Penginapan Hebat

Hotel Terbaik di Kuala Lumpur dengan Perkhidmatan Pemindahan ke KLIA

Perjalanan perniagaan selalunya mempunyai jadual yang ketat termasuklah bergegas antara lapangan terbang dan mesyuarat. Jika anda melakukan perjalanan perniagaan ke Kuala Lumpur, lebih baik anda merancang jadual anda dengan bijak kerana jarak antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pusat bandar ialah kira-kira 45 minit dan itu belum lagi termasuk kesesakan lalu lintas! Hotel ini merupakan tiga buah hotel kegemaran kami di pusat bandar yang menyediakan perkhidmatan pemindahan ke lapangan terbang:

1. Sheraton Imperial (Tempah Sekarang)

Sheraton Imperial ialah hotel yang selesa walaupun anda berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang sesak kerana adanya tarikan seperti KLCC, Quill City Mall dan Asian Heritage yang terletak berhampiran. Ia mempunyai kemudahan termasuk kolam renang terbuka, gim dan bilik istirahat kelab.

Sheraton Imperial menawarkan perkhidmatan kereta limusin untuk mengambil dan membawa tetamu pergi dan balik dari lapangan terbang. Anda boleh menghubungi pihak hotel secara terus di talian (603) 2717 9900. Tempahan awal perlu dibuat.

Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

2. Traders Hotel (Tempah Sekarang)

Traders Hotel yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur menawarkan pemandangan panoramik Menara Berkembar Petronas. Ia juga mempunyai akses tertutup secara terus ke KLCC dan berhampiran dengan Bukit Bintang. Jika anda mempunyai masa lapang, kunjungi Skybar yang terkenal dan nikmati minuman sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur.

Perkhidmatan pengambilan dari lapangan terbang menggunakan kereta limusin hotel sangat mudah diatur. Anda boleh memberikan butiran penerbangan dan masa ketibaan apabila menempah bilik anda secara dalam talian. Jika anda tidak menempah secara dalam talian, anda boleh menghubungi pihak hotel secara terus di talian (603) 2332 9999 atau menghantar emel di [email protected].

Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50088, Malaysia

3. The Westin (Tempah Sekarang)

Jika anda sedang mencari hotel di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, The Westin merupakan pilihan terbaik. Hotel 5 bintang ini menonjolkan kemewahan dan terletak bersebelahan Starhill Gallery dan berdekatan dengan pusat membeli-belah, Pavilion.

Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang tersedia dan tetamu boleh menghubungi talian (603) 2731 8333 untuk membuat tempahan. Tempahan boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam sebelum waktu ketibaan atau waktu berlepas dan mestilah dijamin dengan kad kredit.

199, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

 

Jadikan perjalanan perniagaan anda ke Kuala Lumpur sebagai suatu perjalanan yang menyenangkan. Tempah penginapan anda dengan Traveloka sekarang!

 

Diterjemahkan oleh: Murni Jamaludin

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share