10 hotel & resort di tanah tinggi yang mempesona

10 hotel & resort di tanah tinggi yang mempesona

Bayangkan udara segar dan cuaca sejuk yang jauh lebih selesa daripada cuaca panas. Perubahan yang menyegarkan ini sesuai sangat kalau anda mahu larikan diri daripada kerja yang melemaskan, betul tak?

Lagi pun, destinasi ini tidak jauh, samada di Bukit Tinggi, Cameron Highlands dan Genting Highlands, semuanya untuk anda melarikan diri sebentar. Tapi di mana? Jom, lihat tempat-tempat terbaik ini:

 

Bukit Tinggi

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

Berada disebalik bukit-bukau di Bukit Tinggi, sekali pandang, The Chateau Spa & Organic Wellness kelihatan seperti istana dalam filem Beauty and the Beast. Dan sememangnya, istana ini mengambil inspirasi daripada Istana Haut-Koenigsbourg abad ke-12 di Alsace, Perancis. Spa mewah dan hospitaliti di hotel ini yang pernah memenangi anugerah menjanjikan pengalaman penginapan seakan di istana!

Kadar bermula dari: RM660++

Tempah penginapan

*****

 

Colmar Tropicale

Masih dengan tema Perancis, bersebelahan sahaja dengan The Chateau ialah Colmar Tropicale, yang dibina sebagai penghargaan pada bandar Colmar, juga di Alsace. Selain daripada menyediakan pelbagai tempat makan dan minum, resort yang menarik ini sangat sesuai untuk mengingati kembali babak pembukaan filem Beauty and the Beast apabila penduduk kampung menyanyi tentang Belle. Pada waktu malam, jalan-jalannya disinari dengan lampu, menjadikan ia seolah tempat yang penuh magis.

Kadar bermula dari: RM220++

Tempah penginapan

*****

 

The Waterway Villa

Vila Bali.

Resort eko eksklusif ini menawarkan rekaan vila yang unik dengan inspirasi alam semula jadi. Terdapat lima jenis – Stone Villa, Bali Villa, Bamboo Villa, Glass Villa dan Deluxe Hill Villa – setiap satunya mempunyai seni bina dan tersendiri. Terdapat banyak aktiviti luar yang menarik untuk tetamu, termasuklah jungle trekking dan memetik buah di kebun berdekatan. Selepas itu, anda boleh berendam dalam Kolam Air Panas Bentong.

Kadar bermula dari: RM380++

Tempah penginapan

******

 

Genting Highlands

Hotel Seri Malaysia Genting Highlands

Hotel Seri Malaysia ialah rangkaian hotel yang dipercayai seluruh Malaysia. Terletak di Goh Tong Jaya, Hotel Seri Malaysia Genting Highlands hanya 10 minit dari Genting Highlands jika anda memandu ke sana. Dan ia juga dikelilingi oleh tarikan menarik untuk semua peringkat umur seperti Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands Premium Outlets dan Happy Bee Farm.

Kadar bermula dari: RM160++

Tempah penginapan

*****

 

Resorts World Genting – Theme Park Hotel

Bilik Kings.

Dahulunya dikenali sebagai Hotel on the Park, Theme Park Hotel direka khas oleh Resorts World Genting untuk tetamu yang mempunyai bilangan yang lebih besar, samada keluarga mahupun kawan-kawan. Hotel Resorts ini juga menyediakan bilik yang luas dan boleh menempatkan sehingga enam orang tetamu, iaitu Bilik Sixers (tiga katil Queen) dan Bilik Quads (dua katil Queen). Theme Park Hotel juga dihubungkan dengan SkyAvenue, menyediakan pengalaman membeli-belah, tempat makan, dan hiburan terbaik di Genting.

Bilik Sixers.

Kadar bermula dari: RM190++

Tempah penginapan

*****

 

Resorts World Genting – Awana Hotel

Resort mewah kontemporari lima bintang ini menyediakan semua kemudahan dan keperluan yang diperlukan oleh tetamunya. Berenang dalam kolam renang yang dipanaskan atau bermain golf di padang golf yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang indah. Kami syorkan anda mengunjungi Kuil Chin Swee Cave, rumah kepada pagoda setinggi sembilan tingkat dan patung Buddha setinggi 15 meter.

Kadar bermula dari: RM300++

Tempah penginapan

*****

 

Cameron Highlands

Hotel De’La Ferns

Terletak di antara bandar Tanah Rata dan Brinchang, Hotel De ‘La Ferns adalah sebuah hotel butik yang direka dengan gaya Tudor Inggeris. Tetamu boleh menginap dalam suasana Inggeris klasik. Pengunjung biasanya akan melawat ladang dan pasar berdekatan – kami syorkan Abang Strawberry’s 200 Seeds Cafe. Cuba nasi lemak yang mereka hidangkan dengan sambal ikan masin dan strawberi. (Bunyi agak aneh, tetapi percayalah, ia sedap!)

Kadar bermula dari: RM290++

Tempah penginapan

*****

 

Century Pines Resort

Century Pines Resort yang berada di Tanah Rata ini pasti menjadi kesukaan peminat teh kerana ia dikelilingi oleh ladang teh. Selain daripada menikmati set teh dari Bharat Tea di Cameron Valley Tea Houses, anda juga boleh mendaki melalui hutan dan bukit-bukau yang menghala ke Air Terjun Parit dan Air Terjun Robinson.

Kadar bermula dari: RM140++

Tempah penginapan

 

Hotel Casa Dela Rosa

Hotel Casa Dela Rosa yang selesa ini terletak berdekatan Brinchang. Menggunakan nama dalam bahasa Sepanyol, “Hotel of the Rose”, ini berdekatan dengan Rose Valley di Bandar Tringkap atau Rose Center di kawasan bukit berdekatan Ladang Kea. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut bagaimana ladang teh beroperasi, kunjungi Sungai Palas BOH Tea Center, yang mempunyai kafe, galeri, kilang teh, dan kedai cenderahati.

Kadar bermula dari: RM200++

Tempah penginapan

*****

 

Strawberry Park Resort

Strawberry Park Resort menawarkan percutian yang bergaya – dengan rumah yang mempunyai reka bentuk dan hiasansa dalaman seperti kotej neo-Tudor. Para tetamu boleh menempah lawatan dengan juru pandu, seperti Mossy Forest Walk atau Night Forest Walk untuk yang sukakan pengembaraan, atau Countryside Tour atau BOH Tea Plantation Tour bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih mudah.

Kadar bermula dari: RM350++

Tempah penginapan

________________________________________________________________________

 

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

120 Shares
Share120
Tweet
+1
Pin
Share