Casa del Rio: Pesona Mediterranean di Melaka

Casa del Rio: Pesona Mediterranean di Melaka

Diterjemahkan oleh: Farah Hanan Azahar

 

Bandar bersejarah Malaysia, Melaka, mempunyai zaman silam yang mengagumkan sebagai salah satu entrepot paling sibuk di kepulauan tersebut sejak abad ke-15. Ia sangat berharga, sehinggakan ditakluki oleh Portugis, Belanda, dan kemudian penjajah British — semuanya yang telah menyumbang kepada kepelbagaian legasi budaya di sini. Melaka merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco yang pertama di Malaysia, dan status tersebut menjadikan bandar ini destinasi yang perlu dikunjungi. Ia lebih ideal jika diterokai sambil berjalan kaki untuk melalui lorong-lorong sempit dan di sini juga anda boleh melihat beberapa buah kedai dan rumah dengan reka bentuk kolonial dan Peranakan yang telah berabad lamanya.

Gambar: Casa del Rio

Terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke Jonker Street iaitu nadi warisan bandar bersejarah ini, tiada penginapan lain yang lebih baik daripada Casa del Rio.

 

Kawasan luar yang lapang, bercirikan Sepanyol

   

Semasa tiba, kami disambut oleh pelayan tetamu dan petugas mesra yang mempelawa kami duduk di bawah salah satu pergola, sambil membawa tuala sejuk dan sorbet serai. Sambil petugas itu membantu kami dengan proses mendaftar masuk hotel, kami cuma bersantai di sofa kawasan rehat yang menghadap halaman terbuka, sambil mendengar deruan lembut air pancut, dan merasa tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Ketenteramannya membuatkan kawasan ini cukup selesa untuk meluangkan masa sambil membaca, atau hanya berehat sebelum pulang ke bilik setelah seharian berjalan-jalan sekitar Melaka.


Casa del Rio bermaksud “rumah di tepi sungai” dalam bahasa Sepanyol, dan petugasnya sentiasa memastikan kami selesa seperti berada di rumah. Selepas lawatan ringkas di aras bawah (yang mempunyai sebuah perpustakaan!), kami dibawa ke bilik kami di tingkat dua. Pokok bunga kertas berwarna-warni yang menghiasi balkoni dengan cahaya semula jadi yang terang mengingatkan kami tentang suasana kejiranan di Selatan Sepanyol. Sebagai pelengkap kawasan luar yang lapang, ia diberikan sentuhan hiasan dalaman yang rustik dengan lantai teracotta gaya Sepanyol, pagar besi pada tangga, dan hiasan lampu bergaya tradisional Peranakan.

Sentuhan gaya mewah Eropah dalam bilik tidur

Gambar: Daripada Casa del Rio

Bilik-biliknya memikat hati dengan hiasan gaya mewah Eropah yang tersendiri. Bilik kami nampak elegan dengan perabot kayu yang gelap termasuk rangka katil, almari dan meja, manakala alas katil bersulam yang terang memberikan sentuhan warna pada bilik ini.

Gambar: Daripada Casa del Rio

Bilik airnya juga tidak terkecuali daripada lambang kemewahan. Dari tab mandi hingga cermin berbingkai kayu yang besar, dan ruang singki yang luas untuk meletakkan alat solek dan barang mandi peribadi, rekaan bilik air ini memang kemas dan cantik. Kami sangat sukakan ruang mandi luas yang dilengkapi kemudahan pancuran mandian dan tangan. Lebih menarik lagi, ada tingkap di sebelah tab mandi yang boleh dibuka menghadap ke bilik!

Dalam bilik, keutamaan diberikan terhadap kemudahan moden bagi tetamu dengan penyediaan rangkaian WiFi yang meluas dan sebuah TV flat screen 42 inci. Hotel ini juga mempunyai sebuah gimnasium, kolam renang infiniti dengan panorama indah sungai Melaka, dan bar atas bumbung di mana anda boleh melihat Menara Taming Sari dan Muzium Samudera Melaka dari jauh! Selain itu, hotel ini turut dilengkapi sebuah perpustakaan, tiga kedai makan, dan surau di aras bawah.

Gambar: Daripada Casa del Rio

Jika anda ingin lari daripada cuaca panas atau berehat seketika, kunjungi saja perpustakaan di aras bawah. Di sini, anda boleh menikmati secawan kopi atau teh, bertemankan sebuah buku cerita, sambil duduk di atas kerusi yang selesa. Kami tidak hairan jika anda terleka bersantai kerana suasana perpustakaan ini memang nyaman dan selesa!

