0

Traveloka MY

26 Jan 2018 - 10 min read

10 hotel dengan tab mandi yang buat anda lupa rumah sendiri

Saya tak pasti anda bagaimana tapi kalau saya bercuti, pastinya apa yang saya nantikan adalah tab mandi yang selesa untuk saya berendam. Ini seakan hadiah untuk diri saya yang saya tidak dapat di rumah.

Tapi, banyak hotel baru dan moden sekarang tidak lagi mempunyai tab mandi untuk memaksimumkan ruang, tapi jangan risau! Ini 10 buah hotel yang akan buat anda berendam lama sambil menikmati masa terluang anda:

Lot 33 Boutique Hotel | Langkawi, Kedah

Lot 33 Boutique Hotel terletak berdekatan Pantai Tengah, di bahagian selatan pantai popular di Langkawi iaitu Pantai Cenang. Hotel ini mempunyai ‘feel’ tropika yang juga menyelubungi anda dengan kehijauan dan ketenangan. Bilik-bilik di sini juga dilengkapi dengan tab mandi/jakuzi yang besar.

Terdapat banyak kafe dan restoran berdekatan yang sesuai dengan pilihan anda sementara tarikan popular seperti Underwater World Langkawi dan Pusat Membeli-belah Zon Bebas Cukai juga dekat sahaja.

Kadar bermula dari: RM470++

*****

The Settlement Hotel | Bandaraya Melaka

Kolam renang dan tab mandi di The Settlement Hotel agak menggoda jiwa, tapi ianya di Villa Luxury. Dibina dan direka seperti rumah kampung tradisional Melayu, anda akan berasa seolah-olah seperti Puteri Gunung Ledang ketika anda menjejakkan kaki ke dalam tab mandi berwarna hijau jed ini.

Hotel ini terletak berdekatan dengan pintu masuk Penempatan Orang Portugis. Di sini juga anda boleh melihat matahari terbenam dari tepi pantai dan menikmati makanan laut yang segar dan enak dari medan selera Portuguese Square.

Kadar bermula dari: RM140++

*****

WEIL Hotel | Ipoh, Perak

Terletak di Bandar Ipoh, hotel kontemporari ini ada segalanya termasuklah tab mandi. Konsep bilik-biliknya yang dihiasi dengan tema-tema tertentu seperti konsep bilik kolonial British - Konsep Brewster atau inspirasi Oriental - Konsep Miners.

Hotel ini dihubungkan dengan Pusat Membeli-belah Ipoh Parade, jadi anda tidak perlu risau tentang hiburan atau pilihan membeli-belah. Bagi yang mencari-cari tempat makan yang ‘best’, apa kata anda pandu ke Old Town, 5 minit saja dari hotel anda.

Kadar bermula dari: RM290++

*****

The Banjaran Hotsprings Retreat | Ipoh, Perak

The Banjaran Hotsprings Retreat menawarkan udara segar yang berlainan daripada yang anda alami setiap hari. Untuk dikelilingi oleh pemandangan yang memukau hutan hujan, menginaplah di Vila Taman, Vila Tasik atau Vila Air.

Vila Taman dan Vila Air menyediakan jakuzi di bahagian luar yang menggunakan air dari air panas geotermal semula jadi berdekatan, sementara Vila Tasik mempunyai kolam dan tab panas yang terletak di luar. Penginapan ini juga menyediakan spa dan program kesihatan yang memulihkan minda, tubuh dan jiwa.

Kadar bermula dari: RM1,400++

*****

Horizon Hotel | Kota Kinabalu, Sabah

Terletak betul-betul di tengah Kota Kinabalu, Horizon Hotel ini berdekatan dengan tarikan popular seperti Pasar Malam dan Pasar Seni Kraftangan Filipina. Jika anda datang pada hari Ahad, pastikan anda pergi ke Pasar Ahad Gaya pada sebelah pagi.

Selepas seharian berjalan-jalan dan menjamu makanan seharian, pastinya tiada yang lebih baik daripada berendam dalam jakuzi seperti yang disediakan oleh ini.

Kadar bermula dari: RM270++

Tempah penginapan!

