The Village House: Suasana santai dan tenang di Santubong

The Village House: Suasana santai dan tenang di Santubong

Pernah rasa mahu tutup laptop, ketepikan telefon dan menghilangkan diri pada hujung minggu hanya untuk bermalasan semahu anda? Anda perlukan sebuah tempat yang cukup menawan sehingga akan buat anda lupa yang anda tidak langsung melihat akaun-akaun media sosial anda untuk beberapa jam.

Jika itu yang anda perlukan, jadi The Village House lah tempatnya. Tersembunyi di Kampung Santubong yang tidak sibuk dan berada di kaki Gunung Santubong, rumah penginapan yang selesa ini menawarkan pemandangan gunung-ganang yang penuh misteri. Jalan-jalan sekitar kampung dan berbual-bual dengan orang tempatan untuk mengetahui legenda gunung ini – atau lihat sendiri! (Akan diceritakan nanti.)

 

Keselesaan di kampung         

Memiliki 10 buah bilik, dua suite dan bilik dorm dengan 6 katil, The Village House sama seperti rumah di kampung – anda perlu membuka kasut dan memanjat tangga kayu untuk ke bilik anda.

Di dalam, terdapat sebuah tingkap besar seperti tingkap rumah kampung yang menghadap kolam dan pemandangan hijau yang boleh dibuka. Setiap bilik dihiasi dengan hasil seni asli oleh artis tempatan Ramsay Ong dan tekstil tenunan tangan ‘Ikat’, seni tradisional yang indah yang merupakan warisan kebangsaan.

Picture

Bilik air yang luas ini mempunyai pancuran mandi hujan, kemudahan bilik air yang wangi dan tuala mandi yang lembut untuk memanjakan diri anda. Selepas anda menyegarkan badan, anda boleh berehat sambil memakai kain batik/kain pelekat untuk merasai suasana kampung yang sebenar.

Rehatkan badan di atas katil single yang selesa atau katil double yang luas yang dihiasi cadar linen yang lembut serta bantal yang akan buat anda sukar untuk meninggalkan katil.

Selesa dengan ruang peribadi

Di The Village House, privasi adalah keutamaan. Terdapat banyak ruang bersantai dan kemudahan berehat yang selesa seperti hammocks dan kerusi malas untuk anda merehatkan kepala atau membaca buku selepas berenang. Walaupun pada cuti sekolah, anda masih boleh merasai suasana tenang dan senyap, kerana penginapan ini hanya menerima tetamu yang berumur di atas 12 tahun ke atas.

Hiburan alternatif lain termasuklah Wallace Den, menampilkan TV kabel dan DVD, serta permainan papan dan perpustakaan yang penuh dengan pelbagai jenis buku. Bagi yang mencari keseronokan dan pengembaraan luar dari kawasan penginapan, apa yang anda perlu lakukan ialah berjumpa dengan staf untuk mengaturkan aktiviti dan lawatan untuk anda.

Dari segi makanan, terdapat Restoran Blue Ginger, yang menawarkan menu pelbagai makanan tempatan dan Barat, seperti laksa Sarawak dan rendang daging, begitu juga dengan steak dan pasta. Tapi, untuk merasai keunikan makanan Sarawak, cuba “A Taste of Borneo”, restoran dengan 8 course istimewa yang mengetengahkan rasa unik Sarawak seperti daging yang dimasak lama dalam buluh hinggalah makanan laut yang dipanggang di atas api arang. Setiap makanan pastinya akan memberikan elemen kejutan untuk deria rasa anda.

Untuk percutian sebenar yang yang jauh dari kesibukan kota, lawat The Village House.

 

Aktiviti menarik untuk dilakukan di Santubong

Pesona Sarawak bukanlah hanya tertumpu di bandar utama Kuching sahaja. Ayuh mengenali sisi lain yang lebih indah dengan keasliannya di Semenanjung Santubong. Ini adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini.

 

Selami warisan budaya di Perkampungan Budaya Sarawak

Kredit: Suganya Lingan

Sarawak adalah rumah kepada pelbagai suku kaum etnik yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan beberapa suku kaum kecil. Pelajari dengan lebih lagi tentang kepelbagaian bangsa yang menarik ini di Perkampungan Budaya Sarawak. Anda hanya perlu memandu 10 minit sahaja untuk ke sini.

Digelar sebagai “muzium hidup”, kompaun seluas 17 ekar ini mempunyai rumah dan rumah panjang yang dibina dalam gaya tradisi suku yang diwakilinya. Setiap struktur mempunyai ceritanya tersendiri yang akan memberitahu tentang budaya dan gaya hidup setiap suku. Kampung ini juga merupakan tapak Festival Muzik Hutan Hujan Dunia yang terkenal di seluruh dunia, yang berlaku setiap tahun.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, jangan ketinggalan pertunjukan budaya yang berlangsung dari 11.30 pagi – 4 petang, dua kali sehari. Tiket masuk standard berharga RM50 (Dewasa) dan RM25 (Kanak-kanak).

 

Hirup udara laut yang segar di Pantai Damai

Bersebelahan Kampung Budaya Sarawak adalah Pantai Damai, destinasi tepi pantai yang popular dikalangan orang tempatan dan pelancong. Pantai ini juga sesuai untuk berjalan-jalan dan melihat matahari terbenam. Pada lewat petang, anda boleh melihat layang-layang berwarna-warni berterbangan sambil menghirup udara segar.

Sepanjang pantai, terdapat Damai Craftworld & Event Centre yang menyediakan tempat makan serta kedai-kedai menjual cenderamata.

 

Belajar tentang pemuliharaan penyu di Pulau Satang

Kredit: Mo / Flickr

Dapatkan percutian pantai yang anda inginkan dengan lawatan selama satu hari ke Pulau Satang yang berdekatan dengan Santubong. Pulau dengan pasir putih dan air jernih ini terdiri daripada Satang Besar dan Satang Kecil, hanya Satang Besar dibuka kepada orang ramai. Perjalanan bot ke pulau-pulau mengambil masa kira-kira 45 minit dari jeti kampung.

Terletak di Taman Negara Talang-Satang, kawasan perlindungan laut pertama Sarawak, ini di bawah jagaan Perbadanan Perhutanan Sarawak. Pantai-pantai di pulau ini adalah tempat Penyu Hijau, salah satu spesis penyu yang terancam, membuat sarang. Bagi mempelajari tentang program pemuliharaan, singgah sebentar di tempat penetasan penyu. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat beberapa ekor anak penyu menetas!

Selain itu, anda boleh mengambil keajaiban batu karang yang hidup di sekeliling pulau dengan snorkeling atau menyelam di kawasan yang ditetapkan.Penyelam skuba mesti ditemani dengan juru pandu penyelam yang diluluskan pada setiap masa.

 

Dekati hidupan liar di Taman Negara Kuching Wetlands

Naik bot untuk menyelusuri perairan di Taman Negara Kuching Wetlands, tempat perlindungan seluas 6,610 hektar di muara Sungai Sibu Laut dan Salak. Dari dalam bot, anda akan dapat melihat pelbagai spesies hidupan liar, dari ikan lumba-lumba sungai Irrawaddy dan buaya hingga monyet proboscis serta babi hutan.

Bagi yang mengikuti lawatan awal pagi, anda akan dapat melihat Kampung Salak, sementara yang mengikuti lawatan lewat malam, anda pasti akan teruja melihat matahari terbenam serta kelip-kelip yang menghiasi suasana ketika malam mulai berlabuh.

 

Sahut cabaran Puncak Gunung Santubong

Sedia untuk cabaran sebenar? Takluki Gunung Santubong dengan melakukan aktiviti yang mengambil masa kira-kira 4 hingga 8 jam, bergantung pada tahap kecergasan anda. Sekiranya anda tidak mahu mendaki hingga ke puncak, terdapat Trek Hutan yang kurang sukar (ditandakan sebagai jejak biru), sekitar Taman Negara Santubong di kaki gunung.

Jejak sepanjang2 kilometer ini mengambil antara 1 hingga 2 jam untuk diselesaikan dan akan membawa anda melalui aliran bergelora dan air terjun yang mengalir. Terdapat juga kawasan BBQ dan bangku tempat duduk yang terletak di sepanjang laluan untuk anda berehat atau berkelah.

 

Berdayung sepanjang kawasan pantai Semenjung Santubong dengan kayak

Kredit: Yusnizam Yusof / Shutterstock

Jika anda sedia untuk aktiviti mencabar lain, cuba terokai pantai Santubong dengan kayak. Anda boleh mendaftar untuk lawatan sehari dengan juru pandu, yang akan membawa anda ke Semenanjung Santubong, serta berhenti di beberapa pantai yang kurang dikenali di sepanjang perjalanan anda, seperti Teluk Belian, Tanjung Sepang dan Teluk Pasir.

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengenali sendiri keajaiban alam Santubong, kerana anda mungkin berpeluang untuk melihat White Eagles dan Bell Brahminy yang terbang tinggi dan penyu laut, memerang gergasi malah lumba-lumba Irrawaddy di perairan ini.

_________________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

82 Shares
Share82
Tweet
+1
Pin
Share