Tip Jalan-Jalan

Merancang percutian ke Pulau Jeju? Ini sahaja panduan yang anda perlukan

Jika anda ialah peminat rancangan televisyen Korea, pasti anda ingin melihat Pulau Jeju, iaitu destinasi percutian yang memuaskan di Korea Selatan.

Digambarkan sebagai “Hawaii Korea Selatan”, Jeju ialah tempat bagi sesiapa yang sukakan aktiviti luar kerana iklimnya yang sederhana sepanjang tahun.

Bergantung pada aktiviti dan pemandangan yang anda rancang, sesetengah masa yang terbaik untuk mengunjungi Pulau Jeju ialah:

  •    Musim bunga sakura (awal hingga pertengahan bulan April)
  •    Musim panas bagi hari yang cerah untuk mengembara; namun, ia juga merupakan musim yang paling lembap (bulan Jun hingga Ogos)
  •    Musim luruh untuk dedaun luruh yang cantik (Oktober)

Secara tidak rasminya, Jeju dikenali sebagai pusat taman tema negara dan tarikan pelancong yang luar biasa, tetapi keindahannya yang paling menarik dan terkenal ialah keajaiban semula jadi hutan yang menghijau, puncak gunung berapi yang menjulang tinggi hinggalah kepada cenuram yang besar dan ombak yang menghempas pantai. Pastinya sesuatu yang anda tidak akan lupakan.

Cara untuk pergi ke sana

Sumber: Savvapanf Photo / Shutterstock.com

Cara paling cepat untuk ke Jeju ialah melalui penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju yang terletak di bahagian utara pulau itu. Penerbangan dari Seoul biasanya mengambil masa hanya dalam satu jam, manakala ia mengambil masa kurang dari satu jam melalui pantai selatan bandar Busan.  

Jika anda mempunyai perbelanjaan yang ketat atau mempunyai lebih banyak masa, maka anda boleh cuba menaiki feri. Pada masa ini, perkhidmatan feri dijalankan dari lima buah lokasi ke Jeju:

  •    Mokpo (Pelabuhan Mokpo)
  •    Haenam (Pelabuhan Usuyong)
  •    Wando (Pelabuhan Wando)
  •    Goheung (Pelabuhan Nokdong)
  •    Yeosu (Terminal Kapal Persiaran Yeosu EXPO )

Perjalanan boleh mengambil masa antara 2 hingga 4 jam untuk sampai ke Jeju bergantung pada pelabuhan tempat anda menaiki feri anda dan laluan yang digunakan. Oleh itu, anda boleh mengelakkan keadaan ini daripada berlaku jika anda mudah mengalami mabuk laut kerana lautannya yang berombak!  

Di sana juga terdapat feri semalaman dari Busan yang dikendalikan oleh Feri SeoKyung yang mengambil masa kira-kira 12 jam, tetapi murah dan selesa. Namun, feri itu tidak berulang-alik dari Jeju pada hari biasa. Oleh itu, periksa jadual dan lakukan perancangan dengan sewajarnya.

Cara untuk melawat kawasan sekitar

Sumber: Dann19L / Shutterstock.com

Sistem pengangkutan awam yang baik tidak wujud di pulau itu, tetapi jika anda mahu menghabiskan kebanyakan masa anda di sana, lebih baik anda menyewa sebuah kereta. Harga sewaan kereta sehari adalah serendah USD 15 (≈16,000 Won) untuk kereta dua penumpang atau USD 20 (≈21,000 Won) untuk kereta empat penumpang.

Anda memerlukan lesen pemandu sah yang dikeluarkan oleh negara tempat anda menetap dan juga Permit Memandu Antarabangsa yang sah untuk menyewa kereta di Korea Selatan.

Ambil perhatian bahawa Lesen Memandu Antarabangsa TIDAK akan diterima. Sudah tentulah anda juga perlu mempunyai kad kredit.

Lawati laman web Organisasi Pelancongan Korea untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menyewa kereta.

Orang Korea memandu di sebelah kanan jalan raya. Jadi, jika anda dari negara yang memandu pada bahagian bertentangan, ia sesuatu yang sangat normal untuk berasa sedikit janggal, tetapi jangan panik – ikuti laluan paling kanan yang lebih perlahan sehingga anda sudah boleh membiasakan diri.

Jangan bimbang jika anda ingin mencari jalan anda di sekitar jalan raya di pulau itu – semua kereta sewa dilengkapi dengan sistem navigasi bersuara dan sistem GPS yang mudah digunakan.

Jika anda ingin pergi ke sana semasa waktu puncak kedatangan pelancong seperti musim panas, lebih baik anda menyewa kereta dalam talian lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

10 perkara utama yang perlu dilakukan di Jeju

Sumber: Shutterstock.com

1.  Melihat matahari terbit yang cantik di Seongsan Ilchulbong

Bangun awal sebelum fajar dan mendaki gunung berapi yang tidak aktif untuk sampai ke puncak pada masa yang tepat untuk melihat mahatari terbit melebihi horizon. Pendakian mengambil masa yang singkat, tetapi curam – kebanyakan orang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke puncak.

2.  Mendaki Laluan Olle

Kenali setiap ceruk Jeju dengan berjalan-jalan di Laluan Olle yang silang-menyilang di seluruh pulau. Rangkaian laluannya terdiri daripada 26 buah laluan pendakian yang mudah dikenal pasti dengan pelbagai tahap kesukaran.

3.  Menakluk Gunung Halla

Gunung Halla yang berada di bahagian tengah pulau merupakan gunung yang tertinggi di Korea Selatan dan boleh dilihat daripada kedudukan yang baik di sekitar pulau. Ia mengambil masa selama separuh hari untuk sampai dan turun dari puncak – Laluan Gwaneumsa dan Laluan Seongpanak merupakan dua sahaja laluan yang akan membawa anda ke puncak tertinggi walaupun Laluan Seongpanak dicadangkan untuk orang ramai yang baru mula mendaki.

Sumber: Maxim Tupikov / Shutterstock.com

4.  Melihat wanita laut ‘haenyeo’ yang berani membawa hasil tangkapan harian

Haenyeo (atau “wanita laut”) adalah perkara yang unik di Jeju – mereka ialah penyelam bebas yang bergantung hidup dengan hasil tangkapan di laut sejak beberapa generasi lamanya.

Majoriti golongan haenyeo berusia lebih daripada 50 tahun, tetapi mereka mempunyai kekuatan dan keazaman yang tinggi. Walapun apa jua keadaan, anda akan dapat melihat mereka pergi ke laut dengan membawa boya berwarna jingga terang untuk menandakan lokasi mereka ketika mereka menyelam di bawah permukaan laut.

5.  Mencuba hidangan Jeju yang sungguh enak

Makanan laut kekal segar apabila anda menikmatinya di kawasan berhampiran laut dan Jeju juga tidak terkecuali. Singgahlah di kedai tempatan untuk menikmati makanaan laut yang dimasak dengan gaya Korea yang lengkap dengan hidangan sampingan (dikenali sebagai banchan) dan kimchi. Cubalah semangkuk bubur abalone atau stew makanan laut yang menyelerakan.

Selain itu, Jeju dikenali dengan buah-buahan tempatan terutamanya pelbagai jenis buah-buahan citrus. Rasailah buah oren Hallabong yang berjus atau buah oren Cheonhaehyang yang manis.

6.  Kembali semula ke masa lalu di perkampungan masyarakat tradisional

Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya hidup di Korea semasa zaman dahulu? Anda boleh mengalaminya sendiri di perkampungan masyarakat tradisional di Jeju! Terdapat dua buah perkampungan yang sedemikian di pulau itu – Perkampungan Masyarakat Jeju dan Perkampungan Masyarakat Seongeup – ketahui lebih lanjut tentang sejarah pulau itu dengan bangunannya yang dibina semula dengan teliti dan artifak yang terpelihara.

Sumber: AzmanMD / Shutterstock.com

7.  Meneroka tiub lava yang terpanjang di Asia di Gua Manjanggul

Gua Manjanggul ialah tiub lava terpanjang di Asia, bawah tanah sepanjang kira-kira 8.3 batu (13.4 kilometer). Namun begitu, hanya kira-kira satu kilometer daripadanya dibuka kepada orang awam walaupun terdapat banyak perkara untuk dilihat termasuk pembentukan geologi yang unik seperti gumpalan lava yang mencuar tinggi dan tarikan bintang – iaitu Stone Turtle yang dikatakan mempunyai bentuk seperti pulau Jeju.

8.  Berjalan-jalan ke Pulau Udo

Di bahagian paling utara di Jeju terdapat pulau kembarnya yang lebih kecil, iaitu Pulau Udo yang diterjemahkan kepada “Pulau Lembu” dalam bahasa China kerana ia dianggap mempunyai bentuk yang serupa dengan lembu yang sedang berehat. Pulau itu ternyata sekali kurang menerima kunjungan pelancong, tetapi masih mampu untuk menarik banyak pelancong kerana kecantikan batuan semula jadinya.

Anda juga boleh membawa kereta anda ke pulau itu kerana terdapat feri kenderaan dari pelabuhan Seongsan ke pelabuhan Cheonjin di Udo di bahagian selatan atau pelabuhan Haumokdong di bahagian barat. Anda juga boleh memilih untuk menyewa basikal quad (pastikan ada ada Permit Pemandu Antarabangsa untuk mengendalikan sebarang kenderaan bermotor) untuk bersiar-siar di sekitar pulau.

9.  Lawati taman tema atau muzium yang luar biasa

Bebaskan sifat kanak-kanak dalam diri anda dengan melawati mana-mana taman tema luar biasa atau muzium di Jeju. Pilihlah Muzium Teddy Bear dengan paparan patung beruang yang menakjubkan dari seluruh dunia dan zaman yang berbeza.

Sumber: Shutterstock.com

10.  Menghargai keajaiban semula jadi Jeju

Pulau itu dirahmati dengan banyak keajaiban semula jadi bermula dari Pantai Samyang Black Sand hingga kepada Cenuram Jusangjeolli yang berbentuk seperti sarang lebah yang menakjubkan. Ia mengingatkan kita tentang Giant’s Causeway yang terkenal di Ireland.

Jeju juga mempunyai tiga buah air terjun yang hebat, yang mana semuanya terletak berhampiran Seogwipo: Air Terjun Jeongbang, Air Terjun Cheonjiyeon Waterfall dan Air Terjun Cheongjeyeon.

Tempat penginapan

Kebanyakan hotel banyak tertumpu di Bandar Jeju di bahagian utara dan Seogwipo di bahagian selatan kerana kawasannya yang berdekatan dengan semua kawasan aktiviti pelancong.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh tinggal di lokasi alternatif dengan mudah di sepanjang teluk dengan angin bertiup atau di kawasan desa yang hebat untuk penginapan yang lebih sunyi yang jauh daripada orang ramai.

Jika anda rambang mata dengan banyak pilihan hotel untuk dipilih, di sini terdapat beberapa pilihan untuk anda yang anda boleh pilih berdasarkan bajet anda:

Bajet (RM50 – RM199 satu malam)

BK Hotel Jeju

BK Hotel Jeju

Mir Guesthouse – Hostel

Mir Guesthouse - Hostel

Island Guesthouse

Island Guesthouse

Julat pertengahan (RM200 – RM300 satu malam)

Jeju Fourseasons Hotel

Jeju Forthseasons Hotel

Ocean Tree

Ocean Tree

Jeju Sky

Jeju Sky

Mewah (RM350 – RM550 satu malam)

Ramadan Jeju Seogwipo

Ramada Jeju Seogwipo

Ocean Palace Hotel

Ocean Palace Hotel

La Pause B&B

La Pause B&B

 

Diterjemahkan oleh: Murni Jamaludin

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

291 Shares
Share291
Tweet
+1
Pin
Share