neck pillow
Tip Jalan-Jalan

Nak Terbang Jauh Tidak Lama Lagi? Ketahui Cara untuk Kekal Selesa

Nak terbang jauh tidak lama lagi? Mesti anda terfikir perjalanan anda di dalam kapal terbang, kan? Terpaksa duduk berjam-jam memang memenatkan dan tidak selesa. Pakaian anda juga kadangkala kurang sesuai.

Jadi apa yang sepatutnya anda bawa atau pakai?

Pertama sekali, bawa barang keperluan anda dalam beg galas yang kecil

Kebanyakan pengembara bawa sekurang-kurangnya satu beg galas kecil yang boleh disimpan dalam ruangan beg atau di bawah kerusi. Saya lebih suka simpan barang saya di bawah kerusi sebab ia lebih mudah. Lagipun, saya rendah orangnya.

Nak mencapai ruangan tempat simpanan beg memang cabaran untuk saya, lebih-lebih lagi kalau beg saya diletakkan jauh ke belakang. Jadi saya sentiasa bawa beg kecil dan pakai baju yang cukup hangat ketika dalam kapal terbang. Apa lagi yang boleh anda pakai? Jom baca.

#1: Stokin atau legging

stockings
Sumber: Shutterstock.com

Kedua-duanya kegemaran saya. Banyak fungsi dan boleh dipakai di mana-mana. Kaki tidak kotor dan anda kekal hangat. Stoking panjang sesuai untuk lelaki dan wanita. Jika tidak, stoking pendek yang sesuai untuk cuaca sejuk pun boleh. Saya biasanya pakai legging hitam bersama gaun, tapi kalau terlalu sejuk, kadang-kadang saya pakai juga bersama seluar. Siapa pun tak akan perasan!

#2: Seluar longgar

loose pants
Sumber: Shutterstock.com

Seluar harem memang hebat. Sweat pants pun sama hebatnya. Lebih hangat seluar itu, lebih bagus!

Selalunya saya pakai seluar untuk perjalanan jauh, bukannya skirt atau gaun. Seluar longgar lebih selesa dan pergerakan anda juga tidak terhad.

Bayangkanlah kalau anda pakai jeans ketat dengan perut terkeluar selepas makan. Senak jadinya! Jika anda pakai legging bersama seluar longgar juga boleh. Seluar saya selalunya warna hitam. Kalau tertumpah air atau terkena kotoran, tak payah stress.

#3: Baju longgar atau baju-T

t-shirt
Sumber: Shutterstock.com

Baju-T ialah teman baik anda. Bukan saja ia selesa tapi juga bergaya. Baju-T saya selalunya ada pelbagai corak. Kalau anda seorang yang sukakan kesederhanaan, pilih saja Baju-T kosong dan padankan dengan aksesori. Anda boleh tampil bergaya dan juga selesa.

Elak daripada memakai Baju-T yang terlalu ketat. Pilih Baju-T dengan bahan kapas. Baju-T kait selalunya lebih hangat dan sesuai untuk perjalanan jauh. Pengembara minimalis selalunya memilih bahan daripada benang biri-biri merino, kerana ia ringan, cepat kering dan tidak mudah berbau walaupun tidak dibasuh seminggu!

#4: Baju kemeja lengan panjang

checkered shirt
Sumber: Shutterstock.com

Saya sentiasa bawa kemeja lengan panjang ketika bercuti. Ia selesa dan ringkas. Anda boleh pakai Baju-T atau singlet bersama kemeja untuk memanaskan lagi badan. Ada juga kemeja yang direka untuk tahan sejuk seperti kemeja untuk musim bunga/luruh. Itu sudah cukup untuk perjalanan jauh anda.

Kalau anda nak jimat ruang dalam beg, pakai Baju-T bersama kemeja, apabila sampai di destinasi yang tidak sejuk, anda boleh tanggalkan kemeja atau ikatkannya pada pinggang anda. Bergaya, mudah dan praktikal untuk anda.

#5: Jaket panjang

long jacket
Sumber: Shutterstock.com

Jaket selalunya besar dan banyak mengambil ruang dalam beg. Ramai pengembara tidak mahu membawanya, tapi ia item yang penting. Seperti yang saya beritahu tadi, kekal hangat dalam perjalanan yang jauh itu perlu, jadi pilih jaket yang sesuai.

Jika anda ada jaket windbreaker atau jaket hujan, pakailah walaupun tiada angin atau hujan. Jaket jenis ini biasanya hangat. Dengan cara ini, anda boleh mengembara dengan baju untuk keadaan sejuk atau hujan.

#6: Hoodie

hoodie
Sumber: Shutterstock.com

Satu lagi kegemaran saya – baju hoodie. Simple untuk digayakan. Itu yang buat ia menarik. Hoodie boleh dipakai dengan apa saja pakaian di dalam, dan jika terlalu panas, anda hanya perlu 30 saat untuk menanggalkannya. Paling penting, anda tidak sejuk.

Anda tahu kenapa orang selalunya menutup kepala di tempat yang sejuk? Ini kerana manusia kehilangan hampir separuh daripada kehangatan tubuh melalui kepala. Itu juga sebabnya kenapa kita memakai topi musim sejuk atau hoodie. Oh, hoodie juga pakaian yang sesuai untuk bersenam! Sempurna untuk pengembara yang mahu kekal fit sambil mengembara.

#7: Skarf atau Selendang

scarft
Sumber: Shutterstock.com

Skarf atau selendang – apa saja yang anda panggil, ia item yang patut ada dalam beg anda. Dalam perjalanan yang jauh, ia dapat menghangatkan anda walau bagaimana cara anda menggayakannya. Ia juga boleh menjadi aksesori jika anda memakai baju-T yang kosong!

Ketika anda berada di dalam kapal terbang, selendang boleh dijadikan sebagai bantal dan selimut. Malah di luar kapal terbang juga, fungsi selendang ini berterusan terutama sekali ketika di destinasi percutian musim panas seperti tepi pantai. Selendang sememangnya item yang patut dibawa ke mana saja anda pergi tidak kira musim.

#8: Kasut sarung

Slip-on shoes
Sumber: Shutterstock.com

Kasut paling baik untuk dipakai di lapangan terbang ialah kasut sarung. Kasut bertali agak leceh kalau-kalau pegawai imigresen mahu anda tanggalkan kasut. Pilih kasut yang ringan dan selesa untuk berjalan. Saya suka kasut palm kerana ia selesa dan mudah untuk saya tukar jika perlu. Malah, ia sesuai untuk dijadikan kasut di pantai jika anda terlupa membawa bersama selipar anda. Ini pernah berlaku pada saya sebelum ini!

Saya tidak sarankan anda memakai selipar kerana kaki anda mudah sejuk ketika berada di dalam kapal terbang. Kalau terlambat nak ke pintu perlepasan, susah juga nak berlari dengan selipar!

 

Apa yang perlu anda bawa?

Di bawah ialah keperluan yang disarankan untuk perjalanan jauh dalam kapal terbang.

Fon telinga – Guna hiburan dalam kapal terbang. Ada sesetengah syarikat penerbangan menyediakan fon telinga. Tapi saya lebih suka bawa sendiri. Saya boleh memakai fon telinga selama 20 jam jika ia ada bunyi bass dan treble yang baik.

Bantal leher – Tidak ramai yang suka bawakannya ketika bercuti, tapi baru-baru ini saya terjumpa bantal leher yang boleh dilipat dan dikembungkan. Saya tidak berapa suka bantal yang digantung pada beg anda. Bantal lipat lebih jimat ruang dan mudah dibawa ke mana saja. Untuk tidur yang lena, ia memang berbaloi untuk dibawa bersama.

neck pillow
Sumber: Shutterstock.com

Hiburan tanpa internet – Bawa buku atau majalah bersama anda. Untuk pengalaman yang lebih ringan gantikan buku kepada Kindle. Saya selalunya muat turun video dari YouTube untuk perjalanan saya. Dengan itu saya boleh gunakan telefon saya dalam mod pesawat tanpa perlu internet.

Power bank – Memandangkan anda akan meluangkan banyak masa dalam kapal terbang, anda pasti perlu mengecas alat elektronik anda. Bawa power bank yang ringan tetapi boleh mengecas berulang kali untuk memudahkan anda. Anda juga boleh membawa bateri tambahan untuk alat elektronik anda.

lip balm
Sumber: Shutterstock.com

Balm bibir – Penting untuk sentiasa terhidrat. Udara dalam kapal terbang yang kering dan kurang sihat akan membuatkan kulit dan bibir anda kering dan merekah. Balm bibir dapat mengekalkan kelembapan bibir anda. Jadi jangan lupa bawa. Ia pun ringan juga!

Anda bagaimana? Ada item lain yang anda selalu bawa ketika bercuti? Cadangan anda?

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

 

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share