12 hotel yang terletak betul-betul di kawasan warisan budaya Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh

12 hotel yang terletak betul-betul di kawasan warisan budaya Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh

Mungkin ada sesuatu tentang tempat bersejarah, bandar lama dan tapak warisan sebuah bandar yang membina imaginasi. Ketika anda berjalan-jalan dengan dikelilingi oleh seni bina lama atau tinggalan sejarah, anda pasti berasa seperti dibawa ke zaman silam.

Bandar-bandar di Malaysia kaya dengan sejarah dan budaya mungkin tidak seperti Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh. Warisan mereka yang unik masih terpelihara sehingga kini, menjadikan ia sebahagian khazanah budaya yang perlu dilihat. Jika anda masih buntu untuk memilih hotel untuk percutian anda yang akan datang, lihat pilihan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang kami pilih:

Pulau Pinang

Seven Terrace Hotel

Seven Terraces Hotel terdiri daripada tujuh rumah teres yang diubah menjadi hotel butik yang dibaik pulih dengan cukup indah sekali. Tetamu dapat merasai aura sejarah Pulau Pinang dengan gambaran yang baik dari segi ukiran kayu dan penggunaan perabot kayunya. Terletak di Stewart Lane, anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke kafe dan gerai-gerai makanan di Lebuh Chulia dan untuk ke Rumah Agam Peranakan Pinang, hanya 6 minit perjalanan.

Kadar bermula dari: RM610++

Tempah penginapan

*****

Nam Keng Hotel

Terletak di kawasan Cintra Street, rumah kedai peninggalan selepas perang ini berdekatan saja dengan Masjid Kapitan Keling yang hanya enam minit dengan berjalan kaki. Anda boleh singgah sebentar di Pasar Chowrasta dan memborong jeruk buah.

Kadar bermula dari: RM190++

Tempah penginapan

*****

Royale Chulan Pulau Pinang

Tetamu di Royale Chulan Pulau Pinang dapat menikmati pemandangan laut yang luas yang memisahkan Pulau Pinang dari tanah besar. Terletak di Weld Quay, hotel ini menjanjikan suasana nyaman tepi pantai yang menyegarkan di esplanade berdekatan Fort Cornwallis. Untuk makan, anda juga tidak perlu berjalan jauh kerana tempat ini berdekatan dengan fourt court. The Clan Jetties juga hanya 10 minit dari sini.

Kadar bermula dari: RM210++

Tempah penginapan

*****

Eastern & Oriental Hotel

Satu lagi hotel dengan pemandangan laut ialah Easatern & Oriental Pulau Pinang, hotel mewah dengan tema warisan ini telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah negeri ini. Dibuka sejak 1885, perkhidmatannya yang terbaik yang sangat terkenal. Kuil Thean Hou, salah satu kuil tertua dan terbesar di Asia Tenggara, hanya 7 minit dengan berjalan kaki.

Kadar bermula dari: RM700++

Tempah penginapan

*****

Bayview Hotel Georgetown Pulau Pinang

Berdiri megah diseberang jalan dari Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Blue Mansion), ialah Bayview Hotel. Berdekatan dengan Leith Street yang dahulunya pernah menjadi tempat hartawan kaya Hakka, dan kini anda masih boleh mengagumi struktur bangunannya yang masih terpelihara. Untuk menikmati pemandangan George Town dari atas, buat tempahan meja di Restoran Three Sixty Revolving.

Kadar bermula dari: RM230++

Tempah penginapan

*****

__________________________________________________________________

Melaka

Quayside Hotel

Suit (Pemandangan sungai)

Di Quayside Hotel, anda akan dapat menikmati pemandangan Sungai Melaka yang tiada tandingannya, sementara Jonker Street dan Red Square hanya beberapa minit sahaja dari hotel. Hotel butik moden bertaraf tiga bintang ini juga mempunyai Halia Inc., restoran dan bar kopi untuk para tetamunya bersantai sambil menghirup secawan kopi panas malah menjamu selera dengan bertemankan pemandangan indah.

Kadar bermula dari: RM130++

Tempah penginapan

*****

Styles Hotel Melaka

Kalau anda mahu ke kafe atau kedai-kedai di Jonker Walk, anda pasti mahu menginap di hotel ini. Hotel butik 5 tingkat ini mempunyai bilik yang kemas dan selesa malah menggabungkan jubin Portugis seolah-olah mengimpau kembali pemerintahan negara itu 130 yang lalu. Semantara itu, keramahan serta hospitaliti yang baik di hotel ini juga akan buat anda mahu datang untuk menginap di sini lagi.

Kadar bermula dari: RM170++

Tempah penginapan

*****

Timez Modern Heritage Hotel

Bilik Dutch Square ini di inspirasi daripada Red Square yang berdekatan.

Seperti permata yang tersembunyi, hotel butik ini tersorok jauh di Jalan Hang Kasturi yang tenang. Bilik-biliknya direka dengan tema seni yang memberi penghormatan kepada budaya warisan Melaka yang pelbagai, seperti Peranakan, Portugis dan Belanda. Dekorasi yang comel di SuperRabbit Cafe juga akan membuat anda tersenyum.

SuperRabbit Cafe.

Kadar bermula dari: RM170++

Tempah penginapan

*****

Aava Malacca Hotel

Mempunyai gabungan unsur lama dan baru yang baik, Aava Malacca Hotel menerapkan motif Peranakan dalam penyediaan perabot serta rekaan sementara menambahkan elemen moden. Pada hujung minggu, anda boleh berjalan-jalan di Jonker Street yang berdekatan.

Kadar bermula dari: RM210++

Tempah penginapan

*****

Gingerflower Boutique Hotel

Tidak jauh dari Muzium Warisan Baba Nyonya dan terletak di Jalan Tun Cheng Lock, anda boleh mempelajari banyak tentang keluarga tradisional Baba Nyonya dan kehidupan seharian mereka.

Hotel dengan lantai dan perabot kayu, serta motif batik pada cadar katil dalam bilik, memberikan aura tradisional Melayu.

Kadar bermula dari: RM200++

Tempah penginapan

__________________________________________________________________

Ipoh

Brick Box Hotel

Hotel butik yang unik ini terletak di Jalan Panglima di Bandar Lama Ipoh, betul-betul di tengah-tengah Jejak Warisan Ipoh. Menara Jam Memorial Birch terletak di seberang jalan, manakala Stesen Keretapi Ipoh yang ikonik berada dalam jarak enam minit sahaja. Para tetamu juga mudah untuk ke Concubine Lane yang popular.

Kadar bermula dari: RM100++

Tempah penginapan

*****

Z Hotel Ipoh

Z Hotel mungkin kelihatan seperti sebuah hotel di Manhattan pada tahun 1920 di luar (lengkap dengan surat lamaran besar), tetapi di dalamnya, ia mempunyai perabot moden dan reka bentuk yang mewah. Anda tidak akan menjadi pilihan ketika pergi ke tempat makan, kerana ia dikelilingi oleh kopitiams dan kafe yang berlimpah.

Kadar bermula dari: RM110++

Tempah penginapan

Z Hotel mungkin kelihatan seperti Hotel Manhattan pada tahun 1920-an pada bahagian luarnya, tapi pada bahagian dalamnya, ia mempunyai perabot moden dan reka bentuk yang mewah. Anda tidak akan kehabisan idea untuk mencari tempat makan, kerana hotel ini dikelilingi oleh kopitiam dan kafe.

__________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

83 Shares
Share83
Tweet
+1
Pin
Share