Tarikan Popular,  Tip Jalan-Jalan

Syoknya Mat Dan & Aina makan angin di KL. Jom tengok apa aktiviti mereka!

Tak kisahlah kalau anda tinggal di Kuala Lumpur sepanjang hidup anda atau selalu ke bandar ini sehingga anda fikir anda sudah cuba semuanya. Tapi sebenarnya ada saja sesuatu yang baru di ibu negara yang dinamik ini.

Jika anda buntu tidak tahu aktiviti atau tempat menarik di Kuala Lumpur, cuba lihat siri video terbaru kami, “Traveloka Travel Guide”, untuk melihat aktiviti dan tarikan serta sudah tentulah tempat makan yang ‘best’ di seluruh Malaysia. Kerana hentian pertama kami ialah di Kuala Lumpur, ibu negeri segala-galanya.

(Tip Pro: Langgan saluran YouTube Traveloka supaya anda tidak terlepas satu episod pun!)

Ini antara aktiviti-aktiviti yang pengacara kami, Aina dan tetamunya, Mat Dan lakukan:

 

Taman Burung KL

Tahukah anda Taman Burung KL dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar. Taman burung ini membolehkan pelawat berjalan-jalan dikalangan burung-burung yang bebas berkeliaran… Pastikan anda tidak terpijak tahi burung ya!

 

Taman Botani Perdana

Hirup udara segar sambil bersiar-siar di Taman Botani Perdana (dahulunya dikenali sebagai Lake Gardens). Taman yang dijaga dengan indah ini penuh dengan aktiviti yang menarik untuk dilakukan, seperti taman rusa, taman permainan dan basikal untuk disewa. Anda juga tidak perlu membayar bayaran masuk, jadi luangkanlah masa selama yang anda mahu!

 

Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Kalau anda teringin untuk merasai masakan Melayu kampung yang asli, anda tidak perlu pergi jauh kerana Restoran Rebung terletak bersebelah Taman Botani Perdana. Dimiliki oleh Chef Ismail, chef selebriti tempatan, anda akan merasai makanan Melayu terbaik yang dihidangkan secara buffet. Antara hidangan yang boleh anda rasai ialah Daging Salai, Ikan Bakar dan Ais Batu Campur.

 

River of Life

Projek River of Life bertujuan memulihara Sungai Gombak dan Sungai Klang yang mengalir menerusi bandaraya Kuala Lumpur, dan mengubahnya dari aliran air yang tercemar kepada tarikan pelancong yang popular. Walaupun River of Life cantik dilihat pada waktu siang, Rivers of Life yang menjadi pertemuan dua sungai yang terletak di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini lebih indah dilihat pada waktu malam. Apabila matahari sudah terbenam, kawasan sungai ini kelihatan hidup dengan visual yang memukau dan kesan lampu serta simulasi lain.

 

Melukis batik di myBatik

Luangkan masa tengah hari anda dengan cuba melukis seni lukisan batik tradisional di myBatik, salah satu pusat budaya terkenal di Kuala Lumpur. Pelawat hanya perlu mendaftar untuk menghadiri bengkel melukis pelbagai batik dengan harga serendah Rm53. Anda juga boleh membeli produk batik yang telah siap atau melihat hasil seni artis tempatan di galeri seni.

 

That Latte Place

Rehatkan diri dari kesibukan kota Kuala Lumpur dengan menghirup secawan kopi segar di kafe yang terletak di Jalan Ampang. Jika anda lapar, cuba Croque Chicken Sandwich (RM13), Breakfast Plate (RM18) atau Turkish-style Poached Eggs (RM12).

 

Aquaria KLCC

Rasai pengalaman ‘bawah laut’ di Aquariara KLCC! Tarikan mesra keluarga ini adalah rumah kepada 150 spesis hidupan marin seperti ikan jerung harimau, ikan pari biru, memerang dan penyu. Terdapat 12 pameran untuk anda pelajari dengan lebih lanjut tentang keajaiban lautan kita. Untuk melihat dengan lebih dekat sesi memberi ikan jerung makan, pergi ke Aquatheatre pada 3 petang setiap hari Isnin, Rabu atau Sabtu.

 

Bayaran masuk

Pemegang MyKad: RM49 (Dewasa); RM39 (Kanak-kanak); RM39 (Warga emas)

Bukan pemegang MyKad: RM69 (Dewasa); RM59 (Kanak-kanak); RM49 (Warga emas)

 

Tapak Urban Street Dining

Perut anda dah berbunyi-bunyi, tapi kawan-kawan anda masih tidak boleh pilih tempat makan yang ‘best’? Jangan risau sebab di Tapak Urban Street Dining, segalanya ada. Terletak di Jalan Ampang, lot kosong ini bertukar menjadi tapak trak makanan menyediakan hidangan dan snek yang enak-enak dari jam 6 petang hingga 12 pagi. Di sini ada bermacam jenis makanan dari makanan tempatan hingga ke makanan Barat, pilih saja yang anda mahu.

 

The Hulo Hotel + Gallery

Jika anda perlu penginapan untuk merehatkan mata selepas aktiviti seharian di bandar, cuba menginap di The Hulo Hotel + Gallery. Di hotel ini, anda akan berasa seperti berada dalam galeri seni. Terletak di Bukit Bintang, anda boleh ke tarikan popular seperti Berjaya Times Square dan Bintang Walk, kawasan membeli-belah utama di Kuala Lumpur.

Seperti namanya hotel ini juga menjadi tempat untuk artis-artis tempatan mempamerkan hasil seni mereka dan anda juga boleh membelinya jika anda yang berkenan dihati. Atau anda boleh bergambar untuk ‘post’ Instagram anda. Harga penginapan semalam adalah serendah RM84.

Mahu lebih banyak tip-tip daripada Aina dan Mat Dan untuk tempat yang mereka lawati? Ha, anda patut tonton video ini!

Jangan lupa juga untuk menunggu bahagian kedua pengembaraan Aina dan Mat Dan untuk melihat lebih banyak tempat-tempat dan tarikan menarik di Kuala Lumpur.

_________

Sejauh manakah anda mengenali Malaysia? Uji pengetahuan anda dan ketahui sisi lain bandar Kuala Lumpur dalam siri video Traveloka Travel Guide.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

13 Shares
Share13
Tweet
+1
Pin
Share