Tip Jalan-Jalan

Melancong ketika Ramadan: Ini yang patut anda tahu

Sumber: Shutterstock/ Sorin Vidis

Berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menyambut bulan mulia, bulan Ramadan. Bulan untuk menahan lapar dan dahaga di siang hari (selain perkara wajib yang lain).

Tapi, ini bukanlah penghalang untuk anda melancong ketika bulan Ramadan. Ia adalah bulan yang penting bagi umat Islam. Ramadan merangkumi segala aspek termasuklah tentang ibadah dan keinsafan diri, malah melibatkan semangat keakraban antara umat Islam dan sambutannya yang meriah.

Ha, kalau anda masih terfikir-fikir untuk melancong dan merasai sendiri peluang unik setahun sekali ini di negara lain, anda tak perlu ragu-ragu lagi. Tempah percutian dengan Traveloka dan jom berpuasa di luar negara! 

Apa yang perlu dijangkakan ketika Ramadan

#1: Kemeriahan Ramadan disambut berbeza mengikut budaya

Walaupun anda terpaksa berpuasa berbelas jam lamanya di negara-negara seperti Australia, Sweden, dan Morocco, jangan biarkannya melemahkah semangat anda untuk melancong ke negara-negara ini ketika bulan Ramadan. Kerana suasana Ramadan berlainan sekali di luar negara.

Misalnya di India, satu perbezaan utama terletak pada makanan yang dimakan untuk berbuka puasa ialah dengan hidangan yang paling popular disajikan di masjid dan di rumah iaitu ghangui, sup yang mengandungi bahan utama, daging dan beras yang dicampur dengan tepung. Suatu kelainan yang pastinya ada tak akan dapat lupakan!

Pelbagai manis tradisional di Turki.

Jika anda mahu merasai pengalaman berpuasa dan berbuka bersama orang tempatan, anda patut melancong ke Turki. Waktu berbuka puasa cukup indah di sana.

Ramadan mempunyai nama alternatif di Turki, iaitu Perayaan Gula (Seker Bayramı), kerana orang tempatan melayan tetamu mereka dengan makanan manis dan pencuci mulut tradisional Turki.

#2: Restoran dan gerai tempatan mungkin ditutup di siang hari.

Dalam negara-negara majoriti penduduk Islam, banyak perniagaan makanan yang dijalankan oleh orang Islam sama ada akan ditutup sepenuhnya atau dibuka hanya untuk beberapa jam sahaja.

Di negara-negara pelbagai budaya seperti Malaysia dan Singapura, restoran bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa, sementara di beberapa negara seperti di Arab Saudi dan Pakistan, gerai atau restoran hanya boleh dibuka selepas waktu berbuka puasa.

#3: Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga. Ianya lebih daripada itu.

Sepanjang Ramadan, umat Islam bukan saja diwajibkan menahan lapar dan dahaga tetapi termasuklah hal paling utama berkaitan kesihatan tubuh badan.

Ketika melancong, bagi menghormati agama dan budaya orang lain, menjaga adab seperti percakapan atau berpakaian adalah perlu kerana Ramadan dianggap sebagai bulan yang suci dan mulia. Bercuti pun bercuti juga, tapi jangan lupa jaga tingkah laku ya! 

Apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat?

Yang Perlu Dibuat:

Bersabar

Kerana perubahan waktu, cuaca, tempoh berpuasa dan rasa letih serta lapar yang mungkin lebih hebat berbanding di Malaysia, ramai yang jadi cepat marah. Ingat, sentiasa bersabar dan nikmati saat manis serta suasana indah ketika berpuasa dan melakukan ibadat di negara orang.

Hormati adat dan budaya setempat

Hal ini sebenarnya penting tidak kira ketika bulan Ramadan atau pun tidak. Bagaimanapun, sepanjang Ramadan, sesetangah pelancong mungkin tidak sedar akan perkara penting ini.

Umat Islam menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Eyup Sultan di Istanbul, Turki. Sumber: Premetheus72/Shutterstock.com

Buat persiapan untuk berpuasa di negara orang

Amalan kebiasaan bersahur adalah dengan bangun dua jam atau sejam lebih awal sebelum matahari terbit, dengan bersarapan ringkas dan meminum air yang cukup untuk mengekalkan kesegaran tubuh sepanjang siang hari. Tapi jika anda perlu berpuasa lebih lama atau berada di negara yang cuacanya berbeza dari di Malaysia, anda patut buat persiapan dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu.

Yang Tidak Perlu Dibuat:

Datang tanpa persediaan

Ramadan disambut dengan cara berlainan bergantung pada di mana anda berada. Jadi pastikan anda mengkaji dan merancang terlebih dahulu supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Ketinggalan daripada aktiviti meriah

Semakin hampir malam, semakin meriah kehidupan, jadi sertailah orang tempatan!

Turun ke bazaar tempatan beberapa jam sebelum matahari terbenam, kerana pada waktu inilah kepelbagaian makanan akan kelihatan dan keunikan ini hanya pada bulan Ramadan sahaja. Sepanjang Ramadan, akan ada beberapa kedai makanan yang dibuka seawal pagi sebelum matahari terbit untuk memberi kemudahan kepada mereka yang ingin bersahur. Rebut peluang ini dan rasai kelainannya!

Pelbagai makanan tempatan di pasar jalanan di Kota Kinabalu, Sabah.

Malu bertanya

Jika anda tidak pasti mengenai tradisi dan sambutan Ramadan di negara itu, mengenai hal-hal yang sensitif atau yang perlu diambil tahu, janganlah malu untuk bertanya penduduk tempatan. Penduduk tempatan tentu suka untuk menjawab persoalan anda agar anda faham erti Islam dan bagaimana suasana Ramadan di sana.

 

Diterjemahkan oleh: Zack Muhammad

 

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share