Bercuti penuh gaya di 10 hotel butik di Malaysia

Bercuti penuh gaya di 10 hotel butik di Malaysia

Berbeza dengan hotel rangkaian yang memberikan aura yang sama tidak kira di mana anda berada, hotel butik terkenal dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Meskipun hotel butik memiliki bilangan bilik yang terhad, hiasan dalaman hotel butik lebih artistik dan kreatif. Kebanyakan hotel butik mengutamakan konsep kontemporari yang tampak lebih eksklusif, tetapi bersifat peribadi. Antara hotel butik pilihan kami:

1. Hotel 1825 Gallery | Bandaraya Melaka, Melaka

Sekiranya anda menginap di River Suite Room, anda dapat bersantai di beranda bilik sambil melihat panorama indah Sungai Melaka. Bermula sebagai sebuah gudang tepung yang diusahakan oleh pedagang berbangsa Cina, Hotel 1825 Gallery ini telah diubah suai dengan menggabungkan elemen Cina dan British dalam hiasan dalamannya. Suasana dalaman hotel cukup menenangkan dengan sentuhan kayu yang digilap, patung-patung yang diperbuat dari batu dan kehijauan taman.

Kadar penginapan bermula dari: RM140++

Saksikan pemandangan matahari terbenam di Sungai Melaka di Hotel 1825 Gallery

 

2. Hotel Merton | Ipoh, Perak

Dengan hiasan dalamannya yang elegan dan selesa, Hotel Merton bakal membuatkan anda berasa seakan-akan di rumah. Terletak hanya 15 minit dari Ipoh, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan tarikan pelancong seperti Kuil Sam Poh Tong dan Perkampungan Budaya Qing Xin Ling juga berdekatan dengan hotel ini.


Kadar penginapan bermula dari: RM110++

Jadikan percutian anda ke Ipoh lebih bergaya di Hotel Merton

 

3. Hotel Butik Batik | Kuching, Sarawak

Bukan hanya kemodenan hiasan dalaman Hotel Butik Batik yang menjadikannya salah satu hotel butik terkenal di Kuching, tetapi juga keramahan staf yang mengalu-alukan kedatangan anda. Singgah di Medan Selera Top Spot untuk santapan makanan tempatan yang enak dan Monumen Kucing, destinasi wajib untuk pencinta kucing.

Rates start from: RM250++

Penginapan penuh motif Sarawak di Hotel Butik Batik

 

4. Spices Boutique Residence | Georgetown, Pulau Pinang

Terdiri daripada empat bangunan kedai sejak zaman pra peperangan yang telah dibaik pulih oleh sekumpulan arkitek, hiasan dalaman hotel ini mengambil inspirasi bukan sahaja daripada budaya tempatan, tetapi juga Maghribi, Sepanyol dan India. Di Spices Boutique Residence, hiasan yang paling mencuri tumpuan tentunya pokok Bodhi yang sudah berdekad lamanya sehingga bergabung dengan dinding bangunan.

Laman dengan pokok Bodhi.
Pemandangan dari bumbung hotel.

Kadar penginapan bermula dari: RM170++

Beri penginapan anda satu kelainan dengan Spices Boutique Residence.

 

5. Hotel Butik Monaco | Kota Kinabalu, Sabah

Mudah untuk anda ke mana-mana dari Hotel Butik Monaco – boleh berjalan kaki ke Kota Kinabalu Waterfront, pusat sehenti untuk makanan dan hiburan atau singgah ke Pasar Gaya pada setiap hari Ahad untuk membeli kraftangan buatan penduduk tempatan atau makanan jalanan yang enak-enak belaka.

Kadar penginapan bermula dari: RM100++

Untuk penginapan bergaya mewah, bermalam di Hotel Butik Monaco.

 

6. Manhattan Business Hotel TTDI | Petaling Jaya, Selangor

Terletak di tengah-tengah bandar mewah di Kuala Lumpur, Manhattan Business Hotel TTDI membawa anda ke Manhattan dengan hiasan dalaman dan susun atur yang mengingatkan anda pada kesibukan bandar New York itu. Singgah di restoran dan kafe hipster dalam kawasan kejiranan atau terokai lebih jauh dengan menaiki MRT yang terletak lebih kurang 5 minit daripada hotel.

Kadar penginapan bermula dari: RM120++

Rasai pengalaman seakan-akan bandar New York di Manhattan Business Hotel TTDI.

 

7. Coffee Atelier | Georgetown, Pulau Pinang

Pengembaraan anda untuk menerokai dunia seni Pulau Pinang bermula di sini. Bangunan yang dahulunya merupakan bengkel saudagar kopi, justeru namanya, kini menjadi gabungan penginapan yang unik, menawarkan hidangan makanan yang diilhamkan dari Mediterranean, sebuah galeri seni dan muzium kopi.

Kadar penginapan bermula dari: RM350++

Alami gabungan tradisional dan moden di Coffee Atelier.

 

8. Hotel Butik Gold3 | Kuala Lumpur

Awas ‘kaki shopping’, anda tentu tidak dapat menahan diri daripada berbagai-bagai jenis pusat membeli-belah yang mengelilingi hotel, daripada harga yang berpatutan sehinggalah mewah. Hotel yang bertemakan kamera ini terletak di tengah-tengah Bukit Bintang menawarkan penginapan yang memudahkan perjalanan anda untuk menerokai Kuala Lumpur.


Kadar penginapan bermula dari: RM110++

Bermalam di tengah hiruk pikuk kota di Gold3 Boutique Hotel.

 

9. The Rucksack Caratel – Jonker Wing | Bandaraya Melaka, Melaka

Dengan tarikan dan aktiviti di sekitar bandar seperti Bangunan Stadthuys dan Persiaran Jonker dalam jarak berjalan kaki sahaja, The Rucksack Caratel akan memudahkan percutian anda di Melaka. Banyak sebab untuk jatuh cinta dengan hotel ini – hiasan dalaman yang berwarna-warni dan makan malam ala Barat yang lazat!

Berehat dalam buaian gantung.

Kadar penginapan bermula dari: RM240++

Lengkapi percutian ke Melaka dengan menginap di The Rucksack Caratel – Jonker Wing.

 

10. Rosa Malacca | Bandaraya Melaka, Melaka

Laman hotel.

Buat kaki bergambar dan selfie, menginap di Rosa Malacca memang pilihan yang tepat sekali. Penuhi Instagram anda dengan reka bentuk perindustrian yang kontemporari tetapi tetap ringkas. Bersantai sambil minum petang di halaman di tengah-tengah hotel – hiasan memukau dengan dinding bata merah, siling kaca tinggi.

Suite keluarga.  
Tempat bersantai.

Kadar penginapan bermula dari: RM190++

Penuhi Instagram anda dengan setiap sudut hotel di Rosa Malacca.

_____

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Nadhirah Hasnan.

110 Shares
Share110
Tweet
+1
Pin
Share