0

Traveloka MY

13 Mar 2018 - 3 min read

Tak perlu google lagi: Ini 5 pantai di Pulau Pinang yang patut anda pergi

Ramai orang tahu yang Pulau Pinang ada banyak pantai tapi yang mana satu paling best? Ada yang dekat dengan tempat popular, dan ada juga yang lebih tersembunyi. Ini tip daripada kami, bergantung pada apa yang anda cari.

1. Pantai Kerachut: Kepada yang suka alam semula jadi

Kalau anda tak nak serabut dengan hiruk-pikuk kota, lepak di Pantai Kerachut yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan sedikit terpencil. Yang menariknya di sini, terdapat Tasik Meromiktik bermaksud tasiknya mempunyai lapisan air yang tidak bercampur. Unikkan? Anda juga boleh ke pusat perlindungan penyu. Jika anda bertuah, anda boleh melihat anak-anak penyu ini menetas dan berlari ke pantai.

Anda boleh mengakses pantai ini dengan bot melalui Taman Negara di Teluk Bahang. Akses akan dikenakan bayaran. Jika anda merancang untuk mendaki, di sini juga tersedia laluan mendaki yang mengambil masa dua jam. Pendakian anda pasti berbaloi apabila anda akhirnya disambut dengan keindahan pantai yang kurang pengunjung dan nyaman.

2. Pantai Batu Ferringhi: Untuk kumpulan yang besar

Batu Ferringhi mungkin pantai yang paling dikenali di Pulau Pinang. Pantai ini juga mudah diakses dengan kereta dan banyak pilihan tarikan untuk dinikmati oleh ahli kumpulan anda. Tak kisahlah kalau anda hanya mahu bermalasan, lakukan aktiviti air, berkelah di pantai, semuanya ada.

Disebabkan pantai ini berdekatan dengan beberapa penginapan, jadi mudahlah untuk anda berjalan ke pantai.

3. Pantai Monyet: Untukintrovert

Kalau nak ke pantai yang terpencil, anda perlu menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang atau dari pantai Batu Ferringhi. Anda juga boleh ke sini dengan jungle trekking asalkan anda mengikuti laluan di sepanjang pantai Taman Negara.

Seperti namanya, memang ada monyet-monyet liar serta hidupan lain seperti biawak dan tupai tinggal di sini. Ini menandakan pantai ini masih terpelihara. Ada beberapa pondok menjual snek dan minuman tapi selain daripada itu, kami jamin privasi itu milik anda.

4. Gertak Sanggul: Untuk yang mencari kedamaian & suasana yang senyap

Terletak di pantai barat daya Pulau Pinang, Gertak Sanggul ialah kampung nelayan sesuai untuk memancing, bersantai, malah photografi (terutama sekali ketika matahari terbenam). Berehat sambil menikmati pemandangan yang ditemani lambaian pokok kelapa sambil berjalan-jalan atas pasir yang hangat.

Lihat bot nelayan terumbang ambing di lautan dan berehatlah, biar tekanan anda berlalu begitu saja. Ada beberapa tempat makan yang sedap berdekatan seperti Kafe Ilyana yang terkenal dengan mi udang. Jadi jangan risau kalau perut anda sudah berbunyi!

5. Pantai Teluk Bahang (Tanjung Bungah): Untuk yang mencari percutian yang dekat-dekat saja

Pantai Tanjung Bungah ialah pantai di pinggir bandar yang terletak hanya 30 minit dari bandar George Town. Walaupun pantai ini berdekatan dengan bandar, ia tidaklah penuh dengan pengunjung.

Datang ke sini adalah idea yang baik jika anda tak mahu mengembara terlalu jauh dengan bot atau mendaki melalui laluan di hutan. Lokasi ini juga sesuai jika anda merancang untuk mencuba makanan Melayu dan makanan laut yang segar selepas bersiar-siar di pantai. Masjid Terapung yang kelihatan indah dengan pemandangan laut juga berdekatan.

________________________________________________________________________

Untuk lebih keriangan di bawah matahari dan untuk pengembaraan anda yang seterusnya ke Pulau Pinang, tempah hotel dan penerbangan di Traveloka.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka