Penginapan Hebat

5 pilihan terbaik untuk hotel yang mesra Muslim

Islam ialah agama yang paling pantas berkembang, dengan lebih 1.8 bilion umat Islam seluruh dunia, menjadikan mereka pengguna utama dalam pasaran.

Dari segi pelancongan antarabangsa, pelancong Muslim adalah antara yang banyak berbelanja. Menurut kajian yang dijalankan oleh MasterCard dan CrescentRating, penguasa dalam pelancongan Halal, nilai pasaran pelancong Muslim dijangkakan mencapai US$220 bilion pada tahun 2020.

Faktor ini tentulah telah membawa kepada peningkatan dalam pelancongan mesra Muslim. Hotel dan resort yang mesra Muslim menyediakan makanan halal, bilik sembahyang, kolam berasingan untuk lelaki dan wanita, kemudahan spa, dan kadangkala pantai peribadi untuk wanita dan kanak-kanak.

Kepelbagaian budaya dan ketersediaan bagi umat Islam juga telah menjadikan negara-negara terutamanya di Asia, sebagai destinasi kegemaran dikalangan pengembara Muslim.

Kalau anda tercari-cari penginapan yang mengikut Shariah untuk percutian anda, lihat pilihan hotel mesra Muslim yang terletak di destinasi popular:

Al Meroz Hotel (4*) l Bangkok, Thailand

Hotel ini terletak di daerah Suan Luang di timur pusat bandar, anda hanya perlu berjalan 10 minit sahaja dari Stesen Link Lapangan Terbang Ramkhamhaeng dan jika anda memandu, anda memerlukan 25 minit dari Bandar Lama.

Makanan yang dihidangkan adalah Halal dan alkohol tidak tersedia di hotel ini. Bilik hotel juga dilengkapi dengan sejadah, Qur’an, dan arah Qiblat.

Fairmont Singapore (5*) l Singapura

Fairmont Singapore terletak betul-betul di kawasan tarikan pelancong di Marina Bay dan merupakan antara hotel di Singapura yang memiliki sijil Halal untuk restorannya (Asian Market Cafe). Asian Market Cafe menawarkan pelbagai hidangan ala buffet.

Hotel ini terletak di seberang Pusat Membeli-Belah Raffles City dan anda tidak perlu berpenat lelah untuk sampai kerana anda hanya perlu berjalan dalam 1 minit dari Stesen MRT City Hall.

Arah Qiblat, jadual waktu sembahyang dan sejadah juga tersedia atas permintaan tetamu.

Harbour Grand Hong Kong (5*) l Hong Kong

Harbour Grand sesuai untuk anda yang sukakan pemandangan Causeway Bay kerana ia terletak di kawasan tersebut. Anda akan dapat menikmati pemandangan indah Perlabuhan Victoria hanya dari tingkap bilik hotel anda.

Stesen MRT Fortress Hill juga hanya 5 minit dari hotel, sementara Stesen Victoria Park hanya 9 minit jika anda berjalan kaki.

Hotel ini antara sedikit hotel yang menawarkan menu Halal istimewa di restoran atau pesanan makanan di bilik.

Svarga Resort Lombok (4*) l Lombok, Indonesia

Resort mewah yang berpatutan ini terletak berdekatan dengan pulau yang sibuk dengan pelancong di Senggigi. Percutian pulau ini juga hebat kerana resort ini menawarkan spa untuk anda berehat.

Mood datang untuk melihat pulau-pulau? Naik bot dan jelajah Pulau Gili yang terletak 30 minit dari resort ini.

Semua makanan yang dihidangkan adalah Halal dan tiada alkohol dihidangkan.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park (4*) l Kuala Lumpur, Malaysia

Suka untuk melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan destinasi pelancongan lain di bandar ini, menginaplah di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park yang terletak berdekatan sahaja dengan tarikan pelancong di atas.

Stesen LRT Ampang Park juga tidak jauh dari hotel dan jika anda berminat untuk bersiar-siar di taman KLCC, jalan sahaja ke sana lebih kurang 10 minit sahaja dari hotel ini.

Makanan di hotel ini semuanya halal dan tidak menyediakan alkohol. Gimnasiumnya juga mempunyai slot disebelah petang khas untuk tetamu wanita.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share