Penginapan Hebat: Beli-belah sepuas hati apabila anda menginap di hotel-hotel ini

Penginapan Hebat: Beli-belah sepuas hati apabila anda menginap di hotel-hotel ini

Semu orang tahu, orang Malaysia memang suka betul ber‘shopping’. Lagi-lagi kalau ada jualan murah yang berbaloi. Setiap tahun lebih empat jualan besar-besaran seluruh Malaysia yang buat orang tak senang duduk kalau ternampak perkataan “SALE” atau “DEALS!” di kedai-kedai kegemaran mereka.

Anda pun nak membeli-belah ketika bercuti atau staycation? Jadi anda patut menginap dekat dengan pusat membeli-belah supaya mudah untuk anda shopping sakan tanpa bimbang. Sama ada anda mencari penginapan bajet, mewah atau penginapan yang berbaloi, lihat tiga hotel yang sesuai untuk anda ini:

 

$ – Grand Borneo Hotel

Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu bersambung dengan 1Borneo Hypermall, pusat membeli-belah terbesar di Sabah. 1Borneo Hypermall mempunyai pelbagai kedai yang  boleh anda pilih, termasuklah jenama fesyen terkemuka, restoran, kecantikan dan kedai buku. Yang paling best selepas penat seharian berjalan membakar kalori di pusat membeli-belah, anda mudah saja pulang ke bilik anda untuk berehat.

Hotel yang selesa dengan konsep kontemporari ini sesuai dengan kemudahan modennya seperti akses WiFi dan TV skrin rata dengan saluran kabel. Jika berehat di bilik masih belum dapat menghilangkan lelah anda, berehatlah dalam jakuzi hotel.

Anda seorang yang suka berjaya malam? Ha, sebenarnya banyak pilihan hiburan yang dibuka sehingga lewat malam seperti tempat bermain bowling, panggung wayang dan pusat karaoke. Jom? Habiskan masa anda sepanjang malam di sini!

 

Aktiviti untuk dicuba

Kredit: Korkusung / Shutterstock

Mencari sesuatu selain daripada pusat membeli-belah? Selusuri masa di Pasar Ahad Jalan Gaya di Kota Kinabalu atau Pasar Kraftangan Filipina. Di sini, gunakan bakat tawar-menawar anda dengan sepenuhnya untuk mendapatkan harga terbaik.

Jika anda suka pantai dan menghabiskan masa menjelajah pulau-pulau, anda patut cuba aktiviti pantai yang menanti. Dari Grand Borneo Hotel, hanya 20 minit sahaja untuk ke Jesselton Point. Di sana, anda boleh membeli tiket untuk menaiki bot laju ke pulau-pulau seperti Manukan, Sapi dan Mamutik.

Kalau dah dekat dengan laut, tentulah makanan lautnya juga enak-enak betul tak. Pilihan restoran/kedai makanan laut kami di Kota Kinabalu adalah Welcome Seafood Restaurant, Sri Tanjung Seafood Restaurant dan Suang Tian Seafood Restaurant. Makan lautnya segar-segar belaka!

Kadar penginapan: RM141/semalam

Tempah penginapan di Grand Borneo Hotel

*****

 

$$ – Hatten Hotel Melaka

Kalau anda menginap di hotel 4 bintang yang bergaya seperti Hotel Hatten, tentulah anda akan dimanjakan dengan pilihan membeli-belah yang banyak. Berdekatan hotel ini, bukan hanya satu, malah tiga buah pusat membeli-belah seperti Hatten Square yang terletak hanya betul-betul dibawah hotel ini. Bersebelahan pula ialah Mahkota Parade yang bersambung menggunakan jambatan pejalan kaki ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang terletak diseberang jalan.

Hotel yang luas ini menerapkan estetika moden yang lengkap dengan karpet lembut dan perabot kayu dengan kemasan yang menawan. Setiap bilik dilengkapi dengan dua set TV LCD, dengan akses internet, sementara ditempatkan berasingan adalah ruang tamu dan bilik mandi kontemporari dengan kemasan lantai marmar dan pancuran mandi.

Hotel Hatten mempunyai fasiliti terbaik termasuklah gim, sauna dan bilik wap untuk anda dan kolam renang atas bumbung dengan pemandangan bandar yang memukau ketika anda berenang.

 

Aktiviti untuk dicuba

Anda boleh melawat muzium-muzium yang ada di Melaka terutama sekali muzium pilihan kami iaitu Muzium Maritim Melaka, yang menempatkan kapal Portugis, Muzium Istana Sultan Melaka, replika hebat istana Sultan Mansur Shah pada abad ke-15. Harga untuk masuk ke muzium ini juga murah sahaja iaitu RM5 atau kurang untuk rakyat Malaysia.

Anda mungkin pernah menaiki Melaka River Cruise, jadi apa kata berjalan atau mengayuh basikal di sekitar Melaka River Walk? Di sini, anda boleh menikmati pemandangan indah, termasuklah bangunan-bangunan lama yang telah dibaik pulih dengan hiasan mural berwarna-warni, serta Kampung Morten yang terang-benderang. Terdapat juga satu bahagian berjalan kaki yang melalui hutan bakau kecil.

Tiada percutian ke Melaka yang lengkap tanpa merasai makanan jalanan yang enak-enak di Pasar Malam Jonker Street. Segalanya ada seperti telur puyuh  goreng, kari bebola ikan, cendol, gula ketuk dan bermacam lagi.

Kadar penginapan: RM239/semalam

Tempah penginapan di Hatten Hotel Melaka

*****

 

$$$ – JW Marriott Kuala Lumpur

Manjakan diri di JW Marriott – yang terletak di tengah-tengah kawasan membeli-belah Kuala Lumpur di Bukit Bintang, ia adalah tempat yang cukup sempurna untuk anda berehat dalam kemewahan selepas membeli-belah.

Percayalah, anda tak akan puas membeli-belah jika menginap di sini kerana hotel ini bersambung dengan Starhill Gallery dan bersebelahan pula dengan Pavilion, sementara Lot 10 dan Fahrenheit 88 berdekatan saja. Jika anda minat jenama daripada pereka terkemuka seperti Louis Vuitton, Jimmy Choo dan Coach atau jenama yang lebih mesra poket seperti Uniqlo dan H&M, memang berbaloi menginap di sini. Berdekatan, terdapat Low Yat Plaza, Sungei Wang Plaza dan Berjaya Times Square yang terkenal dengan gajet terkini dan barangan terbaru.

Bilik di JW Marriott mempunyai reka bentuk dan hiasan dalaman yang tinggi dengan citarasa seperti yang anda perlukan termasulah TV skrin rata, saluran kabel, WiFi percuma dan bilik mandi lantai marmar yang mempunyai tab mandi dan pancuran air yang berasingan. Perkhidmatan peribadi yang disediakan di hotel ini juga hebat, seperti yang diharapkan dari sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Untuk sesi memanjakan yang terbaik, pergi ke Starhill Spa Village, perkhidmatan spa hotel yang lengkap, untuk rawatan spa yang menenangkan.

Aktiviti untuk dicuba

Kredit: Gwoeii / Shutterstock

George Town memang popular dengan seni jalanan, tapi Kuala Lumpur pun tidak kurangnya. Singgah di Central Market dan Petaling Street, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja untuk melihat hasil seni artis jalanan bernama Ernest Zacharevic.

Kalau anda ingin beralih angin, jalan-jalan di Taman Botani Perdana yang lengkap dengan jalan yang luas untuk pengunjung, taman-taman dan taman permainan serta Taman Rusa dan Taman Burung KL. Seronok meluangkan masa di sini terutama sekali bersama anak-anak!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pernah menganjurkan lawatan berjalan kaki di sekitar bandaraya, tetapi malangnya, telah dihentikan. Bagaimanapun, ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada berkunjung sendiri ke tarikan budaya dan mercu tanda bersejarah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah ibu negara seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Taman Hutan Eco KL. (Psst … kebanyakan tempat ini mempunyai pemandangan yang mesra Instagram, sesuai untuk #OOTD anda.) Anda masih boleh mengakses peta dan laluan yang digunakan untuk lawatan berjalan kaki di sini.

Kadar penginapan: RM670/semalam

Tempah penginapan di JW Marriott Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________

Jom tempah hotel anda di Traveloka sekarang untuk mula membeli-belah sekitar Malaysia!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

5 Shares
Share5
Tweet
+1
Pin
Share