PPT Muar Container Hotel: Secantik nama, seindah rupa

PPT Muar Container Hotel: Secantik nama, seindah rupa

Anda peminat francais Transformers? Jadi tentu sekali anda nak menginap di PPT Muar Container Hotel, koleksi kontena berwarna-warni yang diubah menjadi bilik-bilik yang selesa dan cantik. Hotel yang terletak di jalan Bakri, hotel yang hanya sejauh 5 minit dengan memandu ke bandar.

Apabila anda menghampiri pintu masuk hotel, anda akan disapa oleh dua robot sentinel yang biasa dilihat. Dan agak mengejutkan lagi robot-robot ini boleh menggerakkan kepala mereka seperti mengimbas kawasan sekitar. Saya tak pasti tentang anda tapi tidur saya pastinya lebih lena dengan kehadiran Optimus Prime dan Bumblebee mengawal di luar!

Malaysia mempunyai beberapa buah hotel kontena tapi PPT Muar Container Hotel adalah antara hotel terbesar setinggi tiga tingkat. Tidak seperti rupanya yang berkotak dan mungkin sempit, kontena di sini lain dari yang lain kerana suasananya yang nyaman dan luas menyambut tetamu yang menginap di sini.

Sebahagian daripada dekorasi hotel ini diinspirasikan oleh perasaan cinta Sultan Johor kepada trak Mack, dan tersembunyi disebalik kontena-kontena ini adalah dekorasi yang mewah dengan hasil seni. Setiap bilik didatangkan dengan bilik mandi suite beserta pancuran mandi, TV skrin rata, meja tulis/meja solek dan teh serta kopi percuma, sementara tingkat atas ada balkoni.

Kawasan keliling hotel juga menawarkan pemandangan cantik seperti kolam ikan koi serta tempat duduk untuk anda dan rakan-rakan bersantai. Jika anda mahu bersenam, hotel ini juga menyediakan gim, serta sauna.

Jom minimalist sekalian, tempah penginapan anda di PPT Muar Container Hotel di Traveloka!

 

Aktiviti menarik di Muar

Lebih dikenali dengan sebutan “Muo” oleh orang tempatann, bandar tepi sungai ini dianggap sebagai “Mutiara Johor”. Dikurniakan sebagai Bandar Maharani oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sehari tidak cukup untuk menjelajah bandar bersejarah ini.

Nikmati semangkuk Mee Bandung Muar

Mee yang berasal dari Muar ini mungkin tak sama seperti yang lain terutama sekali yang dijual di Muar. Rasa keaslian serta keistimewaannya lebih terserlah di Johor. Hidangan ini terdiri daripada mi kuning yang dilimpahi kuah masin manis yang diperbuat daripada telur, pes udang dan udang kering.

Tempat kegemaran kami untuk merasai Mee Bandung sebenar adalah di Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, yang terletak di Wah San Kopitiam di Jalan Abdullah.

Pilih saja makanan jalanan di Glutton Street

Jika anda lapar tapi tak tau nak makan apa… jom ke Jalan Haji Abu, atau dikenali sebagai Glutton Street. Sepanjang 100 meter, pelbagai pilihan makanan untuk anda cuba contohnya telur dadar tiram.

Tapi, kalau tak cuba otak-otak Muar, percutian anda takan lengkap!

Jalan-jalan di Muar Cultural Walk

Terletak di sebuah lorong berdekatan Jalan Meriam adalah mural jalan yang dikenali sebagai Muar Cultural Walk. Menggambarkan kehidupan harian di Muar, anda akan merasai kegemilangan zaman lampau dan kepelbagaian budaya masa kini.

Sekiranya anda mencari mural-mural jalanan untuk diabadikan dalam bentuk foto, terdapat banyak di sekitar jalan ini dan di tempat-tempat tersembunyi.

Nikmati secawan kopi asli Muar

Tahu kah anda Muar adalah tempat wujudnya jenama kopi, Sai Kee Coffee? Dicipta dalam rumah kayu dua tingkat di belakang Sungai Muar, jenama ini telah berkembang dan terkenal hingga kini.

Singgah sebentar di Cafe 434 di Jalan Maharani untuk menikmati secawan kopi asli Elephant Bean, biji kopi yang ditanam di Muar. Anda juga boleh membeli sachet kopi untuk dibawa pulang atau dihadiahkan.

Jalan-jalan ambil angin di Sungai Muar

Salah satu perkara yang menjadikan Muar sebagai sebuah bandar yang berjaya adalah lokasinya yang berdekatan Sungai Muar, yang menjadi laluan para pedagang untuk memajukan perdagangan mereka. Anda boleh menjejaki laluan mereka dengan menaiki Muar River Cruise dari jeti di Taman Tanjung Emas.

Semasa anda menyelusuri sungai, rakaman audio akan menceritakan sejarah serta pelbagai perkara menarik, seperti Masjid Sultan Ibrahim Jamek dan Jambatan Sultan Ismail. Dalam perjalanan pulang, anda boleh menikmati pemandangan dan angin sejuk. Masa terbaik untuk menyertai pelayaran adalah dalam bot terakhir sebelum matahari terbenam, jam 5.30 petang. Ia berharga RM12 bagi tiket dewasa dan RM6 bagi setiap tiket kanak-kanak.

_________________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

30 Shares
Share30
Tweet
+1
Pin
Share