Penginapan Hebat

The Ardens Hotel: Hotel butik bergaya mewah yang mesra harga

Hotel yang berpatutan dengan layanan lima bintang

Untuk penginapan yang ringkas, The Ardens Hotel di Johor Bahru pasti memenuhi cita rasa anda. Terletak di kejiranan utama Mount Austin, kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan dan tarikan seperti Pusat Beli-Belah AEON Tebrau, IKEA Tebrau, Austin Heights Water & Adventure Park, dan banyak lagi. Nak tahu apa lagi yang ada di hotel ini? Ikuti pengalaman staycation Pojie, seorang travel writer dan content creator yang baru saja menginap di sini! 

 

Tanggapan pertama anda tentang hotel ini?

The Ardens Hotel adalah sebuah hotel butik yang menyerlahkan keindahan suasana rumah kediaman. Hotel ini menawarkan tetamu beberapa jenis bilik dengan hiasan Parisian chic yang dilengkapi perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh setiap tetamu. 

Terletak berhampiran kedai makan dan kedai serbaneka, hotel ini sesuai untuk mereka yang ingin berehat tetapi pada masa yang sama dapat menikmati kemudahan lain dalam jarak yang dekat.

 

Apa yang boleh tetamu jangkakan dalam bilik hotel mereka?

The Ardens Hotel mempunyai 20 buah bilik dan setiap daripadanya digayakan dengan hiasan Parisian chic dalam warna-warna terang. Tak hairanlah jika anda meluangkan lebih masa dalam bilik air di sini untuk mengambil gambar-gambar Instagrammable

Setiap bilik dilengkapi dengan bar mini percuma berisi minuman ringan dan snek untuk tetamu, WiFi berkelajuan tinggi dan paling penting, katil bersaiz queen yang selesa. Di sini juga terdapat TV dengan siaran tempatan dan antarabangsa jika anda hanya ingin berehat di bilik. 

Tip: Pastikan anda menempah bilik King Room kerana ia merupakan tarikan utama hotel ini dan psst… bilik ini terhad!

 

Bagaimana pula dengan makanan dan minuman di sini? 

Sarapan di hotel ini lazat dan memuaskan! Pilih bilik dengan sarapan percuma kerana aneka pilihan yang ditawarkan di sini sangat berbaloi. Mereka menyediakan pelbagai hidangan daripada masakan tempatan dan antarabangsa hinggalah sarapan ala Barat, roti bakar kaya, fish & chips, dim sum, oatmeal organik dan banyak lagi.

Chef di sini memberikan perhatian kepada tetamu yang mempunyai syarat diet atau pilihan yang tertentu untuk memastikan anda dapat menikmati pengalaman makan yang memuaskan. Anda juga boleh membuat pesanan sarapan pre-order untuk menjimatkan masa. Dengan keterperincian layanan yang diberikan, pasti sukar untuk melupakan penginapan anda di sini!

 

Ada apa-apa yang ingin ditambah tentang perkhidmatan di sini?

Staf hotel di sini sangat berbudi bahasa. Mereka menyambut kedatangan saya dengan mesra dan mengutamakan permintaan dan pertanyaan saya. Tanyakan saja kepada mereka tentang tips seperti tempat makan best ataupun aktiviti dan tarikan menarik. Selain itu, hotel ini juga mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam untuk memantau kawasan dan keselamatan tetamu.

 

Jadi, berbaloikah untuk menginap di sini?

Dengan kadar harga berpatutan dan layanan hebat, saya rasa sangat berbaloi untuk menginap di The Ardens Hotel! Anda dapat menikmati lebih nilai daripada harga yang dibayar kerana hotel ini menawarkan keselesaan dan hospitaliti yang tip top. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan staycation tidak jauh dari rumah. Tambahan lagi, hotel ini berhampiran pelbagai kemudahan dan tarikan di Johor Bahru!

 


Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share