Malaysia: 15 hotel yang dekat dengan ‘port’ makanan sedap!

Malaysia: 15 hotel yang dekat dengan ‘port’ makanan sedap!

Rakyat Malaysia, begitu sinonim dengan makanan. Ada saja ‘port’ baru yang rakyat Malaysia mahu cuba walau sejauh mana pun mereka perlu pergi.

Semua orang ada senarai kegemaran mereka sendiri untuk tempat yang mereka ingin bercuti dan makanan untuk dimakan, jadi kami telah menyusun senarai hotel yang berguna di tempat-tempat makanan yang popular dan sedap untuk anda yang suka makan:

Kuala Lumpur

Ramada Suites Kuala Lumpur

Jika anda orangnya yang suka berjaga malam dan suka lepak di luar, jadi Changkat Bukit Bintang ialah tempat anda. Dengan menginap di Ramada Suites, anda hanya perlu berjalan selama 3 minit ke hub ‘kehidupan malam’ yang meriah tanpa perlu risau tentang kenderaan untuk pulang. Ia juga popular di kalangan keluarga kerana lokasinya yang strategik berhampiran tarikan pelancong utama di KL.

Harga bermula dari: RM270++

Tempah penginapan!

*****

 

Crown Regency Serviced Suites

Sangat dekat dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Crown Regency Serviced Suites menawarkan pelbagai pilihan restoran berdekatan dengannya seperti Senya Izakaya, Samad Al Irazi dan Skillet At 163. Suite yang luas ini menyediakan bilik yang cukup untuk anda membawa pencinta makanan yang lain bersama anda sambil menikmati pemandangan bergemerlapan Menara Kembar Petronas.

Harga bermula dari: RM180++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel Imperial Bukit Bintang

Terletak betul-betul ditengah Bukit Bintang, segala makanan enak ada di Jalan Alor dan pelbagai restoran Timur Tengah ada di depan mata. Lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk berjalan kaki ke pusat membeli-belah seperti Pavilion, Lot 10, Berjaya Times Square, sementara stesen MRT Bukit Bintang hanya lima minit saja.

Harga bermula dari: RM110++

Tempah penginapan!

*****

 

Penang

Hotel Sunway Georgetown Pulau Pinang

Terletak di Lorong Baru berdekatan Jalan Macalister, Hotel Sunway Georgetown bersebelahan pusat komersial bandar itu dan beberapa minit saja dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Untuk rasa asli Pulau Pinang yang murah dan tentunya sedap, lihat kedai penjaja di New Lane di hujung jalan. Semuanya ada di situ – char kuey teow, kepak ayam, dan mi wantan.

Harga bermula dari: RM230++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel G Kelawai

Anda belum betul-betul mengenali Pulau Pinang kalau anda belum mencuba makanan di Gurney Drive. Pada sebelah malam, kedai-kedai makan dan restoran di tepi pantai ini menjadi ‘hidup’. Jadi selepas makan malam, anda bolehlah berjalan-jalan sambil menghirup udara tepi pantai yang segar. Berada di antara Gurney Plaza dan Gurney Paragon, anda tak akan bosan dengan pilihan makanan yang banyak ketika anda menginap di Hotel G Kelawai.

Harga bermula dari: RM480++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel Areca

Jika anda inginkan penginapan yang seakan di rumah tapi dengan tambahan dekorasi warisannya, pilihlah Hotel Areca. Mempunyai servis dan hospitaliti yang baik dan lokasi yang strategik, malah Penang Road Famous Teochew Chendul, kegemaran orang tempatan ini betul-betul di belakang hotel ini. Terdapat juga banyak kopitiam untuk anda cuba sarapan tradisionalnya seperti kopi kaw dan roti kaya.

Harga bermula dari: RM310++

Tempah penginapan!

*****

 

Ipoh

The Happy 8 Retreat @ Old Town

Jika anda gemarkan citarasa lama dan baru seperti rasa tradisional dim sum dan tau fu fah serta gabungan rasa fusion dan Barat di kafe hipster, hotel dengan rekorasi bohemian ini pasti kena dengan citarasa anda. Disebabkan lokasinya yang berada di Old Town atau Bandar Lama Ipoh yang bersejarah, semuanya tidak jauh dari hotel ini.

Harga bermula dari: RM300++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel Ban Loong

Hotel warisan yang menarik ini juga terletak di Old Town Ipoh. Kalau anda penggemar makanan sihat seperti makanan vegetarian, anda pasti gembira menginap di Hotel Ban Loong kerana Kedai Kopi Enam Belas yang berdekatan menyediakan makanan jenis ini. Anda juga patut mencuba kopi putih yang popular di Nam Heong White Coffee, dua minit saja dari hotel dengan berjalan kaki.

Harga bermula dari: RM70++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel Bedrock

Tak lengkap lawatan anda ke Ipoh kalau tak cuba ayam taugeh, jadi tetamu di Hotel Bedrock memang beruntung kerana hotel terkenal yang menyediakan hidangan ini hanya lima minit dari hotel. Dan restoran yang lebih dekat ialah Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung – tentunya hidangan yang orang Malaysia gemari!

Harga bermula dari: RM250++

Tempah penginapan!

*****

 

Johor Bahru

Amari Johor Bahru

Terletak di Jalan Trus berdekatan pusat komersial bandar, tetamu di Amari Johor Bahru mempunyai akses yang mudah ke pusat membeli-belah popular seperti JBCC, City Square, dan Komtar JB. Jangan lupa membeli kek pisang yang segar dari Hiap Joo Bakery, 10 minit dari hotel. Atau mencuba mee rebus popular di Mee Rebus Stulang Laut yang berada Jalan Dataran Larkin.

Harga bermula dari: RM200++

Tempah penginapan!

*****

 

Belllo Hotel JB Central

Eh tak lah, itu bukan typo – memang ada tiga L dalam nama Hotel Belllo yang mewakili dedikasi hotel ini dalam menyediakan “a great Location, a fantastic Lifestyle and a Lasting impression” (Lokasi hebat, Gaya hidup fantastik dan Kesan yang berkekalan). Terdapat juga banyak pilihan makanan yang berada di sekeliling lokasi hotel ini, dari kopitiam hinggalah restoran India. Restoran Chicken Chop Hainanese Hua Mui juga digemari ramai, malah Sultan Johor juga pernah makan di sini.

Harga bermula dari: RM130++

Tempah penginapan!

*****

 

Mutiara Johor Bahru

Terletak di daerah perniagaan di bandar itu, Restoran Meisan Szechuan di Mutiara Johor Bahru terkenal dengan dim sum halal yang dihidangkan. Berdekatan, KSL City Mall juga menyediakan restoran pelbagai jenis.

Harga bermula dari: RM200++

Tempah penginapan!

*****

 

Kuching

Hotel Grand Margherita

Menawarkan pemandangan indah Kuching Waterfront kepada tetamunya, Hotel Grand Margherita yang terletak berdekatan pusat membeli-belah dan tempat makan. Untuk merasai makanan laut yang paling segar, singgah di Lin Loong Seafood di Top Spot Food Court untuk masakan ala Cina.

Harga bermula dari: RM130+

Tempah penginapan!

*****

 

Threehouse Bed & Breakfast

Dinding yang dicat dengan warna merah di Threehouse Bed & Breakfast pasti mengundang selera anda dan yang bagusnya gerai-gerai penjaja ada di mana saja sekitar sini. Berdekatan juga, deretan kafe di Carpenter Street untuk yang mahu suntikan kafein. Main Bazaar dan Kuching Waterfront juga hanya lima minit dengan berjalan kaki.

Harga bermula dari: RM20++

Tempah penginapan!

*****

 

Hotel Batik Boutique

Jalan Pandungan terkenal sebagai syurga makanan di Kuching. Teresa Laksa menghidangkan laksa Sarawak dan Mi Kolo yang halal. Anda hanya perlu berjalan empat minit dari Hotel Batik Boutique, begitu juga untuk ke restoran Mohammad Lim yang menghidangkan Mi Ayam Cendawan yang di ‘tarik’ sendiri.

Harga bermula dari: RM230++

Tempah penginapan!

—–

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

32 Shares
Share32
Tweet
+1
Pin
Share