Jawi Peranakan Mansion: Kenali warisan Anglo-India

Jawi Peranakan Mansion: Kenali warisan Anglo-India

Budaya dan warisan Cina Peranakan atau Baba Nyona cukup dikenali dan popular di bekas penempatan British di Pulau Pinang. Tapi pernah dengar tentang Jawi Peranakan? Jawi Peranakan yang terdiri daripada orang Muslim yang mempunyai campuran keturunan Melayu dan India, Jawi Peranakan adalah kumpulan elit dalam masyarakat Malaya British pada pertengahan abad ke-19.

Ingin tahu di mana orang Jawi Peranakan tinggal? Tempah penginapan di Jawi Peranakan Mansion, peninggalan unik dalam koleksi Hotel Warisan di George Town yang telah dipulihara dengan penuh teliti.

Rasai kemewahan Jawi Peranakan

Dalam keadaan terbiar ketika diperolehi, pemilik rumah agam dua tingkat ini mengambil masa selama tiga tahun untuk kerja pemuliharaan. Ciri-ciri reka bentuk asal bangunan campuran eklektik asli abad ke-18 dan abad ke-19 British dan Mughal Muslim telah dibina semula, dapat dilihat pada kekisi kayu dan gerbang roda Adam.

Tetamu boleh memilih untuk menginap di mana-mana 14 bilik di rumah agam ini. Antaranya terdiri daripada Mansion Room yang selesa, Mansion Suite yang berciri loft dan Mansion Villa dua tingkat yang lebih privasi. Sepanjang rumah agam ini, anda akan dihidangkan dengan dekorasi gaya Mughal yang bergaya dan tekstil serta corak yang rumit.

Bilik-bilik di sini diberikan citarasa klasik dengan hiasan perabot antik seperti katil saiz King empat tiang, cermin berbingkai tembaga, meja tulis antik dan permaidani kilim. Bagi sesiapa yang menginap di Mansion Suite, anda pasti tak akan dapat tahan untuk berendam dalam tab mandi. Walaupun semuanya kelihatan klasik, anda boleh menikmati alat TV LED 43 inci, kabel pengecas, port USB dan antarabangsa, pembesar suara Bluetooth, dan juga Wi-Fi percuma.

Oasis yang penuh ketenangan

Rumah agam ini mempunyai kawasan yang sesuai untuk anda berehat – terdapat teres taman yang indah dengan air pancut yang kelihatan menyerlah ketika anda tiba di sini. Di tingkat dua, terdapat juga kawasan bersantai dengan stesen pembuatan teh dan kopi serta cerek elektrik yang anda boleh guna pada bila-bila masa.

Seperti juga setiap sudut di rumah agam ini, kawasan yang kami suka di sini adalah kolam pada bahagian luar yang cantik. Dinding jubin pada air pancut mengingatkan kami pada Maghribi. Pastinya menyeronokkan kalau dapat berendam selepas penat menjelajah Pulau Pinang.

Snek yang bukan sekadar menjamu mata

Snek di sini segar-segar dan enak belaka. Sambil-sambil jamu mata, apa kata bersarapan dulu di dewan makan yang berangin. Hotel ini menyediakan pelbagai buah-buahan tempatan seperti buah belimbing, buah naga, betik, mangga dan makanan lain seperti samosa, roti canai yang lengkap dengan kuah kari yang umph!

Hanya sarapan ringan yang disediakan di sini kerana memandangkan anda ada di Pulau Pinang syurga makanan di Malaysia, tak kan anda tak mahu keluar mencari makanan tempatan yang enak-enak di sekitar kan!

Antara banyak penginapan yang bertemakan warisan dan budaya di George Town, Jawi Peranakan Mansion yang menyerlah. Nikmati penginapan yang bercirikan budaya Pulau Pinang dengan menempah penginapan anda di sini.

Aktiviti untuk dilakukan di George Town

Terletak di Hutton Lane, yang pernah dikenali sebagai “Malay Millionaires Row”, lokasi Jawi Peranakan Mansion betul-betul di luar Zon Warisan UNESCO. Tapi ia masih menarik ramai pelancong kerana masih dekat jika berjalan kaki. Kalau anda menginap di rumah agam ini, 3 aktiviti ini mesti ada dalam senarai anda:

Cuba makanan di Bee Hwa Cafe

Ingat tak kami ada sebut tentang sarapan ringan tadi? Pasti anda berterima kasih dengan kami kerana banyak kedai makanan di luar yang menyediakan hidangan Pulau Pinang seperti Char Kuey Teow, Mi Kari dan Mi Udang. Dan ia halal! Jadi pastinya ramai Muslim yang singgah di kedai makan Cina ini. Anda perlu hanya berjalan 5 minit dari hotel. Nak makan banyak kali di sini pun mudah!

Bee Hwa Cafe

10, Lebuh Dickens, 10050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu operasi: 7.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat); 7.00 pagi – 3.00 petang (Sabtu) | Ditutup pada hari Ahad

Lihat dinosaur hidup kembali di Jurrassic Research Center

Kebanyakan kanak-kanak akan melalui fasa di mana mereka benar-benar terpesona dengan dinosaur, jadi tempat apa yang lebih sesuai kalau bukan di Jurrassic Research Center? Terletak di tingkat 5 The Top di KOMTAR, pusat ini menggabungkan hiburan dan pendidikan dalam pelbagai pameran informatif dan aktiviti yang boleh dilakukan. Dan kalau orang dewasa pun suka aktiviti yang sama, anda pasti seronok di Jurassic Park.  

Jurassic Research Center

Level 5, The Top Penang, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu operasi: 11.00 pagi – 8.00 petang (Isnin-Jumaat); 11.00 pagi – 9.00 malam (Sabtu & Ahad); 10.00 pagi -10.00 malam (Cuti umum & cuti sekolah)

Bayaran masuk

Dengan MyKad

Dewasa – RM48

Kanak-kanak – RM38 (Dengan ketinggian 90cm – 130cm)

Warga emas – RM38 (60 dan ke atas)

OKU – RM38

 

Tanpa MyKad

Dewasa – RM58

Kanak-kanak – RM48 (Dengan ketinggian 90cm – 130cm)

Warga emas – RM48 (60 dan ke atas)

OKU – RM48

Jadi ahli sihir di Potterhead Malaysia

Kredit: Potterhead Malaysia / Facebook

Peminat Harry Potter tak mengira umur, kalau anda peminat tegar francais ini, anda pasti mahu singgah ke kafe yang diinspirasikan daripada Harry Potter. Jangan lupa cuba jubah yang disediakan di sini, bermain permainan yang bertemakan Harry Potter malah mencuba Butterbeer (tanpa alkohol) untuk pengalaman yang mungkin tidak boleh anda lupakan. Lihat lebih lanjut di sini.

Potterhead Malaysia

11, Lebuh Keng Kwee, 10100 George Town, Pulau Pinang.

Waktu operasi: 12.00 tengah hari – 7.00 malam | Ditutup setiap Rabu

______________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

48 Shares
Share48
Tweet
+1
Pin
Share