*****

Lexis Hibiscus Port Dickson | Port Dickson, Negeri Sembilan

Seperti yang dilihat di atas, vila atas air di Lexis Hibiscus Port Dickson ini mengadap Selat Melaka dan yang menariknya, bilik-biliknya membentuk sebuah bunga raya yang besar, seperti namanya. Penginapan yang luas ini lengkap dengan kolam peribadi dan bilik sauna.

Dari tab mandi anda, anda boleh menikmati cahaya semula jadi hangat yang memenuhi ruang bilik dan nikmati pemandangan yang menghadap ke laut, semuanya kerana tingkap yang luas seluas dari lantai ke siling. Lexis Hibiscus juga menyediakan pelbagai kemudahan dalam dan luar untuk memenuhi masa anda, seperti sukan air, bilik permainan dan bilik karaoke.

Kadar bermula dari: RM700++

*****

Mangala Resort & Spa | Kuantan, Pahang

Semua vila dan suite di Mangala Resort & Spa dilengkapi dengan tab mandi, tetapi pilihan utama kami sebenarnya ialah tab yang terletak di luar dan pancuran hujan yang terdapat di Suite Vana dan Vila Vana. Selepas mandi yang menenangkan, nikmati pemandangan dari beranda anda.

Bersantailah di kawasan desa di Kuantan. Di sini anda boleh menyewa basikal atau menikmati rawatan spa di Mangala Spa, yang menawarkan menu spa lengkap dari rawatan kuku dan rawatan muka hingga urutan badan dan scrub yang menggunakan bahan-bahan semula jadi terbaik.

Kadar bermula dari: RM460++

*****

AVANI Sepang Goldcoast Resort | Sepang, Selangor

Vila-vila di atas air di resort ini merentasi lebih dari satu kilometer ke Selat Melaka, memberikan tetamu bukan hanya privasi yang mencukupi, malah pemandangan laut yang indah. Berendam dalam tab mandi sambil mendengar gelombang lautan di bawah vila.

Untuk pengalaman yang menyeronokkan, anda boleh menyertai kelas koktail peribadi yang diadakan di pantai pada waktu matahari terbenam dan menikmati canapes untuk melengkapkan lagi ciptaan anda sambil melihat matahari terbenam. Anda juga boleh menempah lawatan agro-pelancongan selama setengah hari untuk melawat kebun buah atau menaiki bot melayari sungai melalui hutan bakau.

Kadar bermula dari: RM460++

*****

Malihom Private Estate | Balik Pulau, Pulau Pinang

Penginapan yang dekat dengan alam semula jadi ini merupakan kawasan seluas 40 hektar yang terletak di atas bukit di Balik Pulau. Vila-vila, yang telah ditukar dari Thai Lanna Rice Barns tradisional, memaparkan pemandangan hutan hujan yang luas. Kawasan estet adalah sesuatu yang patut untuk diterokai, dilengkapi dengan kolam dan ukiran di sepanjang jalan.

Air yang digunakan di sini diperolehi daripada mata air semulajadi, menjadikan pengalaman mandian di sini lebih manis kerana airnya yang suci bersih. Selepas itu, tidurlah di tempat buian gantung di balkoni, dengan ditemani bunyi-bunyian alam semula jadi akan membuatkan anda terbuai.

Kadar bermula dari: RM540++

*****

Lone Pine Hotel | Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Hotel butik tepi pantai yang memenangi anugerah ini secara strategiknya terletak di sepanjang pantai Batu Ferringhi. Menawarkan reka bentuk kontemporari dengan sentuhan kolonial Inggeris, bilik-biliknya mempunyai balkoni peribadi menghadap ke laut dengan tab mandi yang membolehkan anda menikmati pemandangan dalam keselesaan bilik anda.

Barisan pokok Breezy Casuarina terletak di tepi pantai hotel menawarkan teduhan untuk pengunjung pantai. Tetapi jika anda ingin bersantai di kolam renang, duduk di dalam salah satu teepee untuk sedikit privasi dan berlindung daripada cahaya matahari.

Kadar bermula dari: RM480++

__________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka