8 hotel container paling ‘cool’ di Malaysia

8 hotel container paling ‘cool’ di Malaysia

Apabila anda mengembara, ada kalanya anda hanya mahukan tempat tidur yang asas sahaja kerana anda tidak menghabiskan banyak masa melainkan untuk tidur dan mandi. Jika anda tidak kisah tentang ruang dan tidak kisah perkara lain, jadi anda patut mencuba hotel container/kapsul.

Ini antara hotel container yang trendy di Malaysia untuk penginapan yang menyeronokkan dan selesa.

Hotel Time Capsule

Jika anda suka apa saja yang berkaitan dengan angkasa, Hotel Time Capsule memang sesuai untuk anda! Cuba bayangkan anda berada dalam filem epik intergalaksi, ha, begitulah rasanya menginap di hotel dengan tema futuristik yang mempunyai bilik seakan kapal angkasa. Bukan itu sahaja, bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan Wi-fi percuma, peti keselamatan, dan sistem hiburan peribadi. Terletak di Lebuh Chulia, betul-betul di tengah bandar Pulau Pinang, George Town, tempat tarikan popular juga berdekatan sahaja.

Harga bilik bermula dari: RM60++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

Tubotel Langkawi

Hotel unik ini berada di hujung Pantai Cenang. Namun, warnanya yang terang dan ceria pasti mudah untuk dilihat dari jauh. Hotel yang lain daripada lain ini seakan menjemput anda untuk berehat di Lepak Lounge dengan kelengkapan buaian gantung, dan ‘bean bag’ nya, semuanya untuk kemudahan untuk anda bersantai. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan katil saiz King yang selesa, yang mempunyai pemandangan laut atau taman.

Harga bilik bermula dari: RM30++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

Capsule by Container Hotel KLIA 2

Terkandas di lapangan terbang berjam-jam lamanya? Jika anda mahu tempat yang selesa tanpa gangguan untuk melelapkan mata seketika, tempah bilik di Capsule by Container Hotel di KLIA 2. Anda boleh memilih untuk menginap di bilik khas untuk lelaki sahaja, wanita sahaja atau kedua-duanya dengan maksimum enam jam. Turunkan tirai dan anda akan berada dalam dunia anda sendiri, lengkap dengan meja bercermin boleh lipat, lampu membaca, dan soket untuk mengecas alat elektronik anda.

Harga bilik bermula dari: RM90++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

The Cabin Langkawi

Untuk ke hotel The Cabin Langkawi, anda hanya perlu berjalan tiga minit dari pantai popular resort iaitu Pantai Cenang, jadi sambil berjalan, anda boleh menikmati bayu laut dan melihat panorama matahari terbenam yang indah. Lokasi resort ini juga berdekatan dengan tarikan pelancong seperti Muzium Laman Padi dan Underwater World, dikatakan akuarium terbesar di Malaysia. Kabin-kabin ini juga dihiasi dengan rekaan bergaya dan selesa kerana saiznya yang besar.

Harga bilik bermula dari: RM160++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

Hotel Container Kuala Lumpur

Mempunyai lokasi yang strategik iaitu di Kuala Lumpur, Hotel Container Kuala Lumpur ialah tempat yang sempurna untuk staycation anda. Terdapat jenis bilik yang tersedi: Bilik Container (seperti di atas) yang lengkap dengan bilik air; Bilik Concrete (seperti di bawah) ditempatkan dalam tiub simen; dan Camp Site bagi yang mahu merasai pengalaman berkhemah tanpa nyamuk dan Great Outdoors – anda akan dapat tidur dalam khemah kabana dalam bilik peribadi.

Harga bilik bermula dari: RM110++

Tekan d sini untuk menempah…

*****

Hotel Container Ipoh

Hotel ini pastinya mudah untuk dicari, kerana dihadapan hotel ini dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menjalar, membuatkannya lebih menonjol daripada bangunan yang lain. Tarikan menarik seperti kafe hispster popular, Concubine Lane, dan mural jalanan di Bandar Lama juga berdekatan sahaja dengan hotel ini. Jalan kaki pun boleh! Perkara lain yang menarik tentang hotel ini, ia mempunyai gelungsur yang besar untuk kanak-kanak mahu pun orang dewasa.

Harga bilik bermula dari: RM40++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

Hotel Dash Box Cyberjaya

Hotel yang unik ini menggabungkan tema steampunk dan pop seni moden, yang menawarkan pelbagai bilik, dari Dash Twin dengan dua katil single hingga Deluxe Dash dengan katil super king yang luas. Jika anda suka bersenam, hotel ini menyediakan kemudahan bilik gimnasium dan sewaan basikal untuk menjelajah kawasan. Putrajaya juga hanya 10 minit dengan kereta, jadi anda boleh melihat-lihat taman bunga dan tasik yang indah di sana.

Harga bilik bermula dari: RM110++

Tekan di sini untuk menempah…

*****

Hotel M Qube

Jika anda seorang yang mementingkan bajet ketika bercuti dan mahukan penginapan yang murah, Hotel M Qube mungkin hotel yang anda mahu. Hotel kapsul butik ini terletak di bahagian tenggara Pulau Pinang di Bayan Baru, tidak jauh dari lapangan terbang. Setiap unit kapsul, mengingatkan kita tentang kapal angkasa dalam filem ‘Passangers’. Ia juga dilengkapi dengan Android TV dengan pelbagai rancangan hiburan, jadi anda tidaklah bosan.

Harga bilik bermula dari: RM50++

Tekan di sini untuk menempah…

_____

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

2K Shares
Share2K
Tweet
+1
Pin
Share