Asia Tenggara: 6 vila indah yang sesuai untuk percutian tahun baru anda!

Asia Tenggara: 6 vila indah yang sesuai untuk percutian tahun baru anda!

Tahun baru semangat pun baru untuk mengembara lebih jauh! Dan inilah masanya untuk bawa beg dan pergi bercuti ke tempat yang lebih relaks kerana anda berhak mendapat percutian yang anda inginkan!

Resort Banglo Narima | Koh Lanta, Thailand

Nikmati kedamaian di Resort Banglo Narima, yang terletak di teluk peribadi di Koh Lanta. Setiap banglo telah direka khas oleh arkitek untuk disesuaikan dengan hutan hujan yang terdapat di situ. Resort ini mempunyai 3 kolam renang, termasuk kolam renang infiniti, jakuzi, dan kolam renang kanak-kanak.

Tarikan popular: Taman Negara Koh Lanta, Sudut Pandangan Bukit Sunshine, Air Terjun Klong Chak.

Harga bermula dari RM520++

Tempah sekarang

*****

 

Vila Danoya Seminyak | Bali, Indonesia

Vila Danoya Seminyak sempurna untuk pasangan, keluarga, dan percutian bersama rakan-rakan. Reka bentuk dengan konsep terbuka vila-vilanya diilhamkan oleh pengaruh Mediterranean dan Bali. Seminyak yang trendy lebih ‘cool’ berbanding Kuta yang sibuk, jadi anda akan dapat menikmati percutian yang benar-benar santai.

Tarikan popular: Pantai Seminyak, Kuil Petitenget, Restoran La Laguna.

Harga bermula dari RM430++

Tempah sekarang

*****

 

Vila Butik Hoian | Hoi An, Vietnam

Setelah seharian menerokai bandar purba Hoi An, rehatkan kaki anda di Vila Butik Hoian. Terletak di lokasi pusat hanya 12 minit dari Tapak Warisan Dunia UNESCO, hotel dengan gaya kolonial ini juga menawarkan pemandangan indah Sungai Thu Bon.

Tarikan popular: Japanese Covered Bridge, Hoi An Riverside, Pasar Malam Hoi An.

Harga bermula dari RM220++

Tempah sekarang

*****

 

Vila des Palmes | Kep, Kemboja

Villa des Palmes yang mesra alam ini terletak di lembah yang menghadap ke Teluk Siam berhampiran dengan pesisir pantai Kep. Ia terdiri daripada dua vila yang menarik, masing-masing dengan kolam renang sendiri, dan dikelilingi oleh hutan tropika yang subur.

Tarikan popular: Pantai Kep, Taman Negara Kep, Pulau Arnab (Koh Tonsay).

Harga bermula dari RM2,000++

Tempah sekarang

*****

 

Vila Maly | Luang Prabang, Laos

Anda akan merasa seperti seorang raja atau ratu di Vila Maly. Vila ini pernah menjadi rumah diraja Lao. Kini, vila ini telah berubah menjadi sebuah hotel butik dengan gaya dekorasi seninya memancarkan keanggunan. Nikmati barbeku Lao yang dibuat khas menggunakan daging dengan perapan istimewa dan makanan laut segar, sambil bersantai di tepi kolam renang.

Tarikan popular: Muzium Istana Diraja, Gunung Phousi, Air Terjun Kuang Si.

Harga bermula dari RM1,000++

Tempah sekarang

******

 

Vila Rimba Hang Kasturi | Melaka, Malaysia

Jika anda lebih suka menginap di tempat yang lebih dekat dengan rumah, jadi Melaka adalah jawapan anda. Diubah daripada kedai runcit lama, Vila Rimba Hang Kasturi telah dikembalikan menjadi sebuah vila yang luas, lengkap dengan halaman dan kolam renang peribadi. Lokasi strategiknya yang terletak berhampiran dengan Jonker Street menjadikan vila ini penginapan yang ideal.

Tarikan popular: Pasar Malam Jonker Street, Istana Kesultanan Melaka, Muzium Warisan Baba Nyonya.

Harga bermula dari RM1,300++

Tempah sekarang

——–

Tapi tunggu dulu, sebelum anda tempah hotel dan penerbangan, pastikan anda lihat tawaran Traveloka yang sedang berlangsung untuk mendapat diskaun hebat!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

21 Shares
Share21
Tweet
+1
Pin
Share