Tip Jalan-Jalan

Makan-makan dan berhibur dengan Abam Bocey & Aina di Pulau Pinang

Minggu ini dalam Traveloka Travel Guide, Aina dan rakan travel terbarunya, Abam Bocey akan menjelajah destinasi menarik untuk percutian hujung minggu iaitu: Pulau Pinang.

Dan tentulah ramai di antara kita yang dadtang ke Pulau Pinang untuk makanan yang sedap, tapi bukan itu saja, tempat menarik untuk dilakukan pun banyak di sana.

Lihat video di bawah untuk melihat tempat apa pula yang patut anda kunjungi di negeri ini!

(Jika anda masih belum melanggan saluran YouTube Traveloka, pastikan anda lakukan sekarang supaya tidak terlepas video-video jelajah Malaysia kami!)

Anda pernah ke tempat-tempat ini? Kalau belum jom?!

 

Bagi yang sukakan keseronokan…

Escape Park

Escape dikenali sebagai taman tema yang mesra keluarga. Keseronokkan di sini jelas terasa dengan tiub air yang tinggi dan cabaran tali yang mendebarkan. Lebih seronok lagi, taman tema ini dilengkapi dengan taman air yang sama seronoknya!

Terdapat banyak gelongsor air yang boleh dicuba, tapi yang terbaik tentulah Banana Flip.

Pada penghujung gelongsor air itu, anda seolah-olah diterbangkan ke udara sebelum masuk ke dalam kolam di bawah. Tapi jika kelajuan dan ketinggian bukan pilihan anda, bersantai saja di Lazy River, kerana di sini anda boleh terapung sambil dibawa arus.

Di bawah adalah kadar bayaran, tapi jika anda menempah lebih awal, anda boleh mendapatkan diskaun. Berbaloi kalau anda rancang lebih awal!

 

Bayaran Masuk

Future Kid (0-3): Percuma

Junior Kid (4-12): RM90

Big Kid (13-60): RM136

Super Kid (61+): RM90

 

Muzium Hantu

Suka cerita hantu atau genre seram? Jadi anda patut singgah ke Muzium Hantu! Di muzium ini anda akan dapat mengenali lebih dekat tentang asal usul dan cerita rakyat bagi pelbagai hantu serata dunia, termasuklah cerita seram tempatan yang anda mungkin biasa dengar atau dari luar negara.

Muzium ini juga menampilkan pelbagai peluang untuk anda mencuba kostum dan bergaya bersama bahan pameran. Jadi datang dengan kawan-kawan baru best! Dan jangan risau, polisi muzium ini tidak membenarkan sebarang aksi yang menakut-nakutkan pengunjung. Nikmati saja masa anda di sini tanpa rasa gementar okay.

 

Bayaran masuk

Pemegang MyKad: RM18 (Dewasa); RM10 (Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas)

Bukan pemegang MyKad: RM28 (Dewasa); RM16 (Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas)

 

The Top

Kami harap anda tidak takut ketinggian kerana tempat ini pun dinamakan sebagai The Top. Tarikan ini terletak di atas Menara Komtar, bangunan paling tinggi di Pulau Pinang. Ambil lif ke tingkat 68 untuk melihat pemandangan sekeliling bandar ini. Jika anda berani, anda boleh cuba Rainbow Skywalk, jambatan kaca yang lutsinar mengunjur keluar dari bangunan supaya anda boleh melihat pemandangan di bawah.

Kalau anda cepat pening kerana ketinggian, bersantai saja di Coco Cabana yang terletak di tingkat yang sama. Bar dan bistro di sini mempunyai menu yang banyak termasuklah minuman dan makanan.

Bayaran masuk

Dewasa: RM98

Kanak-kanak/Warga emas: Rm58

 

Bagi IGers tegar

Street Art Pulau Pinang

Seni jalanan Pulau Pinang telah meletakkan bandar itu dalam peta tarikan pelancong. Ramai yang mencari mural-mural menarik ini untuk mengambil gambar juga mengetahui selok-belok kisah disebalik mural yang dilukis. Kebanyakkan seni ini dilukis pada dinding bangunan lama dan lorong-lorong kecil. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk melihat mural kegemaran kami: ‘Boy on a Motorcycle’, ‘Little Boy with Pet Dinosaur’, ‘Children on the Swings’ dan ‘Kids on a Bicycle’.

Untuk mengelak daripada cuaca panas, anda boleh menaiki beca dengan bayaran RM40 yang akan membawa anda ke zon budaya George Town untuk melihat mural-mural ini. Kalau anda pandai tawar-menawar, anda pasti akan dapat harga yang lebih berbaloi.

 

Muzium 3D Trick Art

Kini, anda boleh melihat banyak muzium seni 3D di merata tempat. Dan tentu sekali di Pulau Pinang.

Kalau anda nak menambah sedikit keseronokkan dengan mengambil gambar dan merasai pengalaman 3 dimensi, datang ke muzium ini.

Bayaran Masuk

Pemegang MyKad: RM15 (Dewasa); RM10 (Kanak-kanak/Warga emas)

Bukan pemegang MyKad: RM25 (Dewasa); RM15 (Kanak-kanak)

 

Phantamania Magic World

Bagi yang suka magis, singgah sebentar di taman tema mni, Phantamania Magic Word untuk cuba menjadi ahli silap mata selama sehari. Dan mengambil pelbagai gambar dengan aksi menarik di sini. Jangan lupa caj kamera anda!

Bayaran Masuk

Pemegang MyKad: RM16 (Dewasa); RM12 (Kanak-kanak/Warga emas)

Bukan pemegang MyKad: RM27 (Dewasa); RM16 (Kanak-kanak)

 

Bagi yang sukakan alam semula jadi

Tropical Spice Garden

Taman tropika 8 ekar ini adalah rumah kepada 500 spesis flora dan fauna yang eksotik. Terletak di Teluk Bahang, taman ini bersempadan dengan hutan hujan dan laut.

Anda boleh memilih melawat tempat ini dengan bantuan audio atau lawatan dengan panduan untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesis bunga, dan herba di sini. Lawatan dengan panduan langsung kira-kira 2 hingga 3 jam untuk lawatan penuh, sementara lawatan pantas sehingga 45 minit.

Lawatan Audio Taman

Dewasa: RM29

Kanak-kanak: RM17

Warga emas/Pelajar: RM23

 

Lawatan dengan panduan langsung

Dewasa: RM49

Kanak-kanak: RM25

Warga emas/Pelajar: RM39

 

Penang Hill dan The Habitat

Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera, adalah tarikan pelancong paling disukai di Pulau Pinang. Ia adalah kegemaran pencinta alam semula jadi dan ini disebabkan oleh kepelbagaian flora dan fauna yang anda boleh dapati ketika anda mendaki bukit ini. Tapi jika anda tidak suka mendaki, anda boleh menaki kereta api dari Stesen Kereta api Bukit Bendera di Air Hitam, yang mengambil masa 5 hingga 20 minit.

Di puncak bukit, terdapat banyak aktiviti untuk dilakukan termasuklah tempat makan seperti David Brown’s Restaurant & Tea Terrace, yang menghidangkan makanan Barat dan minuman petang. Terdapat juga The Habitat, tarikan eko-pelancongan premier di Pulau Pinang. The Habitat bertujuan untuk mengajar pengunjung tentang kepentingan melindungi alam sekitar. Lihat Treetop Walk pada waktu matahari terbenam untuk melihat pemandangan dari atas yang tidak dapat dilupakan!

 

Untuk tidur yang lena, menginap di…

Tropics Eight Suites

Setelah penat berjalan-jalan, jom menginap di penginapan moden mewah, Tropics Eight Suites. Terletak di Jalan Gottlieb, hotel ini dekat saja dengan Gurney Drive dan terdapat banyak kafe serta restoran yang berdekatan seperti Mellowcup Coffee dan Goondall Cafe.

Dengan kadar RM234 semalam, anda boleh menginap di suite yang luas dengan rekaan urban yang lengkap dengan ruang tamu dan dapur.

Nantikan episod kedua pengembaraan Aina dan Abam Bocey di Pulau Pinang dalam episod seterusnya!

_________________________________________________________________________

Sejauh manakah anda mengenali Malaysia? Uji pengetahuan anda dan ketahui sisi lain negara ini dalam siri video Traveloka Travel Guide. Dalam setiap episod, kami akan menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan dan dilawati di destinasi-destinasi popular di Malaysia.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

20 Shares
Share20
Tweet
+1
Pin
Share