Lexis Hibiscus: Syurga di Port Dickson

Lexis Hibiscus: Syurga di Port Dickson

Port Dickson tak perlu lagi diperkenalkan dikalangan orang-orang KL yang slalunya ke sini pada hujung minggu untuk percutian singkat dibawah cahaya matahari. Tapi percutian anda tidak lengkap tanpa menginap di hotel mewah, Lexis Hibiscus. Syurga tropikal ini merupakan pemegang Guiness World Record bagi kolam renang paling banyak (639) dalam satu resort, dan vila atas air paling banyak (522)!

Kalau dikira betul-betul, setiap 639 bilik di sini mempunyai kolam peribadi dan jika anda menginap di vila atas air, anda akan dapat melihat perairan Selat Melaka ketika anda berenang dalam kolam peribadi di bilik anda. Menarik kan?

Resort Lexis Hibiscus mempunyai bentuk seperti bunga raya kalau dilihat dari pemandangan atas dan rekaan hebat ini terletak sepanjang pantai Pasir Panjang. Ini bermakna, anda mempunyai ruang peribadi dan rehat hujung minggu yang cukup.

 

Resort yang mempamerkan kemewahan

Apabila kami menjejakkan kaki ke lobi dengan ruang terbuka yang luas, dinding kayu serta lantai marmar putih imenyambut kami setelah sejam setengah memandu dari Kuala Lumpur. Dengan daftar masuk yang mudah, kami dibawa dengan menggunakan buggy ke Panorama Pool Villa, yang terletak di atas air. Vila-vila di sini menawarkan pemandangan mengagumkan secara terus ke Selat Melaka. Berada di sini buat kami lupa segala kesibukan yang ada di bandar. Yey!

Melangkah ke dalam bilik kami memberikan aura yang berbeza dengan adanya dua katil bersaiz king, ruang yang luas, bilik mandi yang dilengkapi marmar dengan kelengkapan untuk tetamu dan bilik wap. Segalanya yang ada di vila ini memberikan rasa mewah kepada para tetamu.

Presidential Suite yang sangat mewah dengan menampilkan jakuzi yang menghadap laut.

Kami ada beritahu tak bilik mandi di Lexis Hibiscus dilengkapi dengan tab mandi yang menghadap laut? Cukup menggembirakan!

Seterusnya, kelengkapan seperti minibar, akses WiFi, kelengkapan mandi, tuala lembut untuk keselesaan maksimum.

Picture

Katil besar ini sesuai untuk percutian keluarga, dengan bantal empuk yang cukup untuk sekeluarga. Kamu suka ruang terbuka yang luas dalam dan luar bilik, dan juga masih menawarkan sedikit ruang peribadi. Dan dengan menawarkan aktiviti yang cukup di sini, anda juga boleh berhibur tanpa perlu keluar dari kawasan resort.

 

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan

Jika anda seorang yang selalu memenuhi masa dengan melakukan sesuatu ketika bercuti, anda pasti teruja berada di sini. Untuk kanak-kanak, resort ini menyediakan Kidz World, taman permainan dalaman dengan tema hutan sesuai untuk aktiviti cergas. Ada juga arked untuk anda berhibur dengan permainan video, atau simulasi.

Jika spa yang anda cari untuk berehat, The Lex Spa menawarkan menu urutan untuk anda memanjakan diri serta rawatan kecantikan untuk memulihkan badan yang penat. Kamu sudah cuba Lex Spa Signature Massage, iaitu gabungan urutan tradisional dengan teknik urutan Melayu, Cina, India dan Peranakan. Pakar terapi urutan menggunakan minyak kelapa dan herba-herba bagi menggalakkan peredaran darah, meningkatkan kecergasan fizikal dan mengurangkan kebimbangan dan tekanan. Kami pasti berasa lebih santai dan bertenaga selepas berurut!

Untuk lebih keriangan bersama keluarga, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk dipilih. Seperti aktiviti memanah atau berbasikal. Jika anda suka sukan air, pergi ke Hibiscus Walk untuk berkayak, jet-ski atau banana boat.

 

Lapar? Tak ada masalah!

Bergembira dan berhibur sepanjang hari pasti buat perut anda lapar. Jangan risau, resort ini menyediakan menu dengan makanan pelbagai pilihan.

Untuk permulaan, nikmati sarapan di Roselle Coffee House. Restoran yang dibuka sepanjang hari ini menawarkan sarapan bufet yang lazat, makan tengahari dan makan malam. Dari hidangan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak, bubur, mi goreng, hingga pelbagai roti yang baru dibakar, perut anda pastinya akan penuh dalam masa yang singkat.

Untuk makan tengahari, kami mencuba Wat Tan Hor (kuey teow goreng gaya Kanton dengan sos telur) di restoran Yuan Chinese Cuisine, dan rasanya sangat enak! Saiz hidangan ini juga sangat besar, dan mi nya pula dilengkapi dengan dengan udang, sotong dan ayam yang banyak. Terbaik!

Jika makanan Cina tidak menarik minat anda, UMI Japanese Restaurant mungkin berjaya buat anda kecur lidah! Menawarkan pelbagai hidangan Jepun yang terkenal seperti tempura, sashimi dan teppanyaki, perut anda pasti gembira, percayalah!

Sekiranya anda hanya nak makanan ringan, singgah di Coralz Bistro pencuci mulut yang baru sahaja dimasak seperti roti kukus, sandwic, kek dan pastri. Nikmati secawan kopi ketika melihat live band.

Rasa nak berbelanja? Singgah di Lexis Hibiscus Port Dickson untuk hujung minggu yang santai. Jaga-jaga, anda mungkin tidak mahu tinggalkan resort ini!

 

Aktiviti untuk dilakukan

Pusing-pusing dengan helikopter

Mahu melihat pemandangan Port Dickson dari atas? Tempah perjalanan helikopter di meja tempahan lawatan resort dan nikmati perjalanan selama enam minit melihat laut biru Port Dickson dan rumah api Tanjung Tuan yang ikonik (dipercayai tertua dalam Malaysia). Bersedia untuk terpesona dengan rekaan seni bina Lexis Hibiscus yang membentuk bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya! Helikopter ini boleh memuatkan tiga orang penumpang dan dengan kos RM195 seorang.

Hibiscus heliport

3.00 pm – 5.00 pm (Jumaat)

11.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu dan Ahad)

 

Sunset Cruise

Untuk 90 minit, Sunset Cruise membolehkan anda berehat atas beanbag, menyanyi di karaoke, menikmati snek, atau berehat dalam jakuzi air masin. Cruise ini akan membawanda dari Jeti Lexis Hibiscus hingga ke Teluk Kemang, melalui Selat Melaka. Lihat panorama matahari terbenam dan bawa kenangan ini bersama anda apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Sunset Cruise

6.00 petang – 7.30 petang (Setiap hari)

Bayaran: RM88 untuk orang dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

 

Muzium Tentera

Tahukah anda yang Port Dickson juga dikenali sebagai bandar tentera? Ya, betul! Pekan pantai kecil ini adalah rumah kepada beberapa kem tentera Malaysia seperti Sebatang Karah, Segenting, Si Rusa dan Sunggala. Lawati Muzium Angkatan Tentera untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah perang di Malaysia. Yang paling menarik di muzium ini adalah melalui terowong rahsia, yang merupakan replika rangkaian terowong bawah tanah yang digali dan digunakan oleh tentera komunis semasa pemberontakan.

Muzium Tentera

Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson

Waktu operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang (Rabu hingga Isnin)

Kemasukan percuma

 

Sama ada anda menantikan hujung minggu yang penuh keseronokan di tepi pantai atau mahukan tidur yang nyenyak, Port Dickson adalah tempat yang anda inginkan. Masa terbaik mungkin untuk anda pada hujung minggu ini!

______________________________________________________________________

Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

25 Shares
Share25
Tweet
+1
Pin
Share