0

Traveloka MY

27 Sep 2019 - 5 min read

5 hotel mesra Muslim bawah RM250 semalam di bandar Ho Chi Minh

Kredit: Unsplash / Georgios Domouchtsidis

Daripada peninggalan bersejarah seperti Terowong Cu Chi, kesibukan orang ramai membeli-belah di Pasar Ben Thanh, hinggalah budaya kopi tempatan yang unik di The Cafe Apartments, bandar Ho Chi Minh yang didiami oleh hampir 9 juta orang penduduk ini sentiasa memiliki tarikan tersendiri di mata dunia.

Kredit: Unsplash / Van Thanh

Bagi pelancong Muslim yang bercuti di Ho Chi Minh, kawasan Ben Thanh adalah pilihan yang strategik untuk menginap kerana ia menawarkan banyak restoran halal dan kemudahan mesra Muslim seperti masjid dan surau. Kami telah mengumpulkan cadangan hotel yang sesuai untuk anda, semuanya di bawah RM 250 semalam, dan itu pun tanpa diskaun yang ada di Traveloka! 😋

1. Alagon Western Hotel & Spa

Kredit: Laman web rasmi Alagon Hotels

Mungkin ada di antara rakan-rakan anda yang pernah mencadangkan penginapan Alagon Western Hotel & Spa semasa bercuti di Ho Chi Minh, kerana ia memang popular di kalangan pelancong Malaysia. Biliknya yang sederhana menawarkan kemudahan asas seperti kelengkapan membuat teh dan kopi, WiFi percuma, dan TV flat screen dengan beberapa pilihan siaran. Malah, anda juga boleh memilih bilik yang mempunyai tab mandi!

Kafe di hotel ini mempunyai sijil pengiktirafan halal, dan kebanyakan makanan yang dihidang dalam bufet sarapan adalah halal. Selain lokasinya yang terletak sangat dekat dengan Pasar Ben Thanh (167 meter), di hadapan hotel ini juga terdapat deretan kedai yang menawarkan makanan halal seperti The Daun Restaurant.

Harga dari: RM 187.83 /bilik semalam

Pilih untuk: Lokasi strategik, makanan halal dalam hotel, kebersihan

2. Avanti Hotel

Kredit: Laman web rasmi Avanti Hotel

Penginapan 3 bintang Avanti Hotel juga turut menjadi pilihan pengembara Muslim kerana lokasinya yang berdekatan banyak restoran halal. Biliknya yang bergaya kontemporari dihias ringkas, dilengkapi kelengkapan asas, dan setiap bilik menawarkan pemandangan jalan raya di sekitar Ben Thanh Ward melalui tingkap berkaca penuh. Ada juga bilik yang mempunyai teres peribadi di tingkat tujuh.

V Restaurant kepunyaan hotel ini menawarkan bufet sarapan yang tersedia dalam pelbagai jenis masakan seperti Vietnam, Asia, dan Eropah, termasuklah beberapa pilihan vegetarian yang mesra Muslim. Sekiranya anda rindukan makanan di Malaysia, kunjungi Restoran Kampung Pandan yang terletak 240 meter dari hotel ini. Hotel ini juga terletak dekat dengan Pasar Ben Thanh (163 meter), Ho Chi Minh City Museum (400 meter), dan Masjid Musulman (1 km).

Harga dari: RM 218.27 /bilik semalam

Pilih untuk: Lokasi strategik, berhampiran banyak restoran halal, kesederhanaan

3. Ha My 3 Hotel

Kredit: Facebook / Ha My 3 Hotel

Mengembara dengan bajet terhad? Pada pendapat kami, Ha My 3 Hotel sesuai untuk pelancong yang tidak cerewet dan hanya inginkan tidur malam yang selesa. Bilik di sini yang bermula dari keluasan 20 meter persegi memberikan suasana klasik melalui perabot berkayu gelap dan hiasan bermotif. Jika anda melancong bersama keluarga, pilih bilik jenis Family yang bersaiz 35 meter persegi kerana ia mempunyai 1 katil Double dan 1 katil Single, serta harganya bermula dari RM 190.08 semalam. Berbaloi, kan?

Hotel ini tidak menyediakan makanan halal, tetapi bufet sarapan di sini menyediakan pelbagai roti, cukup untuk anda melapik perut. Untuk menikmati makanan Malaysia yang halal, pergi ke Restoran Kampung Pandan yang terletak sebaris dengan hotel ini, ataupun D’Serai Classic Restaurant di seberang jalan (110 meter).

Harga dari: RM 114.05 /bilik semalam

Pilih untuk: Harga berpatutan, lokasi strategik, berhampiran banyak restoran halal

4. Aluna Hotel

Kredit: Facebook / Aluna Hotel

Dahulunya diberi nama Blessing 1 Hotel, Aluna Hotel yang terletak di Nguyen An Ninh Street ini turut menjadi pilihan selesa bagi pengembara Muslim. Bilik-bilik di sini mempunyai hiasan klasik yang lebih bergaya. Malah, walaupun dengan harganya yang sangat berpatutan, setiap bilik mempunyai tab mandi! Sesuai untuk anda merendamkan badan yang kepenatan selepas seharian meneroka bandar Ho Chi Minh.

Aluna Restaurant kepunyaan hotel ini menyediakan pelbagai hidangan Barat, Asia, vegetarian, dan menu mesra Muslim. Anda perlu memberitahu pelayan tetamu untuk mencadangkan makanan yang sesuai. Ia juga terletak berhampiran Pasar Ben Thanh (187 meter) dan banyak restoran halal boleh ditemui di Malaysian Street yang terletak hanya di sebelah hotel.

Harga dari: RM 138.00 /bilik semalam

Pilih untuk: Harga berpatutan, lokasi strategik, berhampiran banyak restoran halal

5. The Alcove Library Hotel

Kredit: Laman web rasmi Alcove Hotel

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, pasti anda tidak sabar untuk berehat. Terletak kira-kira 3 km dari lapangan terbang, The Alcove Library Hotel yang bergaya sedia untuk menyambut kedatangan anda. Kawasan sekitar hotel ini lebih tenang dan sesuai untuk para ulat buku kerana di ruang lobi terdapat perpustakaan kecil dengan pelbagai koleksi buku. Selain biliknya yang bergaya, kawasan hotel ini juga mempunyai kafe sendiri yang sangat Instagrammable.

Sekiranya anda lapar, mereka menawarkan makanan vegetarian dalam bufet sarapan dan anda boleh memesan menu mesra Muslim di kafe. Restoran halal yang terdekat ialah The Bawa’s Grill (600 meter) yang menyajikan hidangan Timur Tengah. Lokasi hotel ini yang berdekatan kafe-kafe unik juga memberi anda peluang untuk menikmati budaya kopi tempatan di Vietnam.

Harga dari: RM 160.61 /bilik semalam

Pilih untuk: Penginapan bergaya, suasana santai, berdekatan pusat pengangkutan

__________________________________________________________________
Tidak sabar untuk memulakan pengembaraan anda? Lihat tawaran hotel yang ada di Traveloka segera!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka