Penginapan Hebat

15 hotel dan resort yang dekat dengan taman tema di Malaysia

Apabila cuti sekolah tiba, normallah kalau anak-anak rasa tak senang duduk dan mula buat perangai kalau mereka terpaksa duduk di rumah sahaja. Jalan penyelesaiannya? Percutian keluarga!

Taman tema selalu dipilih oleh keluarga dan anak-anak sebagai destinasi percutian kerana ada pelbagai aktiviti untuk sekeluarga. Ini dia pilihan penginapan selesa untuk keluarga anda yang dekat saja dengan tama tema seluruh Malaysia:

 

Sunway Lagoon

Sunway Pyramid Hotel

Sunway Lagoon sudah menjadi taman hiburan yang popular di Malaysia sejak awal 90-an – ia percutian pendek untuk banyak keluarga di Lembah Klang. Berdekatan ialah Sunway Pyramid, pusat membeli-belah dan anda patut menginap di Sunway Pyramid Hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belahnya dan berhampiran pintu masuk pantai taman tema itu. Untuk keluarga, Bilik Family dan Bilik Suites tersedia.

Kadar bermula dari: RM470++

Tempah sekarang!

*****

 

Sunway Clio Hotel

Sebagai tambahan terbaharu kepada trio Hotel Sunway City di Selangor, Sunway Clio Hotel menawarkan sesuatu yang baru dan kontemporari. Tetamu mempunyai akses mudah ke sebelah barat Sunway Pyramid dan terletak tepat di sebelah pintu masuk utama Sunway Lagoon. Kolam renang dibahagian luar hotel ini juga memberikan gambar yang cantik untuk Instagram anda dengan Sunway Lagoon dan pemandangan bandar sebagai latar belakangnya.

Kadar bermula dari: RM490++

Tempah sekarang!

******

 

Sunway Resort Hotel & Spa

Untuk ‘staycation’ yang sempurna, tempah penginapan anda di Sunway Resort Hotel & Spa. Resort 5 bintang ini menampilkan Spa Mandara yang mengambil inspirasi dari Bali yang bakal membuatkan anda berasa seperti di kedamaian Ubud. Sementara itu, anak-anak boleh bermain di kolam yang mempunyai lanskap seperti laut buatan.

Kadar bermula dari: RM540++

Tempah sekarang!

 

Legoland / Sanrio Hello Kitty Town

Somerset Medini Iskandar Puteri

Somerset Medini Iskandar Puteri terletak betul-betul di seberang jalan dari Legoland, jadi anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari lobi ke pintu masuk Legoland. Apartmen-apartmen servis tersedia dalam pelbagai saiz, dari studio ke pangsapuri tiga bilik tidur, membolehkan tetamu dengan jumlah kumpulan kecil atau keluarga besar menikmati kemudahannya. Setiap apartmen dihiasi dengan gaya dilengkapi dengan dapur yang lengkap, ruang tamu yang berasingan, bilik mandi dan kemudahan moden yang lain.

Kadar bermula dari: RM300++

Tempah sekarang!

*****

 

Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri

Sekiranya anda mahukan lebih pilihan untuk hiburan anda, anda hanya perlu berjalan selama 10 minit  untuk ke Legoland dari Puteri Harbour. Terletak di tepi pantai, Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri dikelilingi oleh kedai-kedai untuk membeli-belah dan pelbagai restoran, dan mempunyai pemandangan pelabuhan yang indah. Selain Legoland, terdapat juga Sanrio Hello Kitty Town dan taman tema dibahagian dalam yang pasti buat anak-anak anda gembira.

Kadar bermula dari: RM310++

Tempah sekarang!

*****

Holi Afiniti Themed Suites

Sukakan mural yang berwarna-warni seperti yang biasanya anda lihat di jalan-jalan di George Town dan Kuala Lumpur? Jadi anda akan seronok menginap di Holi Afiniti Themed Suites, yang menawarkan suite pelbagai bilik yang dilukis dengan mural yang menarik perhatian terutamanya ikon filem kegemaran anda. Ambil pilihan dari suite yang tersedia ialah Ironman, Minion daripada Despicable Me, atau kapal angkasa Star Wars seperti Millennium Falcon dan TIE Fighter.

Kadar bermula dari: RM350++

Tempah sekarang!

*****

 

Lost World of Tambun

Sunway Lost World Hotel

Taman tema Lost World of Tambun membawa bersinar kepada bandar Ipoh dengan membawa keluarga dari seluruh Malaysia dan luar negara. Jika tumpuan utama percutian anda adalah taman tema, maka anda patut menginap di Sunway Lost World Hotel, kerana anda hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit untuk ke taman tema. Oleh kerana hotel ini sangat dekat, anda boleh berehat dan menikmati pertunjukan dan persembahan pada sebelah petang. Setiap bilik akan menerima 2 tiket percuma (Lost World Hot Springs dan Spa By Night) dengan penginapan semalam.