Gambar: Daripada Casa del Rio

Ramadan ini, salah satu restoran milik hotel ini iaitu The River Grill mengadakan promosi buka puasa yang menawarkan hidangan tradisional Melayu seperti kambing golek, nasi briyani gajus, ikan keli balado, dan banyak lagi. Tersedia dari sekarang sehingga 4 Jun, bufet Ramadan ini berharga RM88 bagi setiap orang dewasa, dan diskaun 50% diberikan bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun. Untuk tempahan, hubungi 06-289 6888 atau emel [email protected]

Keputusan kami: Ruang luar hotel ini yang berinspirasikan kawasan Mediterranean memang menarik, seolah-olah ia membawa kami ke era yang berbeza. Selain markah bonus buat tab mandinya yang besar, kami juga sangat berpuas hati dengan layanan para petugas mereka yang mesra dan membantu. Malah, kami terkejut apabila mengetahui salah seorang daripada mereka telah membersihkan cermin depan kereta kami sebelum kami pulang. Servis tip top macam ini patut dipuji! Casa del Rio memang sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan tetapi pada masa yang sama berdekatan pelbagai tempat tarikan dan kehidupan malam di bandar bersejarah ini.

Tarikan dan Aktiviti

Bersiar-siar di sekitar Kompleks Muzium Melaka sepanjang Jalan Kota untuk melihat peninggalan kolonial Eropah. Mungkin anda pernah melihat bangunan Stadhuys berwarna merah yang popular pada poskad Melaka. Dibina oleh Belanda pada tahun 1650, bangunan ini pernah menjadi pejabat Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda, dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka, juga merupakan sebuah tarikan yang mesti dilawati. Di sini, anda boleh mempelajari tentang ciri-ciri menarik bangunan lama di bandar ini seperti tingkap berwarna-warni pada rumah kedai dari zaman sebelum perang, halaman luar rumah lama Baba Nyonya, dan gabungan seni bina elemen Cina dan Barat yang luar biasa pada Masjid Tengkera.

Sudahkah anda melawat semua tapak bersejarah di Melaka dan memikirkan apa lagi yang boleh dilakukan? Kami ada beberapa cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi!

Kampung Morten

Makan angin di Kampung Morten untuk melihat rumah kampung Melayu yang dipelihara indah. Pada 1989, kerajaan negeri telah mengisytiharkan Kampung Morten sebagai sebuah kampung warisan dan menjadikannya tempat tarikan pelancong untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional rumah kampung Melayu yang sebenar. Rancang perjalanan anda pada sekitar lewat petang agar anda dapat melihat rumah-rumah di sini mula diterangi lampu berwarna-warni.

Encore Melaka

https://www.instagram.com/p/BlmuBgOlVP3/

Encore Melaka merupakan persembahan kebudayaan bertaraf dunia yang canggih, dan ia menceritakan kisah Melaka, rakyat, seni dan budaya mereka. Berehat daripada mengembara dan nikmati pengalaman audio visual yang mendalam daripada gabungan teknik pemetaan cahaya, pelbagai alat yang rumit, dan penari profesional dalam kostum terperinci yang menggambarkan penduduk tempatan serta pelbagai warisan kebudayaan bandar ini. Teater ini merupakan karya seni yang pantas menjadi salah satu tempat Insta-worthy di Melaka. Datang lebih awal sebelum persembahan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah!

Tip pro: Kenapa berbelanja lebih sedangkan anda boleh berjimat? Dapatkan tiket Encore Melaka anda di Traveloka sekarang untuk menikmati diskaun istimewa!

Restoran Bonani

Kami tahu anda takkan bosan menjamu selera dengan masakan Nyonya dan asam pedas semasa di Melaka, tetapi anda juga boleh mencuba masakan India Utara yang lazat di Restoran Bonani. Tempat istimewa yang kurang diketahui ini terletak di barisan rumah kedai di tepi jalan yang sibuk, dan ia masih selesa walaupun hiasan dalamannya agak ringkas. Anda perlu mencuba kari ayam Bombay yang enak dimakan dengan roti nan panas dan palak paneer. Mmm… yum yum!

Restoran Bonani

Alamat: 48, Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka

Waktu operasi: 12.00pm – 2.00pm, 5.30pm – 9.30pm (setiap hari)

______________________________________________________________________

Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

 

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share