10 ‘homestay’ di Malaysia yang selesa seakan di rumah sendiri

10 ‘homestay’ di Malaysia yang selesa seakan di rumah sendiri

Hotel sememangnya sesuai kalau anda bercuti dengan dua atau tiga orang rakan atau keluarga. Tapi jika anda merancang untuk kumpulan yang besar, homestay ialah penyelamat anda.

 

1.  Padi Box Homestay | Sekinchan, Selangor

Ingin bangun pagi dengan kehijauan sawah padi di luar jendela? Di Padi Box Homestay, anda akan merasa damai kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah sawah padi serta jauh dari kesibukan kota. Nikmati kesegaran udara, langit biru dan keunikan homestay ini.

Homestay unik ini dibina menggunakan kontainer yang dicat dengan warna-warna garang dan mempunyai kafe yang tersendiri. Jika anda ke Sekinchan, jangan lupa singgah bergambar di Sky Mirror yang menjadi viral kerana kecantikannya.

Kadar bermula dari: RM430++

Ketahui lebih lanjut

******

2.  Mori Residence | Melaka

Tersembunyi di sepanjang jalan yang tenang tidak jauh dari Jonker Street yang terkenal di Melaka, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Mori Residence ke semua tarikan pelancong utama di bandar ini. “Mori” bermaksud “hutan” dalam bahasa Jepun, jadi rumah tamu ini menggunakan tema hiasan yang diperbuat daripada kayu, yang memberikan rasa yang semulajadi.

Jika anda sukakan siling yang tinggi dan bumbung yang boleh melihat matahari di awal pagi, anda pasti sukakan Mori 1 (gambar di atas). Bilik ini mempunyai dua katil double dan dua katil single, dengan ruang untuk enam orang dan disertakan dengan loteng yang cool. Di tingkat bawah pula, ada rumah teh vegetarian, yang membolehkan anda menikmati secawan teh panas yang menyegarkan.

Kadar bermula dari: RM160++

Ketahui lebih lanjut

******

3.  MBI Desaku Homestay | Kulim, Kedah

Jika anda mahukan masa yang berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan yang sukakan alam semulajadi, tempah penginapan di MBI Desaku Homestay. Penginapan ini bukan sahaja besar dan luas, malah ia hanya sejam dari Sungai Sedim Recreational Forest, untuk anda dan keluarga berkelah atau mandi-manda.

Rumah yang besar ini juga seperti rumah dalam taman dengan tiga hingga empat buah bilik yang memuatkan lapan hingga 12 orang tetamu. Dihiasi dengan gaya kontemporari, rumah ini menawarkan pengalaman bercuti seperti di rumah sendiri.

Kadar bermula dari: RM210++

Ketahui lebih lanjut

*****

4.  Modern Rustic Beachside Bungalow | Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Mahu mengelak daripada pelancong yang ramai di sekitar Georgetown dan Batu Ferringhi? Tempah penginapan di Tanjung Bungah yang lebih indah, Bungalow Beachside Modern Rustic ini terletak. Retro di luar, tetapi selesa di dalamnya, homestay ini terdiri daripada enam bilik tidur dan empat bilik mandi, yang selesa menempatkan sehingga 16 tetamu pada satu masa.

Laman rumah yang luas menawarkan ruang yang cukup untuk anak-anak bermain atau untuk menganjurkan majlis dengan kawasan yang siap dilengkapi dengan barbeku. Pantai ini juga tidak jauh dari sini.

Kadar bermula dari: RM850++

Ketahui lebih lanjut

*****

5.  Mutze Guest House – Santorini | Bandaraya Melaka, Melaka

Anda tidak perlu terbang jauh ke Greece untuk merasai pengalaman berada di Santorini. Hiasan dalaman Mutze Guest House dapat memberikan inspirasi dan rasa ikoni Greek. Terdapat tiga bilik tidur, yang boleh memuatkan seramai lapan orang tetamu. Jonker Walk juga hanya 10 minit dengan berjalan kaki.

Kadar bermula dari: Rm450++

Ketahui lebih lanjut

******

6.  Village Castle Homestay | Johor Bahru, Johor

Kalau dilihat dari luar, rumah ini kelihat seakan-akan istana lama, tapi sebenarnya hiasan dalamannya sangat selesa dan kelihatan berbeza sekali, seakan-akan kampung. Tiga bilik tidur di tempatkan di dalam rumah ini dan boleh memuatkan lapan orang. Ia juga mempunyai kawasan yang luas, sesuai untuk berkumpul secara kecil-kecilan.

Village Castle Homestay mempunyai lokasi yang strategik iaitu hanya 30 minit dari destinasi popular di Johor seperti Legoland, Sanrio Hotel Kitty Town, dan Johor Premium Outlets.

Kadar bermula dari: RM750++

Ketahui lebih lanjut

******

7.  Cozy Stay | Kuantan, Pahang

Sesuai dengan namanya, Cozy Stay, sememangnya menyediakan penginapan yang selesa untuk tetamunya. Rumah ini memberikan aura minimalis namun dengan rekaan yang citarasa, membuatkan ia kelihatan luas dan nyaman.

Dengan kawasan rumah yang luas, rumah ini cukup sesuai untuk mengadakan majlis BBQ atau tempat untuk kanak-kanak berlari dan bermain. Terletak berdekatan bandar Kuantan, semua kemudahan juga dekat sahaja.

Kadar bermula dari: RM700++

Lihat lebih lanjut

******

8.  Traders Villa | Bandaraya Melaka, Melaka

Teringin untuk merasai pengalaman rumah kampung dalam kesibukan kota, Traders Villa terletak di Kampung Morten, yang dikenali sebagai “muzium hidup”, kerana penduduknya masih mengekalkan budaya dan tradisi, walaupun arus permodenan yang berlaku di sekeliling mereka.

Kadar bermula dari: RM130++

Lihat lebih lanjut

*****

9.  The Monte Boutique Retreat | Langkawi, Kedah

 Terletak berdekatan dengan Pekan Kuah, The Monte Boutique Retreat ialah tempat yang ‘chic’ dan tenang untuk pilihan penginapan ideal anda di Langkawi. Jika anda suka memasak dan datang dengan keluarga yang besar, dapur di The Monte Boutique Retreat lengkap untuk anda. Kawasan rumah yang luas juga tempat yang sesuai untuk anda dan keluarga beriadah.

Setiap bilik mempunyai nama dan hiasan mural tersendiri, contohnya Turtle, Dolphin, Stingray, Jellyfish dan Seahorse). Terdapat cukup ruang untuk dua orang atau lebih bergantung pada bilik yang anda pilih.

Kadar bermula dari: RM250++

Lihat lebih lanjut

*****

10.  Mutze Guest House Nordic Simplicity | Bandaraya Melaka, Melaka

Pernah dengar perkataan “hygge”? Disebut sebagai “hoo-ga”, perkataan dalam bahasa Danish ini menterjemahkan “keselesaan”. Bayangkan anda sedang menghirup Milo panas sambil duduk di atas katil tatkala hujan lebat di luar jendela – begitulah tahap keselesaan yang digambarkan di Mutze Guest House. Dan jika anda mahu berjalan-jalan, anda hanya perlu berjalan ke Jonker Street selama 10 minit sahaja. Semuanya ada di sana!

Kadar bermula dari: Rm620++

Lihat lebih lanjut

——-

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

81 Shares
Share80
Tweet
+1
Pin1
Share