Kadar bermula dari: RM160++

Tempah sekarang!

*****

 

Golden Roof Hotel Sunway

Untuk penginapan yang sangat berpatutan dan selesa, Golden Roof Hotel Sunway adalah alternatif yang tepat. Anda hanya perlu memandu kurang dari 5 minit dari Lost World of Tambun. Tempat makan dengan pelbagai restoran yang berdekatan, seperti restoran Thailand dan makanan laut serta masakan Barat.

Kadar bermula dari: RM90++

Tempah sekarang!

*****

 

The Haven Resort Hotel Ipoh

Dikelilingi oleh batu kapur yang mengagumkan dan terletak di tengah-tengah hutan hujan, The Haven Resort Hotel benar-benar adalah ‘permata tersembunyi’. Walaupun dikelilingi tempat kehijauan hutan hujan yang tebal, para tetamu tidak perlu susah-susah, kerana hotel ini dilengkapi dengana akses keselesaan dan kemudahan 5 bintang seperti kolam renang infiniti yang direka khas, kemudahan sukan dan spa mewah.

Kadar bermula dari: RM280++

Tempah sekarang!

*****

 

MAPS

Casuarina Meru

Terletak kira-kira 20 minit dari utara pusat bandar Ipoh, Movie Animation Park Studios (MAPS) adalah salah satu taman tema terbaru di Malaysia, dengan lebih daripada 40 tarikan. Jika MAPS berada dalam senarai mesti lawat semasa cuti sekolah, maka anda harus menempah penginapan moden di Casuarina Meru. Hotel ini menyediakan perkhidmatan ulang-alik yang mudah ke MAPS, yang terletak hanya 5 minit dari hotel.

Kadar bermula dari: RM200++

Tempah sekarang!

*****

 

Valya Hotel

Hotel 3-bintang yang masih baru ini mempunyai bilik keluarga yang luas dan pangsapuri yang selesa untuk menampung sehingga empat orang tetamu. Anda hanya perlu memandu selama 6 minit dari MAPS. Hotel ini terletak di Bandar Meru Raya, yang juga mempunyai banyak pilihan restoran. Hiasan vintaj yang mesra dan mengalu-alukan di bilik-biliknya menjadikannya sesuatu yang selesa selepas seharian berhibur di MAPS.

Kadar bermula dari: RM100++

Tempah sekarang!

*****

 

Clover Hotel Ipoh

Tidak terlalu memilih penginapan anda, selagi ia bersih, selesa dan memudahkan? Jadi anda patut cuba Clover Hotel Ipoh. Harganya yang murah tidak bermakna hotel ini tidak menghiraukan perkhidmatannya, kerana ia memastikan setiap keperluan tetamu dipenuhi dengan cepat dan dengan senyuman.

Kadar bermula dari: RM70++

Tempah sekarang!

*****

 

A’Famosa

A’Famosa Resort Hotel

A’Famosa adalah resort utama di Melaka, termasuk taman haiwan, taman tema air yang meriah, taman koboi yang sensasi dan kedai membeli-belah premium (shopaholic boleh menikmati terapi beli-belah). Untuk penginapan yang paling menyenangkan, daftar masuk ke A’Famosa Resort Hotel, yang menghadap ke padang golf.

Kadar bermula dari: RM310++

Tempah sekarang!

*****

Walaupun hotel-hotel dan resort-resort ini sedikit jauh dari taman tema, kami tetap rasa ia berbaloi untuk anda pertimbangkan 😀

 

Amverton Heritage Resort

P

Terletak di Ayer Keroh dan hanya beberapa minit dari jalan keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan, Amverton Heritage Resort adalah pilihan yang hebat untuk hujung minggu bersama keluarga. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk anak-anak dengan taman tema air kanak-kanak dan taman, serta bilik permainan. Di luar resort, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan, seperti Taman Rama-rama Melaka dan Pusat Perlindungan Reptilia serta Zoo Melaka dan Safari Malam.

Kadar bermula dari: RM190++

Tempah sekarang!

*****

 

 

The Shore Hotel & Residences

Terletak betul-betul di tengah-tengah Bandaraya Melaka, amat mudah untuk anda menjelajah bandar bersejarah ini, kerana kebanyakan tarikan pelancong boleh diakses dengan berjalan kaki. Penginapan mewah di Shore bermakna anda akan bercuti dengan bergaya juga. Jika anda menyukai kolam renang, anda tentu mahu melompat ke kolam renang rekreasi yang tersedia seperti kolam renang kanak-kanak, kolam renang panjang dan kolam renang Jakuzi, yang semuanya menawarkan pemandangan indah bandar Melaka.

Kadar bermula dari: RM210++

Tempah sekarang!

_________________________________________________________________________

 

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

106 Shares
Share106
Tweet
+1
Pin
Share