Tip Jalan-Jalan

Asia Tenggara: 6 aktiviti yang bakal buat jantung anda luruh!

Asia Tenggara ada lebih daripada warisan sejarah, pusat membeli-belah, dan makanan di jalanan. Jika anda sentiasa ingin mencabar diri, jadi tiada tempat lain yang lebih sesuai daripada rantau ini yang masih terpelihara dan liar.

Kalau pun anda bukan seorang yang sukakan aktiviti lasak, jadikan percutian anda ke Asia Tenggara sesuatu yang anda ingati. Ada banyak aktiviti menarik untuk seseorang yang baru bermula.

Walaupun kami mencadangkan aktiviti-aktiviti ini, kami sarankan anda membuat kajian terlebih dahulu dan pilih operator yang berkelayakan dengan rekod keselamatan yang baik dan memastikan anda tidak melanggar undang-undang di negara tersebut.

Jom lihat enam aktiviti yang menyeronokkan di Asia Tenggara:

 

Luncur udara / Layar udara (Paragliding / parasailing)

Luncur udara di atas lembah di daerah Mu Cang Chai wilayah Yen Bai, Vietnam. Sumber: Van Thanh Chuong / Shutterstock.com

Bersedia untuk terbang di angkasa! Jika anda ingin merasai keterujaan dibuai oleh angin sambil menikmati pemandangan dari atas, luncur udara dan layar udara memerlukan anda meluncur di udara dengan payung terjun.  Luncur udara memerlukan anda perlu berlari sedikit untuk bermula sementara layar udara dibantu oleh enjin bermotor yang membawa anda terbang laju. Tapi jangan risau, anda akan terbang bersama juruterbang yang mengawal payung terjun. Jadi anda hanya perlu beranikan diri dan nikmati pemandangan!

Tempat popular: Boracay, Filipina, Phuket, Thailand.

 

Terjun udara (Skydiving)

Bagi yang takutkan ketinggian, sukan lasak ini mungkin bukan untuk anda tetapi anda yang mencari keseronokan jenis ini, anda patut cuba! Terjunan bebas daripada ketinggian beribu kaki di udara akan memberikan pemandangan yang lain daripada lain!

Jika anda tidak ada lesen terjunan udara, anda akan membuat terjunan bersama pakar. Tapi kalau sukan ini terlalu lasak untuk anda, cuba terjunan dalam bangunan dulu. Sudah biasa, baru cuba yang di udara!

Tempat popular: Langkawi, Malaysia, Pattaya, Thailand.

 

Luncur pasir (Sandboarding)

Anda mungkin pernah dengar tentang luncur ombak dan luncur salji. Tapi pernah dengar luncur pasir?

Ya, anda akan meluncur di atas bukit pasir yang halus seperti salji. Menyeronokkan dan mendebarkan. Tapi jangan sampai tertelan pasir!

Tempat popular: Mu Ne, Vietnam; Ilocos Norte, Filipina.

 

Jelajah gua (Caving)

Jika anda tidak takut pada tempat yang sempit dan suasana yang gelap, anda patut cuba aktivti jelajah gua (atau nama lain yang lebih menarik, “spelunking”).

Terokai kawasan dalam gua sepanjang laluan berbatu dan merangkak melalui terowong sempit sambil mengagumi stalaktit purba dan stalagmit yang terbentuk di dalam gua. Pemandangan yang seolah-olah menjumpai harta karun alam semula jadi ini, memang berbaloi.

Tempat popular: Gua Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu, Malaysia; Tham Phu Kham, Van Vieng, Laos.

 

Terjun lelabah / Terjun BASE (Bungee jumping / BASE jumping)

Terjun BASE daripada Menara Kuala Lumpur semasa acara tahunan KL Tower International Jump.

Terjun lelabah agak popular untuk sesiapa yang mahu mencabar keberanian kerana ketika saat melompat itulah, anda membiarkan diri anda terdedah pada segala kemungkinan. Dan anda juga hanya bergantung pada tali lelabah yang terikat pada anda!

Terjun BASE pula melibatkan payung terjun, sut sayap terbang dan terjunan dari bangunan seperti bangunan pencakar langit, cerunan dan lain-lain. Tapi sukan ini tidak digalakkan untuk yang baru mencuba kerana banyak kemahiran yang diperlukan.

Sukan ini dianggap tidak sah disesetengah negara, jadi periksa dulu sebelum anda buat keputusan.

Tempat popular: Kuala Lumpur, Malaysia; Pantai Ton Sai, Krabi, Thailand.

 

Rakit redah jeram (White water rafting)

Pergi menjelajah mana-mana pun, anda pasti nak lakukan aktiviti air. Jadi rakit redah jeram pasti akan memberikan pengalaman mendebarkan bagi anda.

Di seluruh Asia Tenggara, terdapat jeram yang bermula daripada kelas I, II dan III (sesuai untuk yang baru bermula), hingga kelas paling mencabar Kelas IV dan V (untuk yang lebih berpengalaman).

Tempat popular: Cagayan de Oro, Filipina; Sungai Ayung, Bali, Indonesia.

 

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

A storyteller with an insatiable sense of curiosity. Travel junkie. Card-carrying member of many fandoms. Heavily dependent on caffeine. Loyal cat servant. Former journalist at the New Straits Times and Hybrid News.

0 Shares
Share
Tweet
+1
Pin
Share