kelapa sejuk di tangan. Dibuai-buai pula dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa dan melihat langit indah waktu senja.

Realisasikan angan-angan anda di Hidden Restoran dan Bar, tambahan terbaru kepada aktiviti malam hari di Pulau Langkawi. Restoran cantik molek ini menawarkan pemandangan yang terbaik di Pantai Tengah, dan terdapat menu makanan barat dan tempatan. Dengan pilihan yang banyak untuk semua orang, Langkawi tentunya pilihan yang untuk percutian ‘cuti-cuti Malaysia’. Tidak hairanlah kalau kami asyik kembali, ke sini, lagi dan lagi!

____________________________________________________________________

Anda bersedia untuk mengembara di Langkawi? Rancang perjalanan anda dengan Traveloka. Jangan lupa untuk berkongsi detik-detik yang menyeronokkan dengan kami dengan mengetag @TravelokaMY di Instagram, kami pun nak lihat!

 

Diterjemahkan oleh: Imara Natchiar

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

98 Shares
Share98
Tweet
+1
Pin
Share