Kelilingi diri anda dengan keindahan alam semula jadi di resort-resort ini

Kelilingi diri anda dengan keindahan alam semula jadi di resort-resort ini

Kebanyakan pasti menghabiskan hari-hari kita di pejabat yang sejuk beku atau trafik yang menyeksakan…mengira hari dan jam hingga hujung minggu tiba. Tapi sebaik saja hari yang dinantikan tiba, kita tidak tahu bagaimana nak mengisi hari minggu kita.

Jika anda mahu sesuatu menyegarkan kembali minda dan fizikal anda, alam semula jadi adalah yang terbaik. Tak perlu lihat di carian Google lagi, ini resort dengan inspirasi semula jadi yang sesuai dengan bajet anda:

 

$ – Perak Agrotourism Resort

Jika anda sememangnya orang bandar sejati, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya kehidupan di ladang. Jadi, di Perak Agrotourism Resort, anda akan dapat merasai sendiri kombinasi alam semula jadi, pertanian dan pelancongan luar bandar.

Resort yang tenang dan nyaman ini terletak di Tanjung Tualang, Perak, hanya dua jam dari Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan ladang sebenar dan tasik yang indah!

Walaupun chalet-chalet di resort ini bertemakan ala rumah tradisional Melayu, ia lengkap dengan kemudahan moden yang lengkap dan selesa.

 

Aktiviti yang boleh dilakukan

  • Belajar bagaimana untuk menguruskan ladang dengan Lawatan Ladang selama 90 minit, yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti melawat ladang cili, kebun mangga, ladang lebah dan banyak lagi!
  • Ada juga Zoo Haiwan Kecil, yang sesuai untuk kanak-kanak dan pencinta haiwan. Anda dapat melihat arnab, burung, ayam, burung puyuh dan landak. Berminat untuk memberi haiwan makan? Anda boleh membeli makanan yang dijual di sana.
  • Terdapat banyak aktiviti rekreasi seperti berbasikal, ATV, kayak, mengayuh bot, memancing, paintball dan menunggang kuda.

Kadar bermula dari: RM220/semalam

Tempah penginapan!

*****

 

$$ – Philea Resort & Spa

Hanya memandu 90 minit dari Kuala Lumpur ke oasis yang tersembunyi, air terjun segar dan hutan hijau menanti anda di Philea Resort & Spa. Resort 5 bintang yang memenangi anugerah ini diiktiraf sebagai percutian mesra-eko, menampilkan kabin log yang unik untuk penginapan.

Philea hanya beberapa minit dari tol Ayer Keroh dan 30 minit dari bandar Melaka jika anda memandu. Anda mungkin tidak mahu meninggalkan kawasan resort ini kerana fasiliti yang lengkap di sini termasuklah pusat permainan kanak-kanak hinggalah spa bertaraf dunia, membolehkan anda berehat bersama keluarga.

Resort ini seperti jawapan kepada ibu bapa yang mahu meredakan tekanan.

Bilik di sini juga merangkumi suite dan vila yang dibina menggunakan kayu pokok pain yang terbaik dan direka dengan hiasan dalaman yang elegan dan kontemporari.

 

Aktiviti yang boleh dilakukan

  • Bersiar-siar di Taman Botani Melaka, yang menampilkan pelbagai fasiliti rekreasi termasuklah Taman Pra Sejarah, Taman Orang Asli, Taman Rusa, jambatan jantung dan tempat untuk berkelah yang cantik.
  • Kunjungi Taman Tema Melaka Wonderland yang mesra-keluarga dan sesuai untuk semua golongan umur.
  • Merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia, Zoo Melaka dan Safari Malam ialah rumah kepada beratus spesis haiwan, termasuklah capybara, tapir Malaya dan harimau Malaya. Ketika hujung minggu, zoo ini mengadakan aktiviti-aktiviti interaktif seperti sesi memberi gajah makan dan pertunjukkan burung.

Kadar bermula dari: RM388/semalam

Tempah penginapan!

*****

 

$$$ – Borneo Natural Sukau Bilit Resort

Terletak di tengah-tengah Borneo, Borneo Natural Sukau Bilit Resort hanya 2.5 jam dari Sandakan.

Terletak di tepi sungai Sungai Kinabatangan, anda akan berpeluang menginap dalam harmoni dengan flora dan fauna yang subur di Sabah, kerana segalanya berada dekat dengan anda.

Chalet resort yang mesra alam yang dibina oleh pedagang tempatan menggunakan Kayu Iron Borneo – pokok kayu yang berasal dari Borneo – dan dihiasi dengan bahan tempatan untuk menyatukan chalet-chalet yang dibuat dengan landskap semula jadi hutan hujan.

 

Aktiviti yang boleh dilakukan

  • Resort ini menawarkan pakej lawatan eksklusif yang membawa anda ke tarikan semula jadi dan hidupan liar terbaik di Sabah seperti Pusat Orangutan Sepilok, Gua Gomantong dan Tasik Oxbow.
  • Berlayar di Sungai Kinabatangan sama ada malam atau siang, untuk melihat hidupan liar seperti monyet proboscis, orangutan, gajah pygmy, burung enggang, burung raja udang dan banyak lagi yang hidup dalam habitat semula jadi mereka.
  • Anda berani untuk menjelajah hutan ini pada waktu malam? Jadi anda boleh cuba jelajah hutan pada waktu malam (dengan juru pandu), untuk melihat haiwan yang aktif pada waktu malam.

 

Kadar bermula dari: RM454/semalam

Tempah penginapan!

_________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

28 Shares
Share28
Tweet
+1
Pin
Share