9 hotel dan resort romantik yang mesra poket

9 hotel dan resort romantik yang mesra poket

14 Februari bakal tiba, selalunya kita rancang sesuatu yang mewah dan tersendiri untuk menunjukkan rasa hati dan penghargaan kepada yang tersayang, tapi selalunya perkara kecil yang selalunya lebih bermakna seperti meluangkan masa bersama mereka.

Jadi kenapa tidak hujung minggu ini pergi melancong ke destinasi yang luar biasa dan berikan layanan seumpama Raja atau Permaisuri di hotel-hotel dan resorts-resorts yang selesa ini?

Sabah Beach Villas & Suites | Kota Kinabalu, Sabah

Lihat matahari terbenam dari kejauhan melalui keselesaan di bilik anda di Sabah Beach Villas & Suites. Resort tepi pantai di Karambunai ini menawarkan pemandangan asyik Laut China Selatan dan sesuatu menyegarkan untuk cuti anda. Kota Kinabalu pula boleh diakses dengan memandu selama 45 minit, tapi dengan pemandangan semula jadi di keliling anda dan kemudahan yang mencukupi di sini, anda mungkin hanya mahu meluangkan masa di sini tanpa ke mana-mana.

Kadar bermula dari: Rm380++

Tempah penginapan.

*****

Lace Boutique Hotel | Johor Bahru, Johor

Apabila anda menjejakkan kaki ke Lace Boutique Hotel, suatu perasaan akan membawa anda seolah-olah ke istana mewah Perancis. Dilengkapi dengan perabot bertatahkan perincian warna emas yang rumit dan menarik, kemewahan yang ditonjolkan oleh hotel ini pasti akan membuatkan anda berasa seperti kerabat diraja.

Kadar bermula dari: RM310++

Tempah penginapan.

*****

Langkawi Seaview Hotel | Kuah, Langkawi

Mempunyai lokasi yang strategik ditengah-tengah pulau, hotel 3 bintang ini mengalu-ngalukan kedatangan anda dengan hospitaliti yang mesra setelah anda penat menjelajah tarikan dan lokasi menarik di Langkawi. Nikmati panorama pekan Kuah atau dengar bunyi deruan ombak berdekatan. Tarikan terdekat yang boleh anda lawati adalah seperti lanskap yang bertemakan kisah legenda rakyat, Lagenda Park dan Dataran Lang yang ikonik.

Kadar bermula dari: RM150++

Tempah penginapan.

*****

The Lakehouse Cameron Highlands | Cameron Highlands, Pahang

Lari dari kehangatan mentari di Malaysia dengan bersantai di Cameron Highlands. Resort butik dengan rekaan Tudor dan bangunan menyerupai rumah di perkampungan Inggeris. Bilik-biliknya juga dilengkapi dengan pendiangan api untuk anda bersantai di dalam bilik bersama pasangan anda dengan keselesaan katil empuk yang ditawarkan oleh resort ini.

Kadar bermula dari: RM650++

Tempah penginapan.

*****

 Iconic Hotel Prai Pulau Pinang  | Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Jika anda pasangan yang ‘hip’ dan ‘urban’, anda pasti suka hotel kontemporari ini. Dengan hiasan dalaman yang minimal serta layanan staf yang mesra, pasti anda gembira di sini. Pastikan anda tidak terlepas untuk berenang di kolam renang atas bumbung sambil menikmati pemandangan pulau pinang.

Kadar bermula dari: RM230++

Tempah penginapan.

*****

Rosa Melaka | Bandaraya Melaka

Walaupun banyak hotel-hotel butik di Melaka, Rosa Melaka tetap menyerlah lebih-lebih lagi dengan dekorasinya yang menggabungkan reakan perindustrian dan vintaj. Terletak di Bandaraya Melaka, segalanya mudah untuk anda menjelajah bandar warisan ini. Atau jika anda suka bergambar, anda boleh berjalan-jalan di sekitar hotel ini untuk mencari ‘spot’ cantik untuk gambar Instagram anda (seperti yang ramai tetamu lakukan).

Kadar bermula dari: RM190++

Tempah penginapan.

*****

1825 Gallery Hotel | Bandaraya Melaka

Stor tepung yang telah berubah menjadi hotel tepi sungai ini menawarkan pemandangan Sungai Melaka yang mengasyikkan. Hotel ini mengambil inspirasi daripada sejarah pelbagai budaya di Melaka yang jelas kelihatan dalam rekaannya. Para tetamu yang menginap di sini mudah untuk berjalan di tepi sungai sambil menghirup udara petang.

Kadar bermula dari: RM140++

Tempah penginapan.

*****

WEIL Hotel | Ipoh, Perak

Hotel kontemporari ini menawarkan sentuhan bergaya tapi masih mengekalkan unsur-unsur bandar itu. Hotel ini disambungkan dengan Pusat Membeli-belah Ipoh Parade, jadi anda tidak akan pernah bosan. Merancang untuk makan malam romantis? Kunjungi hotel atas bumbung, The Deck, yang menyediakan makanan fusion. Selepas itu, anda boleh menikmati pemandangan dari dek kolam renang atau bersantai di taman atas bumbung.

Kadar bermula dari: RM290++

Tempah penginapan.

*****

M Roof Hotel & Residences | Ipoh, Perak

M Roof Hotel & Residences adalah sebuah hotel moden yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Sentuhan hijau yang menenangkan dapat dilihat di sekeliling hotel, manakala bantal dan selimut yang dihiasi di dalam bilik akan membuatkan anda merasa seperti sedang tidur di atas awan.

Kadar bermula dari: RM170++

Tempah penginapan.

_____________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

90 Shares
Share90
Tweet
+1
Pin
Share