NAK Hotel: Rasai nostalgia lampau di Sandakan

NAK Hotel: Rasai nostalgia lampau di Sandakan

Dikenali secara meluas sebagai Bandar Semula Jadi Sabah, Sandakan yang kaya dengan hidupan liar dan tarikan semula jadi yang berdekatan menjadikan ia sebagai permata yang berbaloi untuk diterokai.

Jika anda mahu mahu mengenali Sandakan, penginapan terbaik adalah NAK Hotel. Terletak betul-betul di bandar Sandakan, Jalan Pelabuhan Lama, untuk ke mana-mana tentunya bukan masalah. Terutama sekali untuk mencuba makanan di tempat makan terbaik dan tarikan sejarah yang terkenal di sana. Staf hotel yang mesra-besra sentiasa bersedia untuk membantu dan mencadangkan aktiviti menarik di Sandakan.

Hotel ini sudah wujud sejak tahun 1960-an lagi dan pernah menyaksikan pembangunan bandar ini sejak berdekad lamanya. Jadi sudah tentulah anda dapat mengimbau kembali memori dengan melihat dekorasi dalaman yang retro dan asli yang tak akan anda jumpa di hotel-hotel moden lain.

Makan malam dengan pemandangan memukau

Tercari-cari tempat makan? Anda tak perlu cari lagi kerana makan malam terbaik di Sandakan ada terletak di atas bahagian atas hotel ini. Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant adalah tempat yang perlu lawat untuk peminat Instagram kerana restoran ini menawarkan pemandangan Sandakan Bay yang indah terutama sekali ketika matahari terbenam. Jadi tempah meja anda lebih awal untuk menikmati pemandangan ini.

Orang cakap kalau tempat makan trendy selalunya indah khabar dari rupa, tapi di Ba Lin, makanannya berbaloi dengan harga dan suasana yang tersedia. Ba Lin menyediakan makanan Barat dengan sedikit campuran rasa tempatan seperti piza itik salai dan spageti ketam cengkerang lembut dengan sos pedas tomato. Terdapat juga pilihan untuk vegetarian, yang mempunyai diet tertentu seperti bebas gluten dan sebagainya.

 

Bukan kopitiam yang biasa-biasa

Jika anda mahu mencuba makanan tempatan tanpa perlu pergi jauh, singgah saja di San Da Gen Kopitiam. Terletak bersebelahan NAK HOTEL, yang juga tempat tetamu hotel ini menikmati sarapan pagi, terdapat pelbagai pilihan makanan Malaysia atau ala Barat. Contohnya, nasi lemak, laksa, juga yang istimewa di Sandakan seperti tart UFO dan minuman cincau dari Yap Syn Kee.

Dipenuhi dengan nostalgia dan hanya yang terbaik dari Sandakan, NAK Hotel adalah pilihan terbaik untuk penginapan anda. Tempah di Traveloka hari ini!

 

Aktiviti menarik di Sandakan

Lihat Beruang Matahari dan Orangutan dari dekat

Hanya 40 minit dari bandar, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari dan Pusat Rehibilitasi Orangutan Sepilok, tidak disangkal lagi adalah tarikan pelancong terbesar di Sandakan. Pusat-pusat ini juga bersebelahan, jadi mudah untuk anda melawat nanti.

Bagi rakyat Malaysia, anda akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM5 (Dewasa) – anda hanya perlu tunjukkan MyKad anda. Bayaran masuk yang dikumpul akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi sambil melawat anda juga dapat menderma. Pada hujung minggu, anda boleh menempah Grab ke dan dari Sepilok dalam lingkungan harga RM20+ sehala. (Ye, jangan risau dekat hutan pun ada signal telefon ya!)

Rancangan lawatan anda dengan panduan kami ke pusat perlindungan haiwan liar terbaik di Sabah.

Berjalan dikalangan pokok-pokok besar di Rainforest Discovery Centre

Walaupun tak sepopular tempat perlindungan haiwan liar, Rainforest Discovery Centre masih berbaloi untuk ada lawat dan dekat dengan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari dan Pusat Rehabilitasi Orangutan Sepilok.

Dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah, pusat ini berfungsi sebagai pusat pendidikan alam sekitar untuk orang ramai, terutamanya kanak-kanak. Kemuncak utama ialah Canopy Walkway, struktur sepanjang 347 meter pada tahap yang sama dengan pokok tertinggi di hutan hujan itu.

Rainforest Discovery Centre dan Plant Discovery Garden adalah cara yang selamat dan mudah untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi dalam diri kanak-kanak sambil mempelajari tentang keindahan ekosistem tempatan.

Rasai makanan unik tempatan

Kota Kinabalu bukan hanya destinasi makanan terbaik di Sabah! Sandakan juga tak kurang hebatnya dengan tart UFO yang manis dan berlemak dan Soto Istimewa di Coto Makassar Haji Alimuddin bin Indala, kuah pekat dengan daging berempah serta nasi impit yang enak.

(Psst… Semuanya dekat saja dengan NAK Hotel. 😉)

Kembali ke masa lampau di Agnes Keith House

Tahukah anda Sandakan pernah menjadi rumah kepada penulis popular Amerika? Agnes Newton Keith menjadi terkenal dengan autobiografi kehidupan di di Sabah (dikenali sebagai North Borneo), ketika dan selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 2001, Muzium Sabah memulakan kerja-kerja pemulihan rumah asal Keith kerana struktur binaannya yang asli dan contoh seni bina kolonial selepas perang yang jarang-jarang dapat dilihat. Kini rumah tersebut telah ditukar menjadi muzium yang mana membolehkan pelawat belajar tentang sejarah yang mengaitkan Agnes dan keluarga pada Sandakan.

Selepas melawat rumah ini, anda boleh ke English Tea House – untuk menikmati secawan teh yang enak! Nikmati teh dan scone anda di berandah sambil melihat Teluk Sandakan.

 

Temui sejarah Sandakan di Heritage Trail

Jika anda ingin tahu tentang sejarah Sandakan, cara terbaik adalah dengan melalui Heritage Trail. Bermula dari Majid Jamek (masjid tertua di Sandakan), jejak ini meliputi tapak sejarah penting di bandar ini seperti Tugu Peringatan Pryer, Stairs with a Hundred Steps dan St. Michael and All Angels Church.

Jejak ini selalunya mengambil masa sejam untuk dilengkapkan tapi anda bebas untuk mengikuti masa anda kerana ada banyak lagi permata tersembunyi sepanjang perjalanan anda nanti.

________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel Penginapan Hebat Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

1K Shares
Share1K
Tweet
+1
Pin
Share