Kenali budaya & sejarah Malaysia di tapak warisan budaya UNESCO ini

Kenali budaya & sejarah Malaysia di tapak warisan budaya UNESCO ini

Mahatma Gandhi pernah berkata, “Budaya sesuatu negara itu berada di hati dan jiwa penduduknya.” Sebagai negara dengan pelbagai budaya, Malaysia adalah pusat tradisi dan kepelbagaian gaya hidup, tapi sebanyak mana yang anda tahu?

Di Malaysia, banyak tapak-tapak warisan UNESCO untuk diterokai dan mengetahui apa yang menjadikan negara tercinta ini istimewa. Tidak kira anggaran anda, kami ada penginapan yang sempurna untuk percutian anda dan aktiviti terbaik untuk dilihat dan dilakukan:

 

$ – Suite 18 Boutique Hotel

Terletak di tengah-tengah Chinatown Kuala Terengganu, Suite 18 Boutique Hotel juga berdekatan dengan tarikan pelancong seperti Kuala Terengganu Waterfront, Pasar Payang dan Bukit Puteri.

Mengambil inspirasi daripada stail industri, rekaan dalaman bilik ini kelihatan kemas dan selesa serta mempunyai kemudahan utama seperti TV skrin rata, pancuran air dan sachet teh serta kopi percuma. Tapi apa yang kami (dan tetamu lain) suka adalah hotel ini mesra tetamu dan mempunyai servis yang bagus!

Terdapat 7-Eleven bersebelahan hotel ini dan anda juga boleh menyewa basikal untuk berjalan-jalan sekitar bandar.

 

Kadar bermula dari: RM45 / semalam

Tempah penginapan di Suite 18 Boutique Hotel

 

Aktiviti untuk dilakukan di Kuala Terengganu

Kredit: norazaminayob / Shutterstock

Kampung Cina, atau Chinatown, baru-baru ini telah dicalonkan dalam senarai warisan budaya UNESCO, jadi ini bermakna anda perlu merancang perjalanan anda tidak lama lagi, sebelum ramai orang datang ke sini! Di kawasan jalan utama, Jalan Bandar, dipenuhi dengan rumah kedai lama yang unik serta kafe trendy serta seni jalanan di setiap lorong-lorongnya.

Bersedia untuk mengagumi Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man. Diperbuat daripada besi, kaca dan kristal, struktur mega ini bercahaya dengan lampu berwarna-warni ketika matahari terbenam, menukar masjid ini sebagai suatu pemandangan yang cukup indah. Masjid ini adalah sebahagian daripada Taman Warisan Islam, yang mempunyai replika masjid-masjid terkenal seperti Taj Mahal, Masjid al-Haram dan Masjid Al-Hambra.

Nikmati rasa asli Kuala Terengganu di Pasar Payang yang terkenal, kunjungi pasar basah dan kering yang old-school. Pengunjung pasar utama akan menemui pelbagai kraftangan tradisional seperti batik, sutera, songket dan brassware, serta produk segar dan makanan tempatan seperti keropok lekor.

*****

 

$$ – The Straits Hotel & Suites

Jika anda mahu menginap berdekatan Jonker Street tapi mahu mengelak daripada suasana bising, The Straits Hotel & Suites adalah impian jadi nyata anda. Hotel ini terletak di Melaka Raya, kawasan perniagaan yang sibuk dan juga memudahkan anda untuk membuat pilihan makanan dan hiburan yang banyak tersedia.

Bilik-bilik yang anggun dan bergaya begitu selesa, sehinggakan anda keberatan untuk meninggalkan bilik anda dan berharap untuk kembali. Selepas seharian bersiar-siar, anda pasti tergoda untuk berenang dalam kolam renang infiniti yang menyajikan panorama 360 darjah sekitar bandar yang lebih indah untuk dilihat pada waktu malam. Gimnasium dan sauna juga tersedia.

Pusat beli-belah di Bandar Melaka, seperti Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade, hanya 5 minit dengan berjalan kaki, jadi anda boleh meluangkan masa untuk membeli-belah. Tarikan-tarikan kegemaran seperti St. Paul’s Hill, A’Famosa dan Jonker Walk juga hanya kurang dari 20 minit jauhnya jika anda berjalan ke sana.

Kadar bermula dari: RM161 / semalam

Tempah penginapan anda di The Straits Hotel & Suites

 

Aktiviti untuk dilakukan di Bandaraya Melaka

Kredit: Toni Schmidt / Shutterstock

Melaka terkenal budaya Peranakan yang masih kekal sehingga kini. Dan juga destinasi untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya ini adalah di Muzium Warisan Baba & Nyonya, yang membawa anda melalui rumah yang dipelihara dan mewah yang kaya dengan keluarga Baba Nyonya semasa akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dari ruang makan yang besar ke bilik tidur yang menarik, muzium ini lengkap dengan tradisi keluarga Peranakan.

Salah satu cara lain untuk menghargai budaya adalah melalui makanannya. Cuba ayam pongteh, laksa Nyonya, telur dadar cincalok dan otak-otak. Lihat restoran Baba Nyonya terbaik di Melaka yang kami syorkan.

Anda juga boleh mengenali Kristang, kumpulan ethnic creole – keturunan kacukan Melaka dengan Portugis. Lawati penempatan orang Portugis di Ujong Pasir. Di sini, anda boleh menyertai festival seperti Fiesta Sand Pedro dan Intrudu Water Festival. Nikmati ikan bakar terbaik di J & J Corner Portugese Seafood, dan ketahui lebih lanjut tentang sejarah komuniti Kristang di Muzium Warisan Penempatan Portugis.

*****

 

$$$ – Campbell House

Campbell House adalah hotel butik 4 bintang yang cantik dan menjadi kebanggaan dalam warisan Pulau Pinang. Hotel ini yang terletak di Lebuh Campbell ini dekat dengan tarikan pelancong yang menarik di bandar ini.

Setiap bilik telah direka dengan sempurna dengan rupa dan identitinya tersendiri, setiap satu diilhamkan oleh pelbagai unsur sejarah dan budaya Malaysia, seperti bilik Opium, yang menampilkan katil asli Cina Opium yang bertatahkan dengan ibu mutiara.

Rehatkan dan bersantai di pangkuan mewah dengan perkhidmatan dan kemudahan hotel terbaik, termasuk pancuran mandian hujan, mesin Nespresso di dalam bilik, pakaian kapas yang selesa dan kelengkapan kelengkapan organik 100% yang dibuat dengan minyak pati tulen. Oh, dan sarapan pagi? Sublime! Jika anda sedang mencari tempat untuk berehat dan bergaul, pastikan untuk memeriksa perpustakaan yang mengundang dengan karpet yang mewah dan tingkap kaca berwarna dan teres atas bumbung yang menawan.

Kadar bermula dari: RM358 / semalam

Tempah penginapan di Campbell house

 

Aktiviti untuk dilakukan di George Town

Berjalan-jalan sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling atau ‘Harmony Street’ untuk merasai suasana kepelbagaian budaya di Malaysia. Jalan ini mempunyai tempat ibadat termasuklah Masjid Kapitan Keling, Tokong Kuan Yin, Gereja St. George dan Kuil Sri Mahamariamman. Berdekatan, terdapat Khoo Kongsi, ruman suku terkenal dan tertua di Pulau Pinang.

Di Pengkalan Weld pula, anda boleh mengenali Clan Jetties, penempatan terakhir Cina lama di Pulau Pinang yang masih ada, termasuklah suku Chew, Lim, Tan dan Yeoh. Anda boleh membeli cenderamata, makanan, minuman serta berjalan-jalan sekitar rumah-rumah kayu atas air ini. Lihat lebih banyak makanan halal di Pulau Pinang.

____________________________________________________________________

Kenali Malaysia dengan lebih dekat lagi dengan menginap di hotel-hotel yang kami candangkan – rancang perjalanan anda di Traveloka!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

14 Shares
Share14
Tweet
+1
Pin
Share