Penginapan Hebat

Empat sebab kenapa keluarga anda perlu menginap di Hotel Lost World

Merancang percutian bersama keluarga tapi tidak tahu ke mana?

Kalau anda masih buntu nak ke mana dan nak buat apa, bertenang – daripada anak-anak memberikan anda sakit kepala, bawa mereka ke tempat yang boleh mengembirakan mereka.

Di Lost World of Tambun – salah satu daripada lokasi percutian keluarga yang memberikan keseronokan kepada segenap lapisan usia.

Untuk lebih senang, lakukan tempahan di hotel yang dihubungkan dengan taman tema iaitu Lost World Hotel.

Lokasi hotel ini bersebelahan dengan Lost World of Tambun, jadi anda tidak perlu risau kerana hanya 5 minit sahaja berjalan kaki ke taman tema.

Dengan tempahan yang berbaloi anda akan dibantu oleh staf hotel sepanjang anda menginap di hotel ini.

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi percuma di Golden Terrace, dan kembali ke bilik yang selesa selepas menghabiskan masa seharian di luar dan berehat dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma dan menonton saluran TV kabel berbayar.

Bagi yang inginkan aktiviti yang mencabar, terdapat pilihan untuk berkhemah, di mana pengunjung boleh tidur di bawah sinaran bintang.

Bukan sahaja anda dan keluarga dapat berseronok di taman tema, tapi anda juga boleh menjelajah salah satu lokasi yang menarik di Malaysia – bandar bersejarah Ipoh.

Percayalah, ini sebab-sebab mengapa anda akan teruja melawat Ipoh dan Lost World of Tambun :

1.  Berseronok di bawah cahaya matahari di Taman Tema

Sebaik sahaja anda memasuki taman tema, anda akan diberi pelbagai pilihan untuk berseronok.

Di Lost World Water Park, lihat siapa yang dapat sampai ke bawah dalam masa yang singkat melalui permainan Cliff Racer, atau melompat dalam tiub getah gergasi dan menyelusuri Adventure River untuk melihat keindahan bukit batu kapur purba sambil berseronok dibasahi air yang melimpah.

Terdapat banyak permainan yang mengujakan di Lost Amusement Park. Permainan roller coaster yang akan melonjakkan adrenalin anda seperti Lupe’s Adventure, dan Storm Rider, yang akan membuat anda berasa seperti dihayun oleh buaian gergasi.

Terdapat juga, juga zoo yang mempunyai haiwan jinak dan taman cabaran serta pelbagai persembahan live sepanjang hari.

2.  Menjelajah Bandaraya Ipoh

Ipoh mungkin kelihatan seperti bandar yang sunyi tanpa sesuatu yang menarik, tetapi ia sebenarnya indah khabar dan indah rupa.

Lonely Planet telah mengiktiraf Ipoh sebagai lokasi yang begitu mempesonakan dan menamakan Ipoh sebagai salah satu lokasi wajib dikunjungi di Asia pada tahun lepas.

Selama hampir satu dekad, banyak perubahan telah berlaku di Ipoh dan antaranya yang disumbangkan oleh perkembangan kafe hipster  di kawasan kolonial dan lukisan mural hasil ilham pelukis Lithuania, Ernest Zacharevic.

Bagi pencinta makanan, Ipoh adalah lokasi wajib dikunjungi. Terutama sekali masakan Cina tempatan yang popular termasuklah ayam dan taugeh dimasak bersama sos soya, kopi putih dan karipap berinti kaya.

Jika anda peminat alam semulajadi, lihat Tasik Cermin yang memiliki keindahan tersembunyi hinggalah kehebatan Tokong Kek Lok Tong dan Taman Zen.

3.  Meneroka waktu malam di Ultimate Night Park

Walaupun senja sudah berlabuh tidak bermakna keseronokan sudah berhenti – Lost World of Tambun juga mempunyai taman tema yang boleh dinikmati pada sebelah malam.

Cuba dekati burung hantu di Lost World Petting Zoo By Night dan haiwan nokturnal lain seperti bearcat dan rakun. Jika anda menyukai serangga dan reptilia Tarantula Alley juga tersedia untuk anda!

Mengidam untuk menikmati makanan di Ipoh? Pergi ke Ipoh Street, taman seakan-akan Bandar lama Ipoh. Isi perut anda dengan makananan daripada penjaja jalanan yang enak – Tau Foo Fah ialah pilihan kami!

Anda juga boleh mempelajari sejarah asal usul Ipoh sebagai pekan perlombongan di Lost World Tin Valley.

  4.  Merehatkan diri di kolam air panas

Selepas berseronok sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti, rehatkan diri dengan menikmati mandian air panas.

Bagaimana jika berendam dalam air panas di bawah taburan bintang-bintang?

Tunggu apa lagi? Berendamlah di dalam kolam air panas semulajadi di Tambun, yang mempunyai oasis waktu malam tersendiri.  Berehat dalam Infinity Pool atau menerokai Steam Cave untuk beberapa minit bagi menghilangkan stress.

Tetamu yang menginap di Lost World Hotel akan mendapat dua tiket percuma ke Hot Spring & Spa By Night bagi setiap tempoh penginapan mereka.

Bagi kemuncak waktu santai anda, pergi ke puncak Top of the World Pool, jakuzi yang mempunyai pancuran air yang boleh melegakan keletihan anda.

Apabila anda masuk ke dalam bilik untuk berehat, anda akan dapat menikmati tidur yang sangat lena.

 

Diterjemahkan oleh: Zailan Jailani

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share