Penginapan Hebat

MoMo’s Kuala Lumpur: ‘Social hotel’ dengan estetika yang terserlah

Direka oleh artis dari Sydney, Akin Atelier, untuk memberikan suasana galeri hidup yang dipenuhi pengalaman, MoMo’s Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan semua dalam meraikan dunia kreativiti dan kespontanan mereka. 

Siapa kata hotel hanya untuk R&R? Hello, MoMo’s Kuala Lumpur! Social hotel terbaharu ini menawarkan bilik mikro dan personaliti yang menyerlah. Juga menempatkan MoMosita Taco Bar dan The Playground, tetamu ditawarkan dengan suasana ruang yang dinamik dan sentiasa berubah untuk menggantikan lobi tradisional. Ruang ini digunakan untuk pelbagai acara menarik, parti dan kedai makanan pop-up. MoMo’s memberikan keseimbangan antara hiburan dan penginapan, jadi ia pasti tidak mengecewakan anda. Nak tahu apa lagi yang membuatkan hotel ini menjadi pilihan staycation di bandar? Baca temuramah kami bersama Bay Doucet yang baru saja meluangkan hujung minggu di sana! 

 

Tanggapan pertama anda tentang hotel ini? 

Anda akan berjalan melalui pintu masuk ke lobi berwarna-warni a.k.a. The Playground yang juga sebahagian daripada MoMosita Taco Bar, restoran Mexico di sini (butiran lanjut kejap lagi!). Terasa seperti melangkah masuk ke beach club tropika yang menyeronokkan di Bali pun ada! Walaupun ruang lobi ini tidak terlalu besar, ia cukup selesa dan santai. Hiasan lampu-lampu LED, poster berwarna-warni dan aroma istimewa hotel ini seolah-olah membawa anda keluar daripada jalan-jalan Chow Kit yang sibuk, dan terus masuk ke dalam dunia tropika yang indah. Penggunaan skema merah jambu millenial yang menyedapkan mata menjadi tumpuan, dan pokok-pokok kaktus yang diaturkan di sekitar ruang ini menjadikannya tempat bergambar yang sangat Insta-worthy! Memang sah, hotel yang ditujukan buat golongan muda ini bakal menjadi spot lepak terbaru untuk berpesta dan menikmati hiburan malam dalam bandar.

 

Apakah kisah menarik di sebalik hotel ini? 

Hotel yang direka oleh artis dari Sydney, Akin Atelier, ini bertujuan memberikan suasana seperti sebuah galeri yang sebenar. Penggunaan jubin berwarna-warni, papan tanda neon LED dan dinding yang dipenuhi poster di The Playground sangat sesuai dijadikan ruang acara yang dinamik. Berkonsepkan social hotel, MoMo’s adalah tempat yang perlu dikunjungi jika anda ingin berkenalan dengan pengembara lain sambil berpesta dan menikmati acara yang sering diadakan di sini. 

 

Apakah yang membezakan hotel ini daripada yang lain? 

MoMo’s adalah permulaan yang mudah untuk mengembara di Kuala Lumpur. Mereka juga mengaturkan lawatan berjalan kaki di sekitar kejiranan Chow Kit, kawasan yang popular dengan pasar tradisional, makanan jalanan dan kafe-kafe hipster. Tanya saja kepada staf hotel yang pakar di sini jika anda mencari cadangan tempat menarik. Paling penting, saya suka cara hotel ini mengadakan acara dan parti, kerana saya hanya perlu menginap di sini untuk bersosial sambil bersuka ria! 

 

Apa yang boleh tetamu jangkakan dalam bilik hotel mereka?

Minimalis dan praktikal — dua perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bilik-bilik di MoMo’s. Katilnya diletakkan di atas platform bergaya Tatami dan terdapat ruang menyimpan bagasi di bawah katil. Kemudahan Smart TV dan WiFi berkelajuan tinggi turut disediakan. Bilik jenis Crashpad yang ringkas ini mempunyai bilik air yang dilengkapi peralatan mandi jenama tempatan, Jeanie Botanicals, dan ia menunjukkan bahawa hotel ini lebih menyukai pengeluar kecil yang berkualiti daripada jenama-jenama pasaran yang biasa. 

 

Bagaimana pula dengan makanan dan minuman di sini? 

MoMosita Taco Bar adalah konsep terbaharu yang diperkenalkan oleh Christian Bauer dan Eddie Chew daripada Troika Sky Dining, dan ia merupakan tempat yang mesti dikunjungi jika anda ingin menikmati hidangan Mexico yang menyelerakan. Spot lepak yang kasual ini menyediakan tacos, nachos dan minuman. Restoran berkonsep terbuka ini adalah sebahagian daripada The Playground, dan ruangnya berubah-ubah setiap malam bergantung pada acara yang diadakan.

 

Sarapan hotel ini disediakan di hotel yang bersebelahan, The Chow Kit – An Ormond Hotel, sebuah hotel daripada rangkaian yang sama dengan MoMo’s. Pilihan set sarapan di sini termasuklah menu Barat dan Asia, dan ia dihidang bersama kopi, teh atau jus.

 

Ada apa-apa yang ingin ditambah tentang perkhidmatan di sini?

Semua staf di sini gembira untuk berbual sambil berkongsi cadangan aktiviti dan tempat makan menarik dengan saya. Mereka lebih menyerupai kenalan yang mesra berbanding para graduan hotel yang terlalu serius. 

 

Kesimpulannya, berbaloikah untuk menginap di sini?

Ya, 100%! Harganya berpatutan, terutamanya untuk staycation ringkas bersama kawan-kawan. Rancang saja penginapan hujung minggu anda di MoMo’s  — sama ada untuk berhibur dengan set DJ, berpesta atau hanya ingin meneroka KL dengan mudah. Saya yakin, ia pasti memberi anda keselesaan yang diinginkan untuk berehat setelah seharian mengembara! 

 


Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share