Hotel-hotel di Malaysia yang paling cantik untuk gambar Instagram anda

Hotel-hotel di Malaysia yang paling cantik untuk gambar Instagram anda

Pernah tak anda melihat gambar-gambar percutian rakan-rakan Instagram anda yang membuatkan anda berkata, “JEALOUS NYA.”

Apa kata anda menginap di hotel-hotel ini dan buat mereka cemburu pula. 😉

 

$ – The Hulo Hotel + Gallery

Siapa kata poket anda perlu ‘berkepuk’ untuk menghargai hasil seni? Di The Hulo Hotel + Gallery, anda berpeluang untuk menginap ditemani ratusan seni yang dihasilkan oleh artis-artis baru Malaysia yang dipamerkan di sekitar hotel ini.

Hotel butik ini yang juga menjadi galeri seni untuk menyokong industri seni tempatan dengan membenarkan artis tempatan mempamerkan hasil lukisan mereka tanpa sebarang caj. Hasil-hasil seni ini terdiri daripada lukisan sehinggalah ke ukiran dan seni 3D. Kalau anda suka bergambar atau berswafoto, ada banyak ‘spot’ swafoto supaya anda dapat mengambil gambar dengan sempurna.

Setiap bilik adalah unik, kerana setiap satunya dihiasi oleh hasil kerja seorang artis yang juga dipamerkan bersama. Jika anda berminat, anda boleh membeli dan membawanya pulang.

Lokasi

Terletak di kawasan membeli-belah Bukit Bintang, hotel ini sesuai untuk anda yang sukakan hiburan malam dan membeli-belah. Ini yang boleh anda buat dan lihat ketika anda menginap di sini:

Berjaya Times Square

Hanya 10 minit dari hotel, pusat membeli-belah ini mempunyai pilihan makanan dan kedai serta taman tema dalam bangunan yang menjanjikan keseronokan!

Bintang Walk

Dengan jalan yang sibuk dan papan tanda mega yang ceria, Bintang Walk mengingatkan kita kepada Times Square New York dan Piccadilly Circus London. Bersiar-siar dan anda akan dapat melihat pelbagai pusat membeli-belah seperti Pavilion dan Star Hill Gallery.

TREC KL

TREC KL ialah hub hiburan tengah malam yang dipenuhi restoran, bar, pub, lounge, kafe dan club yang mula hidup ketika matahari terbenam. Lihat Live House untuk persembahan komedi stand-up dan persembahan muzik live. Dan jika anda mahu berdansa, cuba Zouk KL atau Avalon Club Lounge.

Kadar bermula dari: RM84/semalam

Tempah penginapan

*****

 

$$ – The Rucksack Caratel – Garden Wing

Temui oasis yang tersembunyi di tengah-tengah Kota Melaka di The Rucksack Caratel – Garden Wing. Hotel yang selesa ini mempunyai bilik yang sesuai untuk setiap jenis pengembara, dari pelancong solo dan pasangan hingga untuk keluarga dan kawan-kawan.

Bilik pilihan kami ialah Garden Suite, yang dihiasi pemandangan taman dan juga, paling best, jakuzi peribadi! Yaaaaaasssssss.

Terdapat juga kolam renang untuk anda menyejukkan badan, berjemur dan tentu sekali, bergambar.

Lokasi

Dek kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah bandaraya Melaka, kawasan bersejarah dan tarikan pelancong dekat sahaja. Anda hanya perlu berjalan kaki ke:

A’Famosa & Bukit St. Paul

Di tapak Bukit St. Paul, terdapat tinggalan kota A’Famosa, kubu pertahanan Portugis yang popular. Porta de Santiago, gerbang kecil inilah yang hanya tinggal kini, yang dulunya sebahagian daripada kubu tersebut. Ia juga merupakan salah satu struktur tertua Eropah yang masih hidup di rantau ini. Cuba mendaki St. Paul, yang dinamakan sempena runtuhan gereja yang berdiri di atasnya, untuk melihat pemandangan bandar yang mengagumkan.

The Red Square

Red Square yang ikonik (juga dikenali sebagai Dutch Square), mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang berwarna merah terang. The Stadhuys (bekas bangunan pentadbiran) dan Gereja Kristian telah dibina ketika Belanda memerintah, sementara Air Pancut Queen Victoria telah dibina oleh British. Kini, di sinilah anda boleh menaiki beca berwarna-warni dengan muzik yang kuat.

Sungai Melaka

Semasa zaman Kesultanan Melaka, Sungai Melaka adalah salah satu jalan terbaik yang digunakan untuk pengangkutan ke mana-mana. Sejak itu ia telah berubah menjadi daya tarikan pelancong, kerana perairan sungai yang dihiasi dengan mural dan laluannya yang bagus. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang tepi sungai dengan berjalan kaki (yang sangat indah di waktu petang) atau anda boleh menempah perjalanan dengan Melaka River Cruise.

Pasar Malam Jonker Street

Jonker Street popular dengan makanan jalanan yang enak-enak untuk sesiapa yang suka mencuba makanan baru. Dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad malam dari 6 petang hingga lewat malam, kawasan ini mungkin agak sibuk dan penuh dengan pengunjung. Anda boleh cuba berjalan di kaki lima kedai yang juga masih terdapat penjaja menjual pelbagai barangan dan makanan. Cuba makan bebola ikan kari dan cendol dengan gula Melaka.

Kredit: Shahril KHMD / Shutterstock

Kadar bermula dari: RM147/semalam

Tempah penginapan

*****

$$$ – Casabrina Vacation Villas

Larikan diri dari hutan konkrit untuk ketenangan diri di hutan hujan Raub, Pahang. Di Casabrina Vacation Villas, anda ditawarkan privasi dengan penginapan dua buah villanya yang luas. Di sini, anda boleh memilih enam suite yang pelbagai.

Setiap vila dilengkapi dengan sauna peribadi dan setiap suite mempunyai bilik mandi suite yang selesa dan luas. The Latisfatha Suite mempunyai pancuran mandi peribadi di luar, sementara Rosrata, Victoria dan Heliconia Suite  mempunyai pancuran hujan dan tub terrazzo.

Untuk pemandangan panorama yang dikelilingi hutan hujan, cuba bersantai di dek peribadi Harundalu, Rosrata dan Victoria Suite. Atau lebih baik, berenang di kolam infiniti sepanjang 30 meter sambil dikelilingi kehijauan yang mengasyikkan.

Lokasi

Mungkin ada fikir tak banyak yang boleh dilakukan sewaktu menginap di Casabrina selain untuk menikmati keindahan alam semula jadi? Anda salah – terdapat banyak aktiviti untuk anda alami, seperti:

Pusat Perlindungan Gajah & Taman Rusa

Kira-kira sejam memandu dari Casabrina adalah tempat perlindungan gajah dan taman rusa, di mana pencinta haiwan boleh melakukan aktivit seperti memandikan gajah muda di sungai dan memberi rusa makan.

Mendaki untuk ke kawasan perkampungan Orang Asli

Dengan bantuan juru pandu, anda boleh melalui trek hutan dan merasai sendiri pengalaman di perkampungan Orang Asli, untuk mempelajari tentang budaya dan kehidupan mereka.

Berkelah di kaki air terjun

Nak mandi air terjun? Air terjun yang terdekat hanya satu jam perjalanan dengan memandu ialah Air Terjun Jeriau dan Air Terjun Chiling. Mungkin agak mencabar jika anda mahu mendaki ke Chiling, kerana ada sungai dan laluan yang sukar, jadi jika anda lebih suka yang mudah-mudah saja, jelajah ke Jeriau.

Tempah perjalanan ke Kuala Lipis atau Bukit Fraser

Ketahui lebih lanjut mengenai masa lalu Malaysia di Kuala Lipis, di mana anda masih boleh melihat bangunan penjajah yang dipelihara dengan baik seperti Stesen Keretapi, Pejabat Pos dan Pejabat Daerah Lipis. Sebagai alternatif, anda boleh melawat Bukit Fraser untuk mengambil udara gunung yang sejuk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah hubungi Casabrina secara langsung untuk pertanyaan atau untuk menempah aktiviti, kerana ketersediaan adalah tertakluk pada musim dan harga individu.

Kadar bermula dari: RM789/semalam

Tempah penginapan

___________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

40 Shares
Share40
Tweet
+1
Pin
Share