0

Traveloka MY

05 Mar 2019 - 5 min read

Pavilion Hotel Kuala Lumpur: Penginapan tenang di tengah-tengah kotaraya

Kredit: Pavilion Hotel Kuala Lumpur / Facebook

Apalah Kuala Lumpur tanpa Bukit Bintang? Jika anda mahu penginapan yang relaks di tengah bandar, daftar masuk di Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Hotel 13 tingkat berhadapan dengan pusat membeli-belah Pavilion dan berdekatan dengan pelbagai pusat membeli-belah dan tempat tarikan seperti tempat makan di Jalan Alor dan Changkat untuk hiburan malam. Baru sahaja dibuka pada bulan Disember lalu, ini adalah hotelnya jika anda ingin lakukan semua aktiviti ‘Harus Lakukan’ pada hujung minggu dan mungkin juga menikmati masa di spa.

Hotel yang diuruskan oleh jenama antarabangsa, Banyan Tree, hotel ini menjanjikan para tetamunya penginapan yang indah di tengah-tengah bandaraya. Baca di bawah untuk mengetahui cara kami mendapatkan penginapan terbaik di sini.

Bilik dengan pemandangan yang menarik

Perkara pertama yang anda akan dapat lihat ketika masuk ke dalam bilik ini adalah betapa luas dan terbukanya ruang bilik-bilik hotel di sini. Cahaya semula jadi dapat masuk dari tingkap-tingkap yang ada, memberikan suasana mesra. Tanpa sedar, kami sudah pun selesa berbaring di atas katil empuk bersaiz king.

Setiap bilik disediakan dengan pembuat kopi, bar mini dan tv skrin rata LED bersaiz 55 inci. Televisyen dalam setiap bilik mempunyai fungsi Netflix atau Spotify yang membolehkan anda memainkan playlist ini ketika staycation anda.

Setiap ameniti bilik air yang disediakan adalah dari rangkaian jenama Banyan Tree, membuatkan mandian anda lebih menyegarkan.

Kami sangat menyukai almari walk-in di bilik Grand Oasis kami. Ia adalah sudut yang selesa dan tersendiri dengan ruang yang luas untuk menyimpan barangan anda. Malah ia juga dilengkapi meja tulis, kalau anda perlu menyelesaikan tugasan pejabat.

Ruang tamu juga menyediakan tempat yang selesa dan lapang untuk bersantai!

Kolam renang atau gimnasium? Anda yang pilih.

Kredit: Pavilion Hotel Kuala Lumpur / Facebook

Berada di tingkat 18 adalah Sky Gym dan Kolam Renang Infinity Atas Bumbung yang sememangnya Instagram-worthy. Rehatkan badan anda diatas kerusi dek empuk sambil menikmati sinaran matahari atau berenang. Kami juga diberitahu, bar snek juga akan dibuka tidak lama lagi untuk tetamu yang bersantai di kawasan ini.

Sky Gym dibuka 24 jam, jadi tidak kira bila-bila masa walapun kita bercuti, mudah saja untuk anda memenuhi matlamat kecergasan anda.

Kalau anda sukakan wangian serai seperti yang dapat dibau sekitar hotel ini, jangan lupa lihat Banyan Tree Gallery di tingkat 8. Hotel ini menawarkan pelbagai jenis kraf tangan, pakaian dan kemudahan spa. Di sini anda juga boleh membeli jubah mandi comel dan selipar yang terdapat di bilik hotel.

Buffet sarapan pagi di Courtyard Coffee House menyediakan sajian pelbagai benua. Kami dimaklumkan chef pastri di sini berketurunan Perancis, jadi jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut di sini. Donut lembut, croissant dan pastri blueberry sangat-sangat sedap apabila dipadankan dengan kopi panas.

Untuk penginapan yang menyegarkan, tempah penginapan di Pavilion Kuala Lumpur!

Aktiviti untuk dilakukan

Ilham Gallery

Seperti namanya, Ilham Gallery penuh dengan barangan yang memberi inspirasi. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pameran akan ditukar setiap beberapa bulan. Jadi jangan risau, pasti ada sesuatu yang baru untuk dilihat.

Kalau anda mencari buku-buku baru untuk dibaca atau hanya mahu meluangkan masa, lihat perpustakaan kecil di tingkat tiga. Kemudian, kunjungi pula kedai cenderahati/kafe di tingkat lima. Percayalah, susah untuk anda berjalan keluar tanpa membeli apa-apa. Barang-barang dan perhiasan yang baru, yang kebanyakannya dibuat oleh tukang-tukang tempatan, terlalu unik untuk ditentang.

Ilham Gallery

Menara Ilham, 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 7.00 malam setiap hari | Ditutup setiap hari Isnin

Shopping, shopping, shopping!

Kredit: Pavilion Kuala Lumpur / Facebook

Gian nak membeli-belah? Pavilion adalah syurga buat anda. Dengan pilihan sehingga 550 kedai dan restoran (dan semakin bertambah), tentu sekali sukar untuk anda berasa bosan. Sebaik saja anda berasa letih, nikmati secawan kopi panas di kedai-kedai roti seperti Paul’s, TWG dan Laduree. Kalau tak, boleh juga lepak di kopitiam food court!

Jangan ketinggalan untuk menyertai apa saja sambutan perayaan. Pavilion dikenali sebagai pusat membeli-belah yang sentiasa mengadakan aktiviti dan persembahan yang menyeronokkan.

Pavilion Kuala Lumpur

168 Jalan Bukit Bintng, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari

Nikmati makanan seperti rakyat tempatan

Cari keaslian tanpa had dan harga yang mahal di Jalan Alor. Tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatna. Selari dengan Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor kini terkenal dengan makanan jalanan yang enak-enak. Kami harus akui yang ada makanan laut yang cukup enak di sini. Tetapi jika anda tidak mahu makan makanan laut, ada juga pilihan hidangan lain seperti segala jenis mi yang anda boleh bayangkan (betul ni... pan mi, mi kari, mi kari kepala ikan - sebut saja!). Pastikan anda memakai pakaian yang longgar kerana perut anda pasti penuh kalau anda ke sini.

Jalan Alor, 50200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.00 petang - 4.00 petang setiap hari

______________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka