Dekati Gunung Kinabalu dan pemandangan menyegarkan di penginapan ini

Dekati Gunung Kinabalu dan pemandangan menyegarkan di penginapan ini

Apabila anda di Sabah, Gunung Kinabalu selalunya selalu dapat dilihat dari kejauhan seperti penjaga yang sentiasa ada di mana-mana. Banyak legenda dan mitos yang menyelubungi gunung tertinggi di Malaysia ini termasuklah bagaimana nama Kinabalu diberi, menambahkan lagi aura misteri kepada Gunung Kinabalu ini.

Ada sesetengah orang menganggap Gunung ini adalah pencapaian terbesar untuk sampai puncaknya. Tapi sebenarnya jika anda hanya mahu melihat Gunung Kinabalu dari jauh dan menjelajah tarikan dan tempat menarik di sekitarnya, apa kata anda menginap di penginapan bajet dan mewah ini:

 

$ – Kinabalu Mountain Lodge

Terletak jauh dalam hutan hujan di kaki Gunung Kinabalu, Kinabalu Mountain Lodge terletak hanya 20 minit berjalan dari Taman Kinabalu. Lokasinya yang jauh membuatkan penginapan ini ialah pilihan yang terbaik untuk sesiapa yang ingin mendekati alam semula jadi.

Dengan lokasinya yang berada di kawasan tinggi Kundasang, anda akan dihadiahkan dengan pemandangan dari sudut 360 darjah yang indah dan mengagumkan, tak kisahlah jika anda menginap di dorm atau pun Family Room.

Kredit: Nashua Ibrahim

Hirup udara segar lagi bersih di kawasan taman, yang juga tempat untuk BBQ. Segalanya yang anda perlu ketika cuaca cerah!

Aktiviti untuk dilihat & dilakukan

  • Luangkan masa mendaki laluan Taman Kinabalu yang berliku-liku. An, lihat da juga berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai spesis flora dan fauna.
  • Ketika malam-malam tanpa awan dan cahaya yang minima, gunakan peluang ini untuk melihat taburan bintang di langit yang indah.
  • Jika anda seorang entomophile (peminat serangga), di sini memang tempat anda kerana banyak spesis kupu-kupu boleh dilihat dengan mudah di lodge ini.

Harga bermula dari: RM35/semalam

Tempah penginapan

*****

 

$$ – Celyn Resort Kinabalu

Celyn Resort Kinabalu ialah resort 3 bintang di Kundasang. Kebanyakan bilik mempunyai balkoni peribadi, menawarkan pemandangan menghadap lembah dan Gunung Kinabalu.

Bawa rakan-rakan atau keluarga kerana resort ini memiliki bilik yang luas dan suite yang tersedia boleh memuatkan 3 hingga 4 orang.

Resort ini mempunyai laluan alam semula jadi di kawasannya, jadi anda tidak perlu berjalan jauh untuk bersenam dan menghargai alam semula jadi!

Aktiviti untuk dilihat & dilakukan

Kredit: walterericsy / Shutterstock
  • Kurang dari satu jam dengan memandu kereta dari resort ini ialah Poring Hot Spring, tempat yang membolehkan anda berehat sambil melegakan sengal-sengal badan dengan air mineral yang penuh khasiat. Pilih sama ada untuk menikmati tab terbuka yang percuma atau peribadi yang peribadi mengikut kadar jam. Anda boleh menyejukkan badan di Rock Pool yang sumbernya daripada sungai berdekatan.
  • Lihat pemandangan hutan hujan dari pandangan atas di Poring Canopy Walk. Tapi jangan jalan terlalu laju kalau takut berbuai di atas jambatan!
  • Mendaki melalui laluan singkat dan menyegarkan di Air Terjun Kipungit dan nikmati perkelahan yang menyeronokkan di sana. Untuk yang menggemari cabaran dan air terjun yang lebih besar, anda boleh ke Air Terjun Langanan, salah satu air terjun tertinggi di Sabah. Ia lebih kurang 4 kilometer pendakian dari kawasan air panas.

Harga bermula dari: RM174/semalam

Tempah penginapan

*****

$$$ – Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa

Di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, anda akan menikmati salah satu pemandangan terbaik puncak Kinabalu dari dek pemerhati resort tersebut. Lebih baik lagi, apabila anda boleh melihat pemandangan ini sambil berehat dengan secawan kopi panas.

Untuk staycation yang membuatkan anda berasa seperti di luar negara, menginap di salah satu chalet kontemporari yang dibina ditengah-tengah pokok-pokok pain. Kawasan resort itu juga menampilkan dek matahari dan gazebo yang sesuai untuk aktiviti BBQ dan perjumpaan kecil.

Memandangkan anda sedang bercuti, apa kata anda berbelanja sedikit? Lihat pelbagai rawatan spa, daripada urutan badan yang menyegarkan hingga scrub untuk menenangkan dan mandi wap, semuanya yang dilakukan oleh terapi terlatih.

Aktiviti untuk dilihat & dibuat

Kredit: Mohamad Adha / Shutterstock
  • Rasai suasana ladang di Desa Dairy Farm, yang menempatkan lembu-lembu tenusu berwarna hitam putih. Di sini, anda boleh mempelajari tentang proses memerah susu sehinggalah ke proses pembungkusan. Yang terbaik, anda boleh merasai produk tenusu yang paling segar, seperti susu dan ais krim!
  • Berikan tanda hormat anda kepada para pejuang yang telah gugur di medan perang di Tugu Peringatan Perang Kundasang, yang juga menampilkan taman yang tenang. Tugu peringatan ini dibina untuk memberi penghormatan kepada askar British dan Australia yang telah gugur di Sandakan POW camp.
  • Jika anda suka bermain golf, singgah untuk beriadah di Mount Kinabalu Golf Club, yang terletak di Pinosuk Plateau yang berada di 1,500 meter dari paras laut. Tempatnya yang tinggi dan cuaca yang sukar dijangka membuatkan cabaran di sini sesuatu yang dicari oleh pemain golf yang mahu menghabiskan 18 hole course.
  • Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan di Kundasang, jadi pastikan anda lihat panduan kami untuk lebih info aktiviti dan tarikan yang patut anda ketahui!

Harga bermula dari: RM232/semalam

Tempah penginapan

__________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

24 Shares
Share24
Tweet
+1
Pin
Share