0

Traveloka MY

07 Dec 2018 - 5 min read

Aava Malacca Hotel: Penginapan berdekatan sungai di bandar bersejarah

Memandangkan akhir tahun makin tiba, mungkin ini masanya untuk anda bawa yang tersayang atau belanja diri sendiri untuk percutian yang anda tunggu-tunggu saban hari. Mungkin anda tak perlu lihat jauh-jauh, hanya ke Melaka.

Dengan gabungan pemandangan Sungai Melaka dan Jonker Walk yang jauhnya hanya 5 minit dengan berjalan kaki, Aava Malacca Hotel adalah penginapan yang dikelilingi tempat makan yang terbaik dan untuk menikmati lokasi bersejarah yang menarik di Melaka. Jom jalan-jalan di Pasar Malam Jonker Street?

Warna-warna yang cantik dimata

Hotel butik warisan ini terletak bersebelahan Sungai Melaka dan terdiri daripada tiga rumah kedai yang dibina sebelum perang namun telah dipulihara dan diberi perincian hiasan dalaman yang teliti. Anda akan dapat lihat jubin lantai yang klasik dan masih asli, termasuklah lamput candelier dan perabot-perabot dalaman hotel ini.

Sekitar hotel, anda akan dapat lihat dua mainan warna yang menyerlah iaitu kuning dan biru firus yang kelihatan cukup menarik apabila cahaya matahari memasuki ruang ini, yang juga terletaknya kawasan dewan makan. (Tip: kalau nak ambil gambar cantik, anda patut ke tingkat dua untuk mendapatkan sudut yang cantik - sangkar burung dan tingkap-tingkap.)

Sentuhan moden juga ditambah terutamanya dalam semua 15 bilik di hotel ini. Terdapat lapan jenis bilik termasuklah Bilik Klasik dengan katil king hingga Grand Suite dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan sungai dan Jakuzi.

Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen LED 43-inci, mesin kopi, pengering rambut, bar mini dan peti simpanan keselamatan. Tetamu juga mendapat akses untuk internet yang pantas. Sesetengah hotel warisan tampak gelap dan suram, tapi dinding yang dihiasi dengan warna-warna terang yang menceriakan persekitarannya.

Kolam dengan pemandangan menarik

Jika anda pernah menginap di Melaka, anda pasti tahu yang kebanyakan hotel yang berdekatan dengan Tapak Warisan UNESCO tidak menyediakan kolam renang kerana kawasan yang kecil. Tapi memandangkan Aava Malacca memiliki tiga bangunan, anda masih boleh meluangkan masa di kolam infiniti yang terletak di tingkat dua.

Sudah penat berjalan-jalan di bandar Melaka? Berehat di kolam renang sambil melihat pemandangan Sungai Melaka. Jangan risau kalau hujan atau panas kerana kolam ini berbumbung. (Ha, tak payah pakai krim pelindung matahari!)

Berbasikal sekitar bandar

Pada hari dengan cuaca baik, anda boleh berbasikal keliling Melaka yang tersedia untuk kegunaan tetamu mereka. Dua jam pertama tidak dikenakan caj, jadi anda bolehlah berkayuh hingga ke Jonker Street. Pesan makanan dan minuman sambil berehat daripada terik mentari di Limau-Limau Cafe, The Daily Fix dan Alley No. 5.

Tapi sebelum anda memulakan hari anda, luangkan sedikit masa untuk bersarapan di hotel. Pilih telur dadar, telur hancur, sosej atau pankek, dan makanan bergoreng lain seperti mi goreng dan nasi goreng. Jangan lupa ambil snek yang disediakan percuma di lobi hotel. Snek-snek seperti biskut gula, gula-gula berwarna warni dan wafer roll pasti mengimbau kenangan anda ketika kecil.

Untuk perjalanan yang menarik menyelusuri memori yang berdekatan kegemaran anda di Melaka, jom menginap di Aava Malacca Hotel!

Aktiviti untuk dilakukan di Melaka

Lokasi yang strategik terutama sekali berdekatan Jonker Walk, memudahkan anda untuk berjalan ke tarikan pelancong dan tempat aktiviti yang menarik. Ini antara pilihan kami jika anda menginap di Aava Malacca Hotel

Jalan-jalan sekitar Sungai Melaka

Dari pintu masuk hotel ini yang akan membawa anda terus ke sungai, anda boleh membuat pilihan untuk ke Jonker Walk, melalui rumah kedai yang dicat dengan mural atau anda boleh pergi ke sebelah kiri, menuju ke Kampung Morten.

Jika anda berjalan-jalan sekitar waktu matahari terbenam, anda akan dapat melihat jambatan dan rumah kampung diterangi lampu-lampu ketika malam berlabuh. Jangan lupa memberi lambaian mesra kepada penumpang yang lalu dengan bot!

Rasai kopi dari setiap negeri di Malaysia di Calanthe Art Cafe

Kafe ini sememangnya salah satu tempat makan di Jonker yang akan selalu kami singgah jika ke Melaka. Laksa Nyonya salah satu pilihan terbaik dan tak pernah mengecewakan. Ada juga pilihan nasi dan mi dengan harga berpatutan, dan tak lupa juga makanan Barat. Kalau anda tak pasti yang mana satu pilihan hati, pilih hidangan yang dicadangkan oleh restoran itu.

Untuk penghilang dahaga pula, 13 States Coffee kafe yang patut anda cuba. Menu di sini menawarkan kopi dari setiap negeri. Pilih sama ada yang panas, sejuk atau kegemaran kami di sini, minuman dengan ais yang dikisar dengan jeli kopi yang sedap. Jika ini kali pertama anda di sini, cuba minuman ais kisar Melaka! Sementara itu, hiasan dalaman kafe ini dihiasi mural pada dinding, poster yang penuh nostalgia dan bermacam lagi.

Calanthe Art Cafe

11, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka.

Waktu operasi: 9.00 pagi - 11.00 malam (Ahad-Khamis); 9.00 pagi - 12.00 pagi (Jumaat & Sabtu) | Dibuka setiap hari

Imbasan kembali ketika zaman kegemilangan budaya Peranakan di Imbasan Melaka

Pernah dikenali sebagai Nyonya Memoirs, Imbasan Melaka menyediakan kostum dan pakaian tradisional Baba Nyonya untuk anda cuba dan bergambar dengan pelbagai latar belakang babak harian dalam kehidupan komuniti Peranakan pada tahun 1920-an.

Setiap babak mempunyai perincian sejarah dan cerita seperti kedai yang menjual selipar manik hinggalah kedai runcit. Di bahagian tengah, terdapat rumput tiruan dan pokok-pokok untuk anda bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.

Imbasan Melaka

Level 3, Dataran Pahlawan Melaka Megamall

1880, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Waktu Operasi: 10.30 pagi - 6.00 petang (kemasukan terakhir: 5.00 petang) | Dibuka setiap hari

______________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka