11 hotel dan resort di Malaysia dengan kolam yang dikelilingi pemandangan indah

11 hotel dan resort di Malaysia dengan kolam yang dikelilingi pemandangan indah

Apabila anda bayangkan percutian impian anda, adakah anda membayangkan anda sedang berenang dalam kolam atau bersantai atas kerusi di tepi kolam?

Ha, kalau ini sebahagian daripada angan-angan atau impian anda, kami ada kolam yang sesuai untuk anda:

 

WEIL Hotel

WEIL Hotel menampilkan keanggunan serta stail melalui reka bentuk kontemporarinya. Kolam renang hotel ini juga termasuk dalam kategori ini. Kolam renang atas bumbung  di sini menawarkan pemandangan sepenuhnya bandaraya Ipoh dan bukit-bukau batu kapur yang indah. Hotel ini bersambung dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade dan berdekatan dengan Bandar Lama Ipoh. Jadi hotel ini sangat sesuai bagi pelancong yang ingin merasai suasana Ipoh lama dan baru.

Kadar bermula dari: RM340++

Tempah sekarang!

*****

 

The Haven Resort Hotel Ipoh – All Suites

Terletak di antara bukit batu kapur yang popular di Ipoh, The Haven ialah permata tersembunyi yang anda mungkin tidak mahu orang lain tahu. Dikelilingi kehijauan hutan dan tasik yang tenang, tetamu dapat memanjakan diri dengan fasiliti bertaraf 5 bintang di sini termasuklah kolam renang bentuk kuda laut yang lengkap dengan jakuzi, kolam santai, kolam kanak-kanak dan kolam randuk.

Kadar bermula dari: RM480++

Tempah sekarang!

*****

 

The Banjaran Hotsprings Resort

Manjakan diri anda dengan percutian spa di resort mewah pertama di Malaysia yang mempunyai kolam air panas semula jadinya sendiri. Keistimewan yang ditawarkan di resort ini akan memberikan pengalaman secara individual yang direka untuk memaksimumkan kualiti rehat dan pemulihan minda dan fizikal untuk tetamunya. Garden Villa menyediakan latar belakang semula jadi di kolam terjun luaran, manakala kolam air panas di luar pula kaya dengan mineral geothermal dari sumber mata air panas. Sekiranya anda boleh tahan dengan suhu yang lebih panas, cubalah berendam dalam kolam rendam yang mempunyai pemandangan tasik yang indah.

Kadar bermula dari: RM250++

Tempah sekarang!

*****

 

Hard Rock Hotel Pulau Pinang

Hotel yang terletak di Batu Ferringhi ini adalah pilih popular di kalangan keluarga. Kalau anda pencinta muzik terutama sekali muzik rock ‘n’ roll, anda pasti terhibur dengan pelbagai penghormatan muzik yang kelihatan di hotel ini termasuklah rekaan kolam renang yang direka untuk memperingati pelbagai ikon rock. Kolam renangnya adalah kolam renang bebas terbesar di Malaysia Utara, di mana anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti di kolam renang atau menyewa cabana sendiri untuk privasi.

Kadar bermula dari: RM440++

Tempah sekarang!

*****

 

Lone Pine Hotel

Batu Ferringhi memang destinasi popular tumpuan pelancong, jadi untuk mencari hotel yang tenang dan kurang tumpuan orang ramai agak susah. Tapi, di Lone Pine Hotel, ketenangan ialah sebab utama hotel butik mewah ini jadi idaman ramai. Bukan itu saja, hotel ini juga menghadiahkan pemandangan Laut Andaman yang terbentang luas dihadapan mata. Berehat sebentar dalam khemah ‘teepee’ di tepi kolam sambil menghirup udara laut yang segar.

Kadar bermula dari: RM450++

Tempah sekarang!

*****

 

Flamingo Hotel by The Beach Pulau Pinang

Tanjung Bungah merupakan destinasi tepi pantai yang sangat disukai di Pulau Pinang dan hanya setengah jam dari George Town. Jika anda sudah puas bermain di pantai, kolam renang di Flamingo Hotel by the Beach menawarkan bermacam lagi: makan di Bar Beach atau melonggarkan otot anda di jakuzi luaran.

Picture

Kadar bermula dari: RM210++

Tempah sekarang!

*****

 

Lost Paradise Resort

Permata tersembunyi di Batu Ferringhi ini seperti ‘syurga yang hilang’. Dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang rimbun dan hiasan menarik seni ukiran kayu dari serata dunia, resort ini memberikan tetamu masa rehat dari kehidupan moden yang sangat diperlukan. Lihat matahari terbenam yang indah dari kolam renang dengan yang tersayang.

Kadar bermula dari: RM250++

Tempah sekarang!

*****

 

Fig Tree Hill Resort

Mencari tempat rehat yang dikelilingi alam semula jadi? Fig Tree Resort menawarkan penginapan di puncak bukit di tengah-tengah hutan Sungai Ara. Vila-vilanya bukan sahaja luas, tetapi jaraknya agak jauh untuk tetamu menikmati privasi mereka. Sekiranya anda menunggu sehingga waktu malam, kolam renang akan jadi milik anda. Jadi berenanglah sepuas hati sambil melihat bintang-bintang di langit.

Kadar bermula dari: RM750++

Tempah sekarang!

*****

 

The Shore Hotel & Residences

Sebagai sebuah bandar bersejarah, Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi untuk melihat pemandangan dari atas bangunan. The Shore adalah antara sebilangan kecil hotel yang mempunyai pemandangan seperti itu dan juga mempunyai beberapa kolam renang santai untuk tetamu, seperti kolam renang kanak-kanak, kolam renang panjang dan kolam renang Jacuzzi. Dengan kolam tertutupnya, anda masih dapat menikmati pemandangan indah walaupun hujan.

Kadar bermula dari: RM210++

Tempah sekarang!

*****

 

Eco Tree Hotel

Eco Tree Hotel kontemporari yang bertaraf 3 bintang ini terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Sky Deck menawarkan 360 darjah pemandangan bandar dan Selat Melaka. Di Pool Bar, tetamu boleh menikmati makanan ringan dan minuman.

Kadar bermula dari: RM140++

Tempah sekarang!

*****

 

Hatten Hotel Melaka

Hotel 4 bintang ini mempunyai kolam infiniti atas bumbung yang direka dengan indah untuk memberikan suasana anggun dan canggih ketika anda berenang atau bersantai. Terletak di kawasan membeli-belah di Melaka, ia berada dalam jarak berjalan kaki dari Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, untuk memudahkan anda membeli-belah.

Kadar bermula dari: RM200++

Tempah sekarang!

_________________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

460 Shares
Share460
Tweet
+1
Pin
Share