Penginapan Hebat

‘Chic’ & Unik: Hotel Butik Terbaik di Singapura

Singapura terkenal dengan struktur moden, kawasan kejiranan bersejarah, dan masakan yang menyelerakan.

Untuk menampung berjuta-juta pelancong yang membanjiri pulau ini setiap tahun, hotel butik telah muncul seperti bunga-bunga yang mekar pada musim bunga, masing-masing dengan gaya tersendiri.

Untuk staycation di Singapura yang anda tidak akan lupakan, tempahlah salah satu daripada hotel-hotel berikut:

The Forest by Wangz

Mengekalkan suasana semula jadi sepadan dengan namanya, The Forest by Wangz ialah oasis di tengah-tengah bandar Singapura yang sibuk – rekaannya mendapat inspirasi daripada hutan hujan tropikal.

Karya seni khas bertauliah dipamerkan di sekitar hotel untuk anda cari dan lihat sendiri ketika anda berjalan-jalan di kawasan hotel yang nyaman ini.

Pangsapuri perkhidmatan yang disediakan dilengkapi dengan perabot berjenama yang dipilih sendiri oleh pemiliknya dan sesuai untuk penginapan sebentar atau dalam tempoh yang lama, serta yang mengembara kerana perniagaan atau yang melancong.

Setiap pangsapuri yang bergaya ini dilengkapi dengan dapur yang lengkap, TV LED, dan Wi-Fi.

Walaupun terletak dalam kawasan perumahan, The Forest by Wangz sangat dekat dengan Stesen MRT Novena (10 minit berjalan kaki dari hotel) dan beberapa tarikan, seperti pusat membeli-belah dan tempat makan.

Tarikan popular pelancong seperti Orchard Road (10 minit perjalanan dengan teksi), Marina Bay (15 minit perjalanan dengan teksi), dan Universal Studios Singapura (20 minit perjalanan dengan teksi) juga mudah diakses.

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 145A, Moulmein Road, Singapura 308108

Lloyd’s Inn

Pemilik Lloyd’s Inn faham yang kadangkala, kesederhanaan ialah yang terbaik, itu sebabnya penginapan ini mengadaptasi gaya minimalis, dengan sedikit sentuhan kehijauan di sekitar kawasan ini. Suasana yang berangin dan nyaman serta tanpa hiasan yang berlebihan, anda akan dapat menikmati ketenangan yang bakal memikat hati anda.

Lloyd’s Inn menawarkan lapan jenis gaya untuk setiap bilik, dan mendapat sentuhan yang berbeza untuk menyesuaikan pilihan setiap tetamu. Contohnya, The Skyroom memiliki tab mandi di luar bilik dengan pemandangan langit yang biru, sementara The Garden menyediakan taman persendirian untuk anda bersantai sambil membaca tanpa gangguan.

Anda tentu tidak mahu terlepas untuk mandi-manda di kolam penginapan ini yang dipenuhi dengan tumbuhan dan dedaunan tropika yang subur di sekeliling kolam dan kerusi santai yang selesa untuk anda berjemur di bawah sinaran matahari. Begitu juga jika anda lebih suka berenang di bawah cahaya bulan, anda boleh terapung sambil mengamati bintang-bintang yang bersinar di langit malam.

Sebenarnya lokasi Lloyd’s Inn berada ditengah-tengah pusat tumpuan di Orchard Road, jadi anda hanya perlu berjalan kaki 10 minit sahaja, begitu juga Stesen MRT kalau anda mahu ke tempat lain.

Jika anda kurang biasa dengan kawasan itu, Lloyd’s Inn menyediakan panduan untuk kemudahan tetamunya yang mahu menjelajah dan melihat-lihat. Selain daripada kafe dan tempat tumpuan, peta itu juga menyediakan lokasi yang berdekatan dengan mesin ATM, farmasi dan pengurup wang.

Dikenali sebagai salah satu hotel butik popular di Singapura, kami cadangkan supaya anda menempah awal supaya tidak kecewa nanti.

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 2, Lloyd Road, Singapura 239091

Hotel Vagabond

Jika anda bercitarasa klasik Perancis, menginaplah di Hotel Vagabond. Segala-galanya tentang hotel ini seperti menjemput anda untuk membangkitkan citarasa Eropah anda.

Hotel ini ialah hotel pertama di Asia yang direka oleh arkitek Perancis yang terkenal di seluruh dunia dan pereka dalaman Jacques Garcia, dan diilhamkan oleh ibu negara Perancis yang mencintai seni. Hotel ini menghargai dan memberi penghormatan kepada seni dengan menampilkan karya-karya seni dari seluruh dunia.

Luangkan masa anda di Vagabond Salon untuk menghayati muzik live oleh artis tempatan dan luar negara sambil berbual, minum dan makan.

Selepas itu, kembali dan berehat di bilik anda yang tersedia dengan hiasan 400 sulaman benang pada cadar kapas Mesir dan bantal bulu angsa serta selimut yang empuk dan se

Warisan yang berwarna-warni di Kampong Glam, Little India dan Chinatown berada betul-betul di hadapan hotel, manakala pusat perniagaan serta tarikan utama seperti Marina Bay dan Sungai Singapura hanya beberapa minit sahaja jika anda memandu.

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 39, Syed Alwi Road, Singapura 207630

Hotel Wanderlust

Berbekalkan nama yang kedengaran magis dan ajaib, Hotel Wanderlust dapat menarik minat pelancong yang menyukai konsep ini.

Hotel ini mungkin kelihatan aneh dan biasa dari luar, tapi sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalamnya, anda akan mendapat kejutan oleh keunikannya.

Setiap tingkat hotel ini menampilkan konsep yang berbeza: Tingkat 2 mempunyai bilik yang dicat dengan satu warna Pantone; Tingkat 3, warna Mono, mengikuti konsep “kertas”,  mengambil inspirasi daripada origami atau pop-art; sementara tingkat paling atas berkonsepkan gabungan eklektik, dengan bilik yang bertemakan angkasa yang mempunyai kapal roket; digayakan seperti rumah pokok.

Jika anda dapat meninggalkan sebentar bilik aneh anda, pastikan anda menjelajah jalan-jalan di Little India, yang penuh dengan karakter

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 2, Dickson Road, Singapura 209494

Hotel 1929

Ditempatkan di dalam sebuah bangunan warisan yang disenaraikan di Chinatown, Hotel 1929 mengguna pakai struktur bersejarah ini dengan bijak.

Lihat sejarah Singapura melalui koleksi menyeluruh yang berbentuk foto hitam putih, diletakkan disepanjang dinding koridor mereka.

Selesa dari segi ruang, pemilik hotel menggabungkan gaya kontemporari yang dilengkapkan dengan warna-warna yang terang.

Ada sesetengah bilik dilengkapi dengan balkoni yang menghadap Keong Saik Road, sementara Terrace Suite menawarkan pemandangan kawasan kejiranan dari beranda peribadi di atas bumbung. Di sini, anda boleh memanjakan diri anda dengan sarapan pagi atau mandi buih dalam tab mandi yang berada di luar bilik.

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 50, Keong Saik Road, Singapura 089154

The Sultan

Alami sendiri daya tarikan lama di The Sultan, hotel yang elegan dan bercitarasa mewah yang dapat membuat anda berasa seperti kerabat diraja.

Terdiri daripada 10 buah rumah kedai warisan, anda boleh memilih apa sahaja dari lapan jenis bilik, setiapnya bersesuaian dengan bajet dan keperluan pelanggan.

Sedikit terpencil, Bilik Attic, menawarkan ketenangan, atau perlahan-lahan dibangunkan oleh sinaran matahari di Bilik Skylight kerana aturan katil anda yang berada betul-betul di bawah tingkap yang luas.

Keluar dan berjalan-jalan di sekitar untuk melawat kafe dan kedai di kawasan kejiranan ini. Memandangkan Kampong Glam ialah kawasan orang Melayu, terdapat banyak kedai makanan Halal, bermula dari Timur Tengah sehinggalah ke makanan Indonesia.

Jika anda meminati pakaian dan barangan kemas vintaj, lihat Arab Street dan Haji Lane yang menempatkan kedai pelbagai khazanah yang unik dan tersendiri.

TEMPAH SEKARANG

Alamat: 101, Jalan Sultan, Singapura 199002

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share