Article,  Berita,  Tip Jalan-Jalan

Cara-cara mengembara semasa berdepan wabak novel Coronavirus

Diumumkan sebagai kecemasan dunia oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kini wabak novel Coronavirus (COVID-19) telah merebak ke lebih daripada 203 buah negara. Virus ini mula dikesan pada Disember 2019 di bandar Wuhan, China dan setakat ini telah menjangkiti lebih daripada 930,000 orang di seluruh dunia dan mengakibatkan angka kematian melebihi 47,000 (tepat pada 2 April 2020). Sementara banyak sempadan ditutup dan para saintis bekerja keras menghasilkan vaksin, seluruh dunia masih menjalani hidup seperti biasa sambil mengharapkan keadaan ini segera pulih. 

Jika anda sedang mengembara semasa waktu berbahaya ini, sila ambil langkah berjaga-jaga dan ikuti tips keselamatan yang kami telah kumpulkan dalam artikel ini. 

 

Apakah novel Coronavirus dan simptom-simptom yang perlu diawasi

Digitally colourised image of Coronavirus Coronavirus adalah sebuah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit seperti demam selesema, Middle East Respiratory Syndrome (MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). Novel Coronavirus adalah sejenis penyakit baharu yang belum pernah dikenalpasti pada manusia sebelum ini dan ia boleh dijangkiti daripada haiwan dan manusia.

Antara simptom jangkitan ini termasuklah:

  • Demam
  • Selesema
  • Sesak nafas
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Kesukaran bernafas

Untuk keadaan yang lebih serius, jangkitan boleh berterusan sehingga Severe Acute Respiratory Syndrome, radang paru-paru (pneumonia), kegagalan buah pinggang dan membawa maut. 

 

Cara mencegah jangkitan novel Coronavirus semasa mengembara 

Two men walking in the street wearing a face maskDisebabkan virus ini boleh merebak di antara manusia melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin dan juga melalui sentuhan, ia mungkin agak sukar untuk anda mengharungi tempat awam yang sesak atau berada di dalam ruang sempit untuk tempoh yang lama semasa mengembara. 

Untuk mencegah jangkitan, langkah-langkah penting ini perlu diambil:

  • Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer berasaskan alkohol
  • Elakkan menyentuh mulut, hidung dan mata anda sekiranya anda telah menyentuh permukaan yang mungkin tercemar 
  • Amalkan kebersihan sistem pernafasan dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau siku anda semasa batuk atau bersin
  • Pakai topeng muka semasa berada di tempat awam dan buang selepas penggunaan pertama
  • Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain, terutamanya jika mereka demam, batuk atau bersin
  • Elakkan memakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau produk daging mentah 
  • Elakkan menyentuh haiwan liar seperti kucing atau anjing terbiar, burung, atau jenis tikus

 

Langkah yang perlu diambil jika anda mempunyai simptom 

An ambulance with its siren on Jika anda atau sesiapa dalam kumpulan pengembara anda demam, batuk atau sesak nafas semasa atau selepas pengembaraan anda, sila jumpa doktor secepat mungkin. Maklumkan pada doktor yang merawat anda tentang perjalanan anda atau jika anda mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang mengembara ke mana-mana negara yang terjejas baru-baru ini. Waktu kecemasan seperti ini, penting untuk anda mengehadkan interaksi dengan orang lain, memakai topeng muka dan kerap membasuh tangan sehingga anda menerima bantuan perubatan. 

Jika anda mengalami simptom pernafasan ringan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana negara yang terjejas dalam tempoh serangan wabak ini, amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi terutamanya untuk tangan dan sistem pernafasan. Anda dinasihatkan agar berehat di rumah sehingga pulih sepenuhnya kerana sistem imunisasi yang lemah lebih mudah untuk dijangkiti. 

 

Semak laluan perjalanan anda

Routes on a world mapSetakat ini, lebih daripada 930,000 kes jangkitan telah dilaporkan di seluruh dunia, dan semakin banyak negara dan penerbangan menyekat perjalanan ke/dari negara-negara yang terjejas. Oleh itu, penting untuk anda merancang laluan perjalanan dengan sebaiknya untuk mengelak daripada terkandas dan perlu membayar harga tiket baru yang melambung tinggi.

Semak laluan penerbangan anda dan maklumat penangguhan perjalanan di negara pengembaraan anda. Berhati-hati dan elakkan memilih laluan yang mungkin berisiko. Walaupun anda mempunyai persinggahan di negara-negara yang terjejas buat masa yang singkat, kemasukan anda di destinasi terakhir mungkin ditolak. 

Jika anda mempunyai rancangan perjalanan ke Wuhan, China, atau Hong Kong dan Macau, semak halaman maklumat kami untuk peringatan terkini tentang status dan polisi penerbangan untuk penjadualan semula, perubahan laluan dan pembayaran balik. 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share