0

Traveloka MY

17 Jun 2019 - 5 min read

Nak ke London? Anda perlu tahu tentang Kad Oyster!

London dikenali kerana bandarnya yang mahal, namun, perkataan mahal itu kelihatan kecil sahaja apabila dibandingkan dengan tamannya yang indah, bandarnya yang menakjubkan, dan keluarga diraja British yang popular! Jadi, jika anda seorang pelancong yang baru di London, bagaimana anda mencari arah dan menggunakan pengangkutan awam di sana dengan zon yang mengelirukan? Bukan itu saja, bagaimana untuk navigasi dengan mudah dan murah? Di sinilah kad Oyster memainkan peranan! Kebanyakan penduduk London menggunakan pengangkutan awam dengan kad Oyster dan sebagai pelancong, anda juga boleh menggunakan kad ini. Bagaimana? Baca lebih lanjut!

Apakah kad Oyster?

Kad Oyster adalah kad pra bayar, kad pengangkutan yang digunakan ke mana saja samada menggunakan bas, tram, Tube, London Overground, Docklands Light Railay (DLR), Transport for London (TfL) Rail, River Bus dan kebanyakan perkhidmatan National Rail di London. Kad pengangkutan serba guna ini membuatkan perjalanan anda lebih mudah!

Tapi tunggu dulu..ada tak kad Oyster untuk pelawat/pelancong?

Walaupun kad Oyster dan kad Oyster Pelawat (Visitor Oyster) mempunyai fungsi yang sama, kad Visitor Oyster mempunyai pelbagai tawaran istimewa dan diskaun di pelbagai restoran terkemuka di London, kedai dan tempat hiburan, begitu juga diskaun di river bus Thames Clippers dan kereta kabel Emirates Air Line. Untuk kad Visitor Oyster, anda perlu membelinya sebelum anda sampai di London, berbanding dengan kad Oyster yang boleh dibeli di mana-mana mesin tiket di London.

Kenapa saya perlu ada kad Oyster?

Ia lebih menjimatkan! Tambang untuk satu perjalanan dalam pengangkutan awam di London telah diberi diskaun dan boleh dikurangkan sekurang-kurangnya sehingga separuh dari harga asal jika anda menggunakan kad Oyster. Ini bermaksud, penjimatan yang banyak untuk percutian anda. Alasan ini sahaja cukup untuk buat anda mahu menggunakan kad Oyster, terutama sekali jika anda merancang untuk melawat sekitar London menggunakan pengangkutan awam kerana rangkaiannya yang luas. Lagipun, bas di London menggunakan sistem tanpa wang, bermaksud tanpa kad Oyster, anda tidak dibenarkan menaiki bas di London.

Berapa kah kos sekeping kad Oyster?

Kad Oyster berharga £5 dan boleh ditambah nilai dengan kredit bayar-apabila-anda-guna untuk perjalanan anda. Anda boleh memilih amaun kredit untuk ditambah nilai pada kad anda mengikut nilai ini: £10, £15, £20, £25, £30, £35, £40 atau £50. Jika anda melawat London untuk dua hari, kami cadangkan anda bermula dengan kredit bernilai £15, atau kredit £30 untuk perjalanan anda selama empat hari di London.

Kad Visitor Oyster juga berharga yang sama, tapi beri perhatian, anda juga perlu membayar fi penghantaran. Semasa membeli kad tersebut, anda juga perlu membuat keputusan tentang amaun kredit yang perlu ditambah.

Yang bagusnya, kredit pada kad anda tiada tarikh luput. Sesuai jika anda bercadang untuk kembali ke London pada masa akan datang (atau meminjamkan kad tersebut kepada kawan-kawan atau keluarga yang akan melancong ke London!)

Di mana untuk membeli kad Oyster?

Anda boleh mendapatkan kad Oyster di:

Di Oyster Ticket Shop di banyak agen surat khabar di London
Di semua Tube, London Overground dan stesen TfL Rail
Sesetengah DLR dan stesen National Rail
Di Pusat Pelawat (Visitor Centres)
Di Tramlink Shop di Croydon

Untuk kad Visitor Oyster, anda hanya boleh membeli kad ini dalam talian di laman web Travel for London. Mereka akan menghantar kad ini di alamat yang anda berikan ia akan tersedia sebelum anda tiba di London (fi penghantaran dikenakan).

Untuk kedua-dua kad, anda perlu membayar deposit £5. Deposit tersebut akan dipulangkan semula apabila anda meninggalkan London. Anda akan mendapat bayaran balik ini di kebanyakan mesin stesen tiket Tube atau Visitor Centre dan sebaik sahaja anda membuat permintaan bayaran balik, kad Oyster anda tidak boleh digunakan lagi.

Boleh kah saya menggunakan kad Oyster dari lapangan terbang?

Ya, anda boleh! Bermula dari 19 Februari 2019, anda boleh menggunakan kad Oyster dari Lapangan Terbang Heathrow dan Lapangan Terbang Gatwick ke pusat bandar London.

Dalam Heathrow Express:

Perjalanan sehala berharga £25 ketika waktu puncak dan £22 ketika waktu biasa.

Dalam perkhidmatan kereta api dari/ke Lapangan Terbang Gatwick:

Perjalanan sehala dalam Gatwick Express berharga £19.80.
Perjalanan sehala dalam perkhidmatan kereta apai Southern atau Thameslink ke/dari terminal London berharga £15.10 ketika waktu puncak dan £8.30 ketika waktu biasa.

Nota: Tambang waktu puncak dikenakan pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak pada cuti umum) dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 malam. Tambang biasa dikenakan pada waktu yang lain, termasuklah pada hari hujung minggu. Jadi, anda boleh jimat lebih termasuklah melakukan perjalanan pada waktu ini!

Bagaimana untuk menggunakan kad Oyster?

Dalam Tube, DLR, London Overground, TfL Rail atau mana-mana National Rail:

Sentuhkan kad Oyster anda pada pembaca kad berwarna kuning apabila anda masuk ke stesen untuk memulakan perjalanan. Pada akhir perjalanan, sentuhkan kad anda pada pembaca kad berwarna kuning sekali lagi di penghadang masuk supaya anda boleh dikenakan caj tambang yang tepat untuk perjalanan yang telah lakukan. Tip pro: Ingat untuk sentuh kad anda ketika anda keluar atau anda akan dikenakan penalti dengan tambang maksimum!

Dalam bas dan perkhidmatan trem:

Sentuhkan kad Oyster anda sekali pada pembaca kad berwarna kuning apabila anda memasuki bas, kerana tambang rata dikenakan ke atas semua perjalanan, tanpa mengira jarak. Jangan sentuh kad anda apabila anda keluar daripada bas atau trem, atau anda akan dikeluarkan dengan tambang penalti.

Dalam perkhidmatan bas Thames Clippers:

Sentuhkan kad Oyster anda pada pembaca kad berwarna kuning ketika diminta oleh staf, dan ingat untuk menyentuh kad sekali lagi pada akhir perjalanan anda.

Saya membawa kanak-kanak, boleh kah mereka melakukan perjalanan dengan menggunakan kad Oyster?

Berita baik jika anak-anak anda berumur bawah 11 tahun! Mereka boleh melakukan perjalanan secara PERCUMA apabila diiringi oleh orang dewasa yang membayar tambang (sehingga empat orang kanak-kanak untuk seorang dewasa). Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan kanak-kanak berumur 11-15 tahun, anda perlu mendapatkan kad Visitor Oyster dan apabila anda tiba di London, anda boleh menambah diskaun Young Visitor (Pelawat Muda) ke dalam kad Oyster Visitor anda. Anda boleh melakukannya di kebanyakan stesen Tube, pusat-pusat pelancong dan pejabat tiket stesen Victoria National Rail. Diskaun Young Visitor memberikan anak anda diskaun 50% dari tambang yang dibayar oleh orang dewasa, dan diskaun sah selama 14 hari.

Tunggu dulu, ada juga London Travelcard. Tolong, yang mana satu patut saya beli?

Jika anda berada di London untuk empat hari, kad Oyster cukup untuk menampung keperluan perjalanan anda di bandar ini. Tetapi, jika anda di London untuk seminggu dan bercadang untuk melancong hanya di kawasan Tengah London (zone 1 dan 2, atau zon 1 hingga zon 4), anda perlu mendapatkan Travelcard 7 hari kerana ia lebih berbaloi dari segi harga. Beri perhatian juga anda perlu membeli Travelcard London secara dalam talian SEBELUM anda ke London.

______________________________________________________________

Langkau barisan dan alami pesona London dengan tarikan yang pelbagai di Traveloka!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka