Cuti hujung tahun: Destinasi mesra keluarga di Asia Tenggara

Cuti hujung tahun: Destinasi mesra keluarga di Asia Tenggara

Cuti sekolah yang panjang sudah tiba, dan ini jugalah masanya ibu bapa asyik melihat destinasi-destinasi untuk membawa keluarga pergi bercuti.

Kalau anda tidak mahu pergi jauh, Asia Tenggara menawarkan pelbagai keriangan malah berbaloi untuk perbelanjaan anda:

Phuket, Thailand

Pulau terbesar di Thailand ini seakan syurga untuk pengembara, kalau anda mencari persembahan budaya, sukan air, atau gemarkan makanan enak Thailand, mungkin tidak klise untuk mengatakan yang segalanya ada di sini untuk anda.

Pantai dihiasi pasir putih merupakan tarikan utamanya, jadi berehatlah bersama keluarga di pantai-pantai mesra keluarga seperti Pantai Kamala, Pantai Nai or Pantai Kata. Bagi yang mahukan aktiviti yang aktif, lihat Zipline Adventure. Semasa aktiviti ini, anda akan berpeluang merentas hutan hujan yang segar dan nyaman melalui zipline dan mendaki jambatan gantung.

Jika anda mahu mengelak daripada cahaya matahari, ada banyak aktiviti dalam bangunan seperti Phuket Fantasea, persembahan memukau. Anda juga boleh membawa anak-anak ke Phuket Aquarium, Phuket Trickeye Museum, Baan Teelanka (Rumah Terbalik), atau Kids Club Phuket.

Singapura

Sumber: mastapiece / Shutterstock.com

Kota metropolis yang menjadi kegemaran ramai keluarga kerana kebersihan, keselamatan dan banyak hiburan yang tersedia. Untuk ke mana-mana juga mudah dengan sistem pengangkutannya yang cekap.

Universal Studios Singapura sememangnya dalam senarai ‘Mesti Pergi’ setiap ibu bapa dan kanak-kanak. Sesiapa pun akan bergembira apabila dapat menikmati rides yang mencabar dan menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, Pulau Sentosa juga seakan-akan taman permainan yang besar untuk kanak-kanak. Dengan adanya Sentosa Skyline Luge & Skyride, anda boleh menaiki Skyride dari tanah besar Singapura hingga Pulau Sentosa untuk melihat pemandangan dari udara; kemudian ambil perkhidmatan Luge untuk menuruni bukit.

Lawati ArtScience Museum dan saksikan sendiri seni interaktif dan berteknologi tinggi yang akan membuatkan kreativiti dan daya imaginasi anda berkembang. Dan jika anda sukakan haiwan, Zoo Singapura yang pernah memenangi anugerah dan Night Safari patut anda kunjungi.

Boracay, Filipina

Sumber: Andrei Goncharov / Shutterstock.com

Boracay, nama yang tidak pernah asing bagi sesiapa pun, ia juga adalah antara pulau yang paling banyak dilawati di Filipina. Ketika melangkah di atas pasirnya yang bersih, kaki anda seakan tenggelam dek kerana kelembutannya dan ini antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Tidak hairanlah, aktiviti beach hopping ialah antara aktiviti yang disyorkan di sini: sewa sebuah bot untuk menjelajah pulau-pulau untuk bersantai di pantai-pantai indah seperti Pantai Puka Shell, Pantai Beach dan Pantai Ilig-iligan.

Untuk melihat pemandangan matahari terbenam, naik bot tradisional paraw supaya anda tidak terlepas sinaran terakhir pada hari tersebut, sambil menikmati pemandangan tenang di tengah laut.

Lapar? Nikmati makanan laut segar yang dimasak cara orang Filipina di mana-mana restoran dan pastikan anda merasa pencuci mulut yang paling digemari di sini iaitu halo-halo.

Hoi An, Vietnam

Hoi An, bandar pelabuhan purba ini adalah warisan berharga bagi Vietnam. Bandar Purba yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO ini masih lagi baik dan terpelihara. Bersiar-siar di sekitar sini sambil mengamati campuran seni bina antara kurun ke-15 dan 19.

Sewa basikal dan luangkan masa menjelajah setiap jalan yang menghala ke Sungai Hoai atau pergi ke kawasan kampung untuk melihat dengan lebih dekat suasana kampung dan sawah padi di sana. Terdapat banyak pagoda bersejarah untuk anda lihat, seperti Pagoda Phuoc Lam dan Pagoda Chuc Thanh.

Kalau anda berminat untuk belajar cara membuat tanglung atau tembikar – daftar untuk kelas-kelas seni ini. Pasti anak-anak suka cenderahati buatan tangan yang unik ini. Sebelum matahari terbenam, cepat-cepat sewa bot di Sungai Thu Bon. Pengalaman pelbagai ini pasti sukar untuk anda ungkapkan.

Bali, Indonesia

Bali, salah satu nama yang tidak pernah lekang dibibir setiap orang yang ingin bercuti. Tak kisahlah bersama keluarga atau kawan-kawan. Siapa yang tak terpikat dengan destinasi menawan ini, kan? Dengan banyak aktiviti dan tarikan untuk semua pelancong, pulau ini sememangnya antara pilihan terbaik.

Belajar cara untuk bermain luncur air dengan bantuan tenaga pengajar profesional di pantai-pantai popular di Bali atau cuba Banana Boat bersama rakan-rakan. Mahu menawan tujuh lautan dengan berpura-pura menjadi seorang lanun? Pirate Bay, ada semuanya termasuklah taman permainan yang besar dan bertemakan lanun dan restoran lengkap dengan kapal lanun dan rumah pokok.

Jika anda ingin beralih angin kepada permainan air, luangkan masa seharian di Waterbom Bali, yang menyediakan 17 gelongsor air dan pelbagai aktiviti air sesuai untuk anda sekeluarga. Atau cuba aktiviti yang dikelilingi kehijauan dan kesegaran hutan di Bali Treetop Adventure, taman pengembaraan yang mempunyai sehingga tujuh litar dan 72 halangan yang mendebarkan.

—–

Percutian hujung tahun pasti ada dalam perancangan anda tak kisahlah bersama keluarga atau pun kawan-kawan. Untuk mendapat tawaran yang berbaloi dan terbaik bagi hotel dan penerbangan, tempah sekarang di Traveloka!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

937 Shares
Share937
Tweet
+1
Pin
